74

3.9K 260 35
                                    

Dua minggu kemudian,

Aku pimpin tangan kecil Sha. Kami berdua ingin menuju ke Wad Nazrul berada. Dua minggu sudah berlalu tetapi dia masih tidak berikan apa-apa petunjuk untuk sedar.

Butang Lif untuk ke tingkat atas aku tekan. Apabila pintu lif sudah terbuka, aku dah Sha masuk ke dalam. Satu minit dalam lif akhirnya keluar juga.

"Kak Reen, nak pergi tandas jap." Ujar Sha dengan muka yang berkerut. Tak tahan kut. Aku pun tak tahan bila tengok muka dia. Kalau ketawakan nanti dia nangis pula.

"Okey." Aku membawanya ke tandas yang berada di tingkat ini. "Bagi Sha 5 minit." Katanya apabila sudah sampai di hadapan tandas. Dia terus berlari masuk diikuti dengan aku dibelakang. Sementara menunggunya, aku menilik wajahku di hadapan cermin.

"Dah!" Aku tersenyum kelat memandang Sha yang baru sahaja keluar daripada bilik air. Sha terlebih dulu jalan untuk keluar dari tandas. Baru sahaja aku melangkah keluar dari tandas 2 tapak, tiba-tiba kepala aku berpusing. Tanpa sedar, badan aku rebah di atas lantai.

"Kak Reen!" Ujar Sha cemas. Aku pandang wajah cemasnya sebelum masuk ke dunia hitam.

***

Aku membuka mata perlahan-lahan. Seluruh dinding di tempat aku berada ini putih. Dihadapan aku pula ada satu TV.

"Dah sedar?" Tegur satu suara yang aku kenal. Aku pandang ke arah kanan dan Ihkwan berada di situ.

"Erm." Balasku. Ihkwan tekan satu butang di tepi katil untuk panggil doktor masuk. Selepas itu, Ayyan masuk ke dalam dengan memegang kertas laporan kesihatan.

"Berterima kasih kat Ihkwan. Kalau bukan sebab dia, kau tak duduk kat sini tapi kat depan tandas tu." Katanya sinis.

"Thanks." Dia hanya tersenyum. Selepas itu dia mula bangun, "Saya minta diri dulu." Aku dan Ayyan mengangguk. Kemudian, Ayyan pandang aku dengan senyuman yang tidak boleh ditafsirkan.

"Bila?" Tanyanya. Aku blur.

"Bila apa?"

"Buat-buat tak tahu pula." Balasnya lagi. Aku bertambah blur.

"Aku tak tahu apa yang kau cakap bangla!" Kataku sedikit kuat. Ada je nak sakitkan hati orang. Dia ketawa kecil sebelum memberitahu aku sesuatu.

"Kau mengandung." Aku ternganga. Tak percaya. Terkejut sedikit.

"Kau berguraukan?"

"Nope. Usia kandungan kau 1 bulan 2 minggu." Aku mengucap syukur terhadap Ilahi kerana sudi memberikan peluang untuk aku dukung anak sendiri. Hari-hari dukung anak orang je.

"Kau dah boleh keluar. Bukan teruk pun sakit kau. Pengsan sebab penat je." Ujarnya selamba. Macam nak halau aku keluar dari hospital ni pula. Aku perlahan-lahan turun dari katil. Pintu Wad aku buka.

Havana ooh na na [Ayy]
Half of my heart is in Havana ooh na na

Aku terus jawab panggilan daripada Puan Nadirah.

"Hello?" Ujarku sebaik sahaja panggilan di sambungkan.

"Reen! Datang Wad Naz cepat. Naz dah-"

Tut !

Jahanam punya bateri telefon. Masa kecemasan macam ni lah dia nak mati secara mengejut. Aku terus berlari ke Wad Nazrul. Masuk sahaja ke dalam Wad, semua ahli keluarga memandang aku sepi.

"Naz apa Mama?" Tanyaku berbau sedih. Aku pandang ke arah katil Nazrul. Selimut katil itu menutup seluruh tubuh badan Nazrul. Aku berjalan ke katilnya perlahan-lahan.

"Naz dah tak ada sayang." Ujar Puan Nadirah sebak. Aku yang tak percaya dengan kata-katanya terus membuka selimut bahagian atas dan terlihatlah satu wajah yang aku sayang.

"Abang!" Jeritku dalam tangisan. Semua ahli keluarga memandang sepi ke arah aku. Aku menangis, menangis dan menangis begitu kuat.

"Sabar sayang. Allah lebih sayangkan dia." Ujar Puan Nadirah sambil menggosok belakang badan aku.

"Kenapa Abang tinggalkan Reen? Abang dah janji nak jaga Reen sampai bila-bila tapi kenapa Abang tinggal Reen? Reen sayang Abang. Reen tak tak boleh hidup tanpa Abang. Abanglah lelaki yang berjaya hidupkan semula hati Reen selepas hati Reen hancur." Aduku dalam tangisan. Aku sembamkan muka ke dadanya.

"Reen ada berita gembira untuk Abang tapi kenapa Abang tinggalkan Reen? Reen baru nak bagitahu Abang tapi kenapa? Abang tolonglah bangun." Aduku lagi. Sememangnya baju Nazrul sudah basah lecun akibat tangisan aku yang deras.

"Abang pun sayang Reen." Aku tersentak. Terkaku. Dan segala Ter yang ada dalam dunia ni. Aku terus mengangkat muka memandang Nazrul yang sedang tersenyum manis macam tiada apa-apa yang baru berlaku.

"Happy Birthday Sayang." Ujar Nazrul. Aku peluk dia dengan erat. "Jangan nangis. Abang tak akan tinggalakan Sayang kecuali ajal yang pisahkan kita." Pujuknya.

Tak sangka, hari ni hari jadi aku. Aku memang tak tahu hari ni hari jadi aku. Ini semua sebab aku selalu fikir pasal keadaan Nazrul. Bila dia nak sedar dan semuanya tentangnya.

Aku leraikan pelukkan dan pandang ke arah yang lain dengan wajah sinis, "Pandai semua orang berlakon." Ujarku dan ketawa palsu dibuat-buat. Orang yang paling gelak kuat ialah Ayyan. Seronok dia tengok drama air mata aku.

"Mama pernah menang anugerah pelakon terbaik. Mestilah pandai berlakon." Sakat Puan Nadirah.

"Kak Reen, senyumlah sikit. Abang Naz dah bangun tu." Celah Sha tiba-tiba. Aku berikan senyuman manis ke arahnya. Otak ku tiba-tiba teringat pasal kandungan. Harap Ayyan belum bagitahu semua.

"Reen ada berita gembira untuk Abang dan semua." Ujarku gembira. Ayyan yang mahu buka mulut terus tertutup akibat mukanya terkena bantal yang aku baling.

"Jangan cakap kalau tak aku bunuh kau!" Aku beri amaran kepadanya. "Yelah." Balasnya malas. Semua orang memberika wajah yang ingin tahu.

"Reen mengandung."

"Alhamdulilah!" Ujar mereka semua serentak.

"Mengandung apa?" Aku ketawa kecil mendengar soalan daripada Sha. Dia mana faham apa-apa lagi sebab tu lah muka dia berkerut apabila mendengar ayat aku.

"Kak Reen ada baby." Kataku sambil menepuk-nepuk perut yang masih kempis.

"Yeah!" Soraknya. Aku beralih ke arah Nazrul.

"Thanks sayang."

"Sama-sama." Aku kucup tangannya.

"Apa kata kita keluar? Beri ruang untuk suami isteri ini bermanja-manja." Ujar Ayyan meluat. Cemburu lah tu.

"Lelaki ke perempuan?" Tanya Nazrul apabila semua sudah selamat keluar dari Wad. Aku tergelak kecil, "Baru sebulan lebih, mana nampak lagi." Dia turut ketawa.

"Manalah abang tahu." Ujarnya sambil ketawa.

"Abang lapar tak?" Aku tukar topik perbualan.

"Lapar masakkan Sayang."

"Nanti Abang dah keluar, Sayang masak semua makanan kegemaran Abang." Ujarku.

"Okey."

Aku pandang ke arah meja kecil di tepi katil Nazrul. Terdapat semangkuk bubur yang belum terusik. Aku ambil bubur itu.

"Buka mulut. Biar sayang suapkan." Nazrul hanya mengikut perintah. Nasib baik ada bubur ni kalau tak terpaksalah aku turun bawah untuk belikan makanan. Bukan malas tapi cuma tak nak tinggalkan Nazrul walaupun sesaat.

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now