72

3.8K 250 48
                                    

9.00 malam

Aku pandu kereta ke rumah Ihkwan. Kami berdua sudah berjanji untuk pergi ke gudang tempat Nazrul disorokkan melalui kordinat nombor telefon misteri yang selalu hantar mesej kat aku. Aku yakin tu nombor orang yang culik Nazrul.

"Ingat plan kita. Kalau saya tak keluar dari gudang dalam masa 15 minit, awak call polis suruh datang situ." Aku ingatkan dia semula apabila dia sudah selamat masuk ke dalam kereta.

"Baik boss!" Balasnya semangat. Aku akan buktikan cinta aku terhadap Nazrul dengan selamatkan dia daripada orang tak guna tu. Kereta Honda aku mula membelah jalan raya menuju ke gudang di belakang bukit bangsar.

Nazrul pov

Aku terbaring lemah di atas lantai yang sejuk. Sekarang, aku tidak berbaju. Habis nampak kesan lebam-lebam di bahagian dada dan perut. Nampak gayanya, lelaki itu memang nak aku mati dalam siksaan. 

"Tak rindu bini kau ke?" Tanyanya tiba-tiba. Aku tak larat untuk keluarkan suara kerana bibir aku sudah pecah. Darah juga sudah kering. Air liur pun dah tak ada.

"Kalau aku tanya jawab! Bukan diam macam orang bisu!" Marah lelaki itu. Aku rasa, dia tak cukup kasih sayang sewaktu kecil sebab tu perangai dia macam satan terlepas ni.

"Boss! Tadi Puan Azreen pergi satu rumah lelaki." Kata Zack. Aku terkejut. Tolong cakap yang aku dengar ni benda yang tak betul. Tak mungkin perangai isteri aku macam tu. Mungkin, dia pergi rumah Ayyan?

"Rumah Ayyan?" Tanya lelaki itu. Lelaki itu kenal siapa Ayyan rupanya.

"Bukan. Ini lelaki lain."

Hatiku terasa retak. Perasaan sayang dan cinta terhadap Azreen kian memudar. Sesiapa tolong katakan yang ini adalah satu fitnah. Readers please katakan.

"See Nazrul. Bini kau pun tak kesah pasal kau. Apa kata aku bunuh kau je terus." Ujarnya sinis. Dia mula menapak ke arah aku perlahan. Sepucuk pistol diletakkan di hadapan dahiku. Tinggal untuk tembak je.

"Tak ada ucapan sebelum menghadap Ilahi?" Tanyanya sinis. Aku hanya mendiamkan diri. Aku akan bercakap bila perlu sahaja sebab bibir aku memang terasa pedih dan sakit teramat.

"Okey tak ada!"

Lelaki itu mula menarik picu pistol dan ...

"NO!"

end pov

***

Aku sudah sampai di bahagian belakang gudang. Nampak gayanya, sungguh ramai pengawal yang mengawal di kawasan luar.

"Saya alihkan perhatian diorang. Awak pergi masuk dalam. Jangan risau, saya pantas dalam larian." Bisik Ihkwan. Sekarang kami berdua sedang menyorok di sebalik semak-semak. Kalau kena tangkap, salahkan dia sebab dia tak reti duduk diam.

Ihkwan bangun selepas itu dan menjerit. Semua pengawal yang berada di kawasan itu mengejar Ihkwan. Aku perlahan-lahan masuk ke dalam gudang melalui pintu belakang. Pistol yang berada di tangan aku pegang dengan kemas. Ala pistol mainan je. Kang jatuh, buat bunyi pula. Habis tertangkap.

"Okey tak ada!" Aku terus pusing ke arah belakang kerana suara itu datang dari arah belakang. Mula-mula aku ingin menyorok dan melihat apa yang dia hendak lalukan tetapi apabila nampak dia halakan pistol di dahi Nazrul terus aku keluar dari tempat persembunyian.

"NO!!" Jeritku kuat sambil menghalakan pistol ke arah lelaki itu. Nazrul yang terbaring di atas lantai memandang aku penuh simpati. Lelaki itu memusingkan badanya. Aku terkaku. Jadi betul sangkaan aku, dia Faris.

"Fa-Faris?" Gagapku. Aku tak percaya yang dia sanggup buat aku macam ni. Lupa pula mamat ni psycho.

"My love dah sampai. Abang baru nak bunuh perampas ni." Kata Faris sinis. Aku tidak gentar dengan kata-katanya.

"Zack! Ikat dia!" Arah Faris tegas sambil jari ditunding ke arah aku. Aku alihkan pistol ke arah lelaki bernama Zack itu pula sebab aku tahu Faris tidak akan bunuh ku. Kalau tekaan ku silap, aku sanggup berkorban demi Nazrul.

"Jangan dekat! Kalau tak aku tembak kepala kau!" Kataku tegas. Hati ku mula gusar apabila lelaki itu langsung tidak dengar arahan ku. Malah, dia makin mendekati ku. Tangan ku sudah bergetar.

"Sayang..." Panggil Nazrul perlahan tetapi aku dapat mendengarnya. Mata aku terus memandang ke arah Nazrul.

"My love..., buang pistol tu kalau tak Abang akan tembak perampas ni." Kata Faris tegas. Aku tak ada pilihan lain selain campakkan pistol ke bawah. Zack datang ke arah aku dan mengikat aku. Air mata aku mula jatuh membasahi pipi. Sungguh aku tidak kuat melihat keadaan suami aku sekarang ini.

"Good girl." Dia mengusap lembut pipi aku. Habis api kemarahan Nazrul naik membuak-buak. Dia sedaya upaya untuk bangun dan datang ke arah kami tapi belum sempat dia datang, Zack menyepaknya dari arah tepi dan Nazrul terjatuh semula di atas lantai.

"Abang!" Jeritku dalam esakkan. Ya Allah, selamatkanlah suami aku. Kalau kau ingin mengambil nyawa salah seorang daripada kami, ambillah nyawa aku. Sempat lagi aku berdoa kepada yang Maha Esa di dalam hati.

"Aku sayang kau Azreen tapi kenapa kau buat aku macam ni?" Nada suara Faris mula bertukar lembut.

"Aku benci kau." Jeritku kuat.

"Tapi aku sayang kau lah bod*h." Tengking Faris dan dia menampar pipi kanan aku. Pap! Perghh! Bunyi dia habis bergema di seluruh gudang. Agaknya Ihkwan yang kat luar tu dapat dengar tak?

"Sekarang ni aku nak kau tengok macam mana orang yang kau sayang mati." Kata Faris sambil ketawa jahat. Dia pergi ke arah Nazrul dan

Bang! Bang!

"NAZRUL!!!" Jeritku kuat.

Bum! Bum!

"Jangan bergerak. Polis! Letakkan senjata anda sekarang juga." Arah seorang pengawai polis. Faris tidak mendengar kata-kata dari mulut pengawai itu. Dia pusing dan memandang Pengawai itu dengan senyuman sinis.

"For you sayang." Dia halakan pistol ke arah aku pula dan

Bang! Bang! Bang! Bang!

Faris terjatuh lemah di atas lantai. Belum sempat dia menarik picu ke arah aku, pihak polis sudah menembaknya dahulu. Ihkwan datang ke arah aku dan membuka ikatan aku. Selepas itu, aku terus berlari ke arah Nazrul. Aku angkat kepalanya ke atas riba.

"S-sayang." Panggil Nazrul lemah. Tangannya perlahan-lahan naik mengusap kesan tamparan Faris tadi di pipi.

"Abang jangan tinggalkan Sayang. Sayang tak nak kehilangan Abang. Abang please janji dengan Sayang yang Abang kena kuat. Sayang tak kuat tengok Abang macam ni." Aduku dalam tangisan.

"Abang cintakan Sayang." Kelopak matanya mula tertutup sepenuhnya.

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now