27

5.6K 316 1
                                    

Pada pagi yang cerah bertemankan sang matahari, semua pelajar tingkatan satu hingga enam berada di padang untuk memeriahkan lagi hari sukan sekolah pada tahun ini. Lagu-lagu popular yang sesuai dengan tema sukan pada abad ini dimaikan seawal 7 pagi.

Pelajar yang terlibat dalam acara akan ditempatkan di dalam dewan, pelajar yang terlibat dengan pembarisan dan pasukan sorakkan akan ditempatkan di tempat masing-masing dan pelajar yang tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti akan berada di bawah khemah berdekatan dengan padang.

"Perhatian kepada semua atlet acara sukan akhir, diminta semua melaporkan diri di khemah rumah sukan dalam masa 30 minit." Suara cikgu Hadi kedengaran di seluruh sekolah. Aku, Daniel dan Aliff berjalan bersama-sama ke arah khemah pasukan ungu.

Tiba di sana, cikgu mengambil kehadiran kesemua atlet pasukan dan nombor pin diagihkan oleh Amanda iaitu penolong pengerusi pasukan ungu. U021 diberikan kepada aku. U001 diberikan kepada Daniel. U003 diberikan kepada Aliff.

Nombor pin yang terdiri daripada dua bahagia aku pakai dahulu di bahagian hadapan berserta dengan atlet yang lain.Aku meminta pertolongan Daniel untuk pakaikan aku punya di bahagian belakang.

"Sayang, pakaikan saya punya." Pinta Daniel dengan mimik muka yang comel.

"Aliff tolong Daniel!" Arah aku bersaja sambil menghulur nombor Daniel ke arah Aliff. Aliff hanya mengikut, dia ambil nombor itu dan dipakaikan di belakang Daniel. Sekali tengok macam gay dua kali tengok macam bloodbrother.

"Apa ni sayang? Not fair." Daniel tarik muncung tanda protes. Aku dan Aliff sudah gelak habis. Beberapa pelajar yang tengok ikut gelak sekali.

"What? Saya banyak kerjalah."

"Awak ni tak sweetlah." Runggut Daniel perlahan. Muncung di tarik lagi.

"Ouh, nak sweet." Aku tersenyum sinis.

"Sayang." Panggil aku meleret. Daniel terdiam. Dia menelan air liurnya.

"Apa?" Tanya Daniel gugup. Aku tolak Daniel ke arah kerusi yang berdekatan. Sebaik sahaja dia duduk, aku mendekatkan jarak muka aku dengannya untuk berbisik.

"Gila sweet."

"Aksi apakah ini?"

"Nak buat maksiat jangan kat sini."

Rata-rata aku dengar dari bisikkan pelajar adalah benda negatif. Otak diorang memang kotor sebab tu suka fikir benda-benda yang negatif.

"Awak orang tengok." Daniel masih tergagap.

"Good luck baby." Aku menjarakkam kembali muka aku daripada wajahnya.

Apabila aku menoleh ke arah belakang, semua atlet pasukan ungu malah ada pasukan lain juga memandang. Bahang mula menguasai seluruh wajahku.

"Apa? Aku just bisik dekat telinga dia je." Ujarku selamba. Semua orang hanya mengangguk dan membuat kerja masing-masing semula.

"Kenapa takut sangat ni bro?" Aliff menepuk bahu Daniel yang masih terpinga-pinga dengan kelakuan aku tadi.

"Mana ada." Daniel menjawab bagi mempertahankan dirinya.

"Azreen, apa riaksi abang kesayangan kau bila tengok apa kau buat tadi eh?" Aliff mula menyakat aku.

"What? Kau jangan macam-macam Aliff. Aku sumbat kau dalam loji nanti." Pesan aku tegas. Aliff hanya tersenyum sinis dan membuat tanda 'OK' menggunakan jarinya.

***

Aku menarik nafas dalam-dalam. Acara 4×400m akan bermula sekarang. Aku pandang pihak lawan yang bersaing dengan aku sambil tersenyum. Aku perserta terakhir untuk pusingan 4×400m ini. Cikgu kata, budak laju kena jadi yang pertama dan terakhir.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now