21

6K 332 1
                                    

Tok Tok !

Pintu kelas 5V di ketuk oleh seseorang. Amirul selaku ketua kelas  keluar untuk melihat siapa gelaran yang mengetuk.

"Azreen, buka hotspot boleh?" Tanya Qisha manja. Aku memandangnya dengan sebelah kening terangkat.

"Please? Data aku dah habis lah." Pintanya lagi. Aku hanya buat tak tahu dengan permintaannya.

"Qisha nak hotspot Faris?" Katanya sambil menghulurkan tangan. Qisha memberikan telefon pintarnya kepada Faris untuk dia memasukkan kata laluan.

"Terima kasih." Ujar Qisha sebaik saja dia mendapat telefonnya kembali.

"Azreen!" Jerit Amirul di hadapan kelas. Aku mengangkat muka memandangnya. "Ada apa?" Balasku kembali.

"Ada orang nak jumpa." Katanya lagi. Aku terus bangun menuju ke pintu hadapan kelas.

"Follow me." Arah lelaki itu. Tangan aku di tarik perlahan olehnya. Aku hanya mengikut sahaja langkahnya. Kami tiba di taman sains sekolah. Sebuah meja di bawah pokok kami duduki.

"Kenapa ni?" Aku memulakan perbualan setelah kami berdua duduk. Wajah Ayyan di hadapan aku pandang dengan penuh tanda tanya.

"Tolong jauhkan diri daripada Faris." Arahnya tegas. Wajahnya berubah serius.

"Faris budak baru kelas aku?" Tanya aku untuk meminta kepastian lebih lanjut daripadanya.

"Ya, Faris Mohd Faizal."

"Tapi kenapa? Apa salah dia sampai aku tak boleh kawan dengan dia?" Tanyaku. Tak ada petir, tak ada ribut. Tiba-tiba suruh jauhkan diri daripada Faris, Omelku.

"Aku cakap jangan, janganlah!" Marahnya. Tiada senyuman langsung yang mekar dibibir.

"Kalau anda ada masalah dengan dia, tolong jangan libatkan Reen." Kata ku. Aku terus bangun dan pergi ke kelas semula.

"Reen! Azreen!" Jeritan Ayyan aku hanya hiraukan. Ayyan naik ke kelasnya semula. Masuk saja dalam kelas, semua rakannya menuju ke mejanya. Ayyan duduk sambil mengeluh perlahan.

"Dah bagitahu Reen tentang Faris?" Tanya Aliff apabila Ayyan sudah duduk di tempatnya.

"Dia tak nak dengar." Jawab Ayyan pendek. Dia malas nak panjangkan cerita sebenarnya.

"Apa yang degil sangat lah Reen ni." Rungut Daniel. Aliff dan Hazmi hanya mengangkat bahu.

"Tengoklah girlfriend siapa?" Perli Ayyan. Aliff dan Hazmi hanya mampu mendiamkan diri. Mereka takut kalau mereka masuk campur, nanti Daniel dan Ayyan akan bergaduh.

"Tengoklah adik siapa?" Sindir Daniel pula. Dia tersenyum sinis.

"Okey." Balas Ayyan malas.

"Kita kena juga paksa Reen jauhkan diri daripada Faris." kata Hazmi setelah pastikan keadaan dah reda.

"If she said no, the answer also no. I know her more than you alls." Kata Ayyan.

"Kita nak buat apa?" Tanya Daniel risau.

"Kita boleh tengok Azreen sentiasa ataupun kita suruh Qisha tengokan Azreen or mana-mana lelaki daripada kelas dia?" Cadang Aliff. Semua mata memandang ke arah Aliff.

"Otak kau berguna juga." Kata Hazmi sambil menepuk bahu Aliff.

"Otak aku sentiasa berguna bukan macam kau." Aliff membalas sambil memukul kepalanya.

"Okey apa berguna masa periksa je. Boleh simpan pandai tu." Hazmi tertawa dengan ayat sendiri.

"Masa periksa pun tak pernah dapat nombor satu. Mana pandai kau pergi." Ujar Ayyan sinis. Aliff tertawa dengan ayat Ayyan.

"Macam mana nak dapat nombor satu kalau kau selalu dapat nombor tu. Pandai aku kau yang curi." Balas Hazmi sambil memasamkan muka.

"Dapat nombor lima pun okey." Seorang perempuan bersuara di belakang Hazmi. Mereka semua memandang pelajar perempuan tersebut.

"Okey bagi kau sebab kau nombor empat." Hazmi menjeling.

"Mungkin sebelum ni nombor empat tapi aku akan pastikan periksa minggu depan aku tak dapat nombor empat lagi tapi nombor-"

"Cubalah kalahkan aku." Ayyan bersuara sinis.

"Kami juga." Daniel dan Aliff bersuara juga.

"Memang aku nak kalahkan korang semua pun." Kata Damia sinis. Dia berjalan menuju ke tempatnya semula.

"Tak guna." Hazmi bersuara perlahan.

***

Aku dan seluruh pelajar 5V beratur di luar kelas untuk pergi ke makmal komputer di tingkat dua. Setelah memastikan semua pelajar sudah beratur, kami semua berjalan menuju ke makmal dalam barisan yang teratur.

"Susun kasut betul-betul! Jangan ada kasut yang berterabur!" Kata Sir Adam iaitu guru komputer kelas aku. Semua orang masuk ke dalam setelah menyusun kasut dengan betul.

"Saya nak kamu semua hidupkan komputer masing-masing." Arah Sir Adam. Semua orang melakukan apa yang di suruh olehnya daripada awal hingga akhir.

"Macam mana nak edit graf ni?" Tanya Qisha di sebelah ku. Aku hanya diam buat tak tahu.

"Okay." Qisha mengalah.

"Lain kali masa Sir terangkan dengar bukannya buat benda lain." Ujarku perlahan. Aku sambung buat kerja yang diberi oleh Sir Adam tanpa bersuara.

"Qisha, kenapa dengan Reen?" Tanya Amirul perlahan tetapi aku masih boleh dengar sebab dia duduk selang satu kerusi saja.

"Entah. Dia tak ada mood sejak dia keluar tadi." Jawab Qisha perlahan juga.

"Tak kan lah jumpa abang sendiri jadi macam tu?" Fikir Amirul sejenak.

"Mungkin abang dia ada buat benda yang sakitkan hati dia. Kita mana tahu sebab kita tak dengar apa yang mereka bincang." Balas Qisha. Qisha mengedit graf dengan bantuan Amirul. Kami meneruskan kelas selama satu jam tiga puluh minit. Selepas mendapat kebenaran daripada Sir Adam, aku terus keluar dan memakai kasut. Anak tangga aku naiki seorang diri.

"Hye! You Azreen right?" Tegur seorang perempuan di sebelah aku. Aku memandangnya dan berkata, "Yes, why?". Dia terus membalas, "I girlfriend Daniel so you jangan nak gatal sangat dengan dia or you nak I suruh Daniel cakapkan dekat you?" Ujarnya dengan sinis.

"Ada nampak muka aku macam peduli ke?" Tanya aku malas.

"I tak tanya you peduli ke tak yang penting you tahu yang I ni girlfriend dia." Katanya lagi. Dia sudah berpeluk tubuh di hadapan aku.

"Yes, girlfriend. It's mean 'kawan perempuan' bukan apa-apa pun." Balasku selamba. Aku terus meninggalkan perempuan itu.

"Shit!" Katanya separa kuat. Dia pergi dari situ sambil menghentak kaki.

***
TBC

I,ILY ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant