37

5.3K 254 17
                                    

Nak tahu tak kenapa dia panggil pasar basah? Sebab memang basah pun tempat ini. Okey hanya gurauan. Ia di panggil pasar basah kerana menjual barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya.

"Azreen, awak dengar tak saya cakap apa ni." Tanya Farisha sambil melambai-lambaikan tangan di hadapan muka aku. Aku tersentak. Macam mana lah boleh mengalamun di tempat macam ni. 

"Ya, dengar." Ujarku pura-pura dengar. Padahal satu habuk aku tak dengar. Dia membebel apa pun aku tak tahu sebenarnya tapi jangan mengumpat pasal aku sudah.

"Kalau dengar, saya suruh awak beli apa tadi?" Dia cuba uji aku dengan tektik itu. Aku dengan selambanya pergi menjawab "telur ayam." Aku terfikir sejenak kenapa aku menyebut telur ayam itu.

"Berangan lagi." Farisha pukul lengan aku perlahan.

"Aduh! Sakitlah." Marahku sambil menjeling ke arahnya. Pakcik penjual ikan itu hanya mampu menggelengkan kepala kepada aku. Apa pakcik ni, bukan nak back up tapi melayan pula si Farisha ni, jangan-jangan ni scandal Farisha. Aku menggelengkan kepala bila difikir balik.

"Tengok tu masih berangan." Dia tampar pipi aku dengan lembut. Kali ini aku baru tersedar sepenuhnya. Pakcik penjual tadi  tersenyum sekali lagi.

"Puteri Azreen." Farisha sebut nama penuh aku. Aku membalas, "Ya!".

"Pergi beli sayur sawi, bayam merah, kangkung dan kubis panjang. Saya tunggu kat kedai ayam depan tu." Selepas sahaja Farisha berkata sambil tunjuk arah kedai ayam tersebut, dia terus pergi meninggalkan aku.

"Berani dia tinggal aku. Kedai sayur kat mana eh?" Tanyaku sendirian. Duit ditangan aku pandang lama. Sebelum Farisha pergi, sempat dia serahkan sekeping duit bernilai 50 ringgit.

"Kedai sayur ada kat bahagian depan sikit." Jawab pakcik penjual ikan itu. Aku menoleh ke arahnya dengan muka tak percaya. Aku sekadar tersenyum nipis dan menuju ke hadapan sedikit.

Jalan kena hati-hati. Mana tahu nasib aku malang nanti, jatuh kat sini tapi kalau  bernasib baik, mesti ada seorang jejaka ataupun super hero datang sebagai penyelamat aku daripada terjatuh. Berangan punya pasal, aku sudah sampai di hadapan kedai sayur yang bernama sayur segar.

"Adik nak beli apa?" Tanya makcik penjual kedai ini. Aku memandangnya dengan senyuman dan berkata "bayam merah, kangkung, sawi dan kubis panjang."

Dia mengangguk dan menunjukkan tempat dimana sayur yang aku minta berada. Aku mengerutkan dahi. Matilah aku! Aku tak tahu mana satu jenis sayur ni. Mummy tolong Azreen! Azreen malu nanti, jerit aku di dalam hati. 

"Erm, kalau makcik ambilkan boleh?" Pintaku sambil tersenyum malu. Makcik itu hanya mengikut arahan aku sambil tertawa kecil.

"Sayur pun tak tahu awak ni." Aku menoleh ke arah suara itu.

"Mana ada tak tahu. Saya cuma,"  Aku hilang ayat untuk dikata.

"Kita pernah jumpa ke?" Aku memandangnya atas-bawah atas-bawah. Apabila sudah ingat aku terus berkata, "Ouh lelaki tanya jam." Dia tertawa kecil.

"Apa yang lawak?" Aku mengecilkan mata.

"Ada ke patut panggil saya lelaki tanya jam." Aku tersengih kecil.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now