61

4.6K 237 7
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Jadi, Encik Naim dan Puan Nadirah akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama-sama kami. Kalini, Ayyan dan Qisha turut ada.

"Sayang!" Jerit Nazrul di tingkat bawah. Sungguh kuat dia jerit. Boleh jadi Askar ni. Okey, gurau.

"Ya!" Balasku lemah. Kalau dia tak dengar itu masalah dia sebab dia dah tahu aku demam kenapa tak naik atas je ni nak menjerit-jerit dari tingkat bawah. Sungguh menyusahkan.

"Sayang! Awak tak dengar ke Abang panggil tadi?" Tanya Nazrul di hadapan muka pintu.

"Dengar cuma Abang je tak dengar sayang sahut." Balasku dengan senyuman. Nazrul menuju ke arah aku.

"Jom makan sama-sama. Semua dah tunggu kat bawah." Katanya sambil membantu aku turun dari atas katil.

Kami berdua turun ke dapur. Semua orang sudah mula menjamu selera. Apa ni tak tunggu aku dengan Nazrul.

"Macam mana dengan Reen? Dah sihat?" Tanya Puan Nadirah prihatin. Aku ambil tempat duduk di hadapan Ayyan dan Nazrul duduk di sebelah aku.

"Dah sihat sikit lepas makan bubur Naz buat." Balasku dalam perlian. Wajah Nazrul mula berubah apabila mendengar ayat aku.

"Sayang!" Rungut Nazrul perlahan.

"Anak Mama masak ke tadi? Jadi ke tidak bubur tu." Perli Puan Nadirah sambil menahan ketawa. Aku sudah ketawa kecil-kecilan.

"Tak sangka anak papa pandai masak." Perli Encik Naim pula.

"Sayanglah ni!" Marah Nazrul perlahan. Dia dah merajuk. Haih!

"Alololo. Maaf ya wahai suamiku yang tersayang." Pujukku dengan mimik muka yang comel + simpati.

"Sudahlah." Nazrul bangun dari tempat duduk dan naik ke atas.

"Mama punya pasal." Kataku. Bibir dijuihkan ke depan.

"Hmm. Azreen tolong pujuk dia ya?" Pinta Puan Nadirah sambil tersengih.

"Yelah."

Aku ambil ikan kari dan sedikit sayur khailan lalu meletakkannya di dalam pinggan. Air jus oren aku tuang ke dalam gelas. Kemudian, aku bawa pinggan dan cawan itu ke dalam bilik kami.

Tanpa sebarang ketukkan. Aku terus masuk. Kelihatan Nazrul sedang duduk bersandar di atas katil sambil bermain telefon pintarnya.

"Abang jom makan." Tegurku lembut sambil duduk dihadapannya.

"Erm."

Haih! Jadi terbalik pula. Patutnya dia yang layan aku macam ni sebab aku tengah demam dia cuma merajuk je.

"Kalau Abang tak makan. Saya akan merajuk balik." Tambahku lagi.

"Erm."

Ya Allah, susahnya nak pujuk lelaki ni. Lagi-lagi lelaki itu bernama Putera Nazrul.

"Abang tak sayang Reen sebab tu Abang tak layan Reen." Aku pura-pura buat suara sedih. Mata di gosok untuk memastikan dia percaya aku tengah sedih.

"Janganlah nangis sayang. Abang gurau je." Pujuk Nazrul. Aku tersenyum kecil apabila mendengar.

"Kalau Abang sayang Reen, jom kita makan." Balasku.

"Boleh tapi Abang nak sayang suapkan."

"Saya demam tapi awak yang melebih." Gumanku perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Nazrul.

"Okey-okey. Sayang suap Abang and Abang akan suap sayang. Baru romantik." Kata Nazrul dengan senyuman nakal.

"Romantiklah sangat." Perliku.

Aku suakan nasi berserta lauk ke dalam mulut Nazrul. Kemudian, dia pula membuat demikian kepada aku. Kami makan bersama-sama sehingga habis.

***

Daniel duduk termenung di sebuah Kafe di kawasan Mid Valley. Tiba-tiba datang seorang lelaki lalu duduk di hadapannya.

"Hello bro." Tegur lelaki tersebut. Topi yang dipakai diturunkan dan mask dibuka. Daniel terkejut dengan gelaran tersebut tetapi dia cuba untuk mengawalnya.

"Kau nak apa?" Tanya Daniel malas.

"Kau sayang Azreen lagi tak?" Tanya lelaki itu.

"Kau tanya soalan bodoh apa ni?" Balas Daniel senada. Dia sebenarnya rasa tertekan apabila orang menyebut nama Azreen.

"Alah! Aku tahu kau sayang dia lagi. Aku dengarlah pengakuan yang kau buat kat dia masa kat hotel haritu." Balas lelaki itu dengan senyuman sinis. Daniel sudah menahan geram terhadap lelaki dihadapannya.

"Kau nak apa?" Tanya Daniel buat kali yang kedua. Lelaki itu hanya mendiamkan diri.

"kalau tak ada apa-apa. Aku nak blah." Kata Daniel bengang. Dia mula bangun dan meninggalkan lelaki itu.

"Tak perlu libatkan kau kut sebab kau ni bodoh." Guman lelaki itu perlahan.

***

Ayyan POV

"Macam mana dengan Naz, Reen?" Tanya Puan Nadirah kepada Azreen apabila Azreen datang ke ruangan dapur bersama pinggan yang sudah kosong.

"Licin." Azreen tunjuk pinggan yang sudah licin itu kepada Puan Nadirah. Azreen mula mengambil tempat duduk di hadapan aku.

"Okeylah kalau macam tu, Mama dengan Papa nak pergi kerja balik." Kata Puan Nadirah lembut. Encik Naim dan Puan Nadirah mula bangun dari tempat duduk. Azreen dan Qisha menyalam tangan mereka berdua cuma aku sahaja yang duduk diam macam tunggul kayu.

"Reen dah sihat belum?" Tanyaku prihatin. Adik kesayangan katakan.

"Sikit." Balasnya sambil menuang air ke dalam gelas.

"Kau buat apa sampai boleh demam ni?" Tanya Qisha, my love.

"Entahlah. Aku makan maggi semalam lepastu tiba-tiba aku pengsan. Bila aku bangun, dah ada kain basah atas dahi." Balas Azreen.

"Kau makan maggi? Pukul berapa?" Tanya Qisha lagi.

"1 pagi." Balasnya.

"Kau ni suka makan malam-malam tapi tak gemuk pun." Ujar Qisha sambil mencebik.

"Kau nak aku gemuk ke?" Tanya Azreen dalam nada meluat.

"Kalau dia gemuk, mesti Nazrul akan tinggalkan dia." Kataku bersaja. Mata mereka berdua merenung tajam ke arah aku.

"Apa cakap macam tu." Qisha pukul bahu aku perlahan. Aku hanya tersegih. Azreen pijak kaki aku dari bawah meja kuat.

"Mulut kau memang tak ada insuran kan?" Marahnya.

"Hihi." Aku hanya mampu tersengih.

End POV

***

Malam pun tiba, angin malam bertiupan dengan kuatnya. Bunyi hujan menitis kuat kedengaran walaupun berada di dalam rumah.

Aku baringkan diri di atas katil. Macbook aku ambil. Nazrul masuk ke dalam bilik selepas itu. Dia merebahkan badan di sebelah aku.

"Sayang nak buat apa?" Tanya Nazrul dengan mimik muka yang comel.

"Baca novel."

"Dalam tu?" Tanyanya sambil menunding jari ke arah macbook aku. Terkejut barangkali.

"Ya."

"Amazing." Balas Nazrul teruja. Gila jakun suami aku ni.

"Sayang, sayang, tengah buat apa tu?" Nazrul menyoal perkara yang sama. Pinggang aku di cucuk berulang kali.

"Tak geli pun." Aku jelirkan lidah ke arahnya.

"Alah." Muka masam diberi. Aku mendekati dirinya perlahan-lahan. Tanpa isyarat, aku cucuk pinggangnya.

"Sayang!"

***
TBC

I,ILY ✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum