28

5.7K 283 2
                                    

"Daniel." 

"Duduk diam-diam." Arah Daniel tegas. Aku terus mendiamkan diri. Tiba di khemah pasukan ungu, aku diletakkan di atas kerusi. Daniel ambil sebotol air mineral sejuk di dalam bekas. Air mineral yang dihulur oleh Daniel aku ambil dan minum.

"Mana ada atlet lari sambil tutup mata." Daniel bersuara. Kain yang berisi air batu dia ikat simpul. Kain tersebut diletakkan di atas kedua-dua belah kaki aku.

"Buat sendiri kat tangan." Arah Daniel. Kain yang berbungkus air batu aku ambil.

"Jangan rapat dengan Faris." Arah Daniel tegas. Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Kena-"

"Saya kata jangan, janganlah." Suara Daniel meninggi. Aku tersentak. Kain yang berbungkus air batu terjatuh daripada tangan.

"Awak maaf. Saya tak ada niat."

"Tak apa." Aku membalas secara perlahan.

"Kau patut tinggalkan je lelaki macam dia ni." Faris muncul di hadapan aku. Kain yang berisi air batu dia ambil dan letakkan di atas lengan aku secara perlahan.

"Tak apa, aku boleh buat sendiri." Aku ambil kain itu dengan lembut. Faris berdiri di sebelah aku sambil menyilang tangan. Dia tersenyum sinis ke arah Daniel yang sedang mengetap gigi.

"Well good game prince school." Puji Faris dengan sinisnya. Daniel berjalan selangkah demi selangkah ke arah Faris. Dia sudah menggenggam penumbuk.

"Daniel jangan." Aku bersuara lalu Daniel mengeluh perlahan. Daniel menghampiri Faris lalu berbisik, "I'll make sure you die in my hand." Faris tersengih.

"Alright, just do it." Faris membalas. Daniel terus berlalu pergi. Aku terpinga-pinga kerana ditinggalkan oleh Daniel bersama dengan Faris. Aku menelan air liur seketika.

"Maaf." Daniel kembali semula dan menarik tangan aku untuk pergi bersamanya. Aku tersenyum sebaik saja wajah Daniel muncul. Kami berdua menuju ke Kafeteria memandangkan sekarang waktu rehat. Cikgu minta kami berkumpul di padang semula pada pukul 12 tengah hari.

"Kenapa semua tak suka Faris." Aku cuba mencari tahu. Daniel hanya mendiamkan diri.

"Daniel? Awak dengar tak?" Tambah ku lagi.

"Ya dengar. Tak ada apa-apa tapi awak tetap kena jauhkan diri daripada dia." Daniel membalas.

"Dia satu kelas dengan saya. Macam mana saya nak jauhkan diri." Daniel yang berhenti secara mengejut membuatkan aku turut berhenti di tepi padang yang panas terik.

"Panas." Rungutku perlahan.

"Saya sayang awak jadi tolong dengar kata, please?" Daniel memandang ke arah aku sambil tapak tangannya menutup sinaran cahaya matahari daripada terkena wajahku.

"Jangan risau. Saya baik-baik saja." Aku tersenyum lebar di hadapannya. Kemudian, aku mula berlari ke Kafeteria walaupun berkaki ayam. Daniel menggelengkan kepalanya melihat telatahku. Dia berjalan ke Kafeteria bersama kasut sukan milikku di tangan.

***

"Aku rasa pasukan ungu akan menang." Aliff tersengih ke arah mereka semua. Qisha yang baru saja selesai membeli dua minuman terus duduk bersama mereka.

"Kenapa pula?" Hazmi menjeling tanda tak puas hati. Ayyan sekadar memerhati dari tepi.

"Acara lari pasangan tadikan ungu menang. Tak sangka setelah beberapa tahun biru akhirnya dapat dikalahkan." Aliff menjelir lidah ke arah Ayyan.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now