45

5.1K 321 32
                                    

"Kita putus." Kata Daniel.

"What?" Tanyaku terkejut. Tak mungkin selama ni dia mengelakkan diri dari aku sebab nak putus? Apa semua ni!

"Apa semua ni Daniel? Awak dah janji dengan saya masa saya sedar dulu yang awak tak akan lukakan hati saya tapi kenapa?" Air mata aku mula mengalir membasahi pipi.

"Aku cakap putus, putus lah." Gertak Daniel kuat. Aku terkaku. Dia tak pernah tinggikan suara dekat aku macam tu. Kenapa dia berubah tiba-tiba? Apa salah aku dekat dia sampai dia nak tinggikan suara macam tu.

"Awak tak pernah tinggikan suara kat saya. Saya benci awak Tengku Daniel. Jangan pernah muncul lagi dalam hidup saya selepas ini. Saya benci awak!" Tengkingku kuat di hadapannya. Aku terjatuh lemah ke atas lantai selepas itu.

Daniel POV

"Kita putus." Aku terpaksa cakap ayat yang akan menyakitkan hati orang yang aku sayang itu.

"What?" Tanya Azreen terkejut.

"Apa semua ni Daniel? Awak dah janji dengan saya masa saya sedar dulu yang awak tak akan lukakan hati saya tapi kenapa?" Aku dapat lihat air mata yang berharga milik orang yang aku sayang mengalir di pipi. Sesungguhnya aku tidak sangup berbuat macam ni tapi disebabkan Papa, aku terpaksa.

"Kalau kamu tak nak kahwin dengan dia. Papa hantar kamu ke luar negara."

Kata-kata papa mula bermain difikiran aku. Aku tak sanggup pergi tinggalkan dia dan nanti dia tahu tentang kejadian aku dan Dina bila aku pergi ke luar negara. Kalau aku terus tinggal di sini, sekurang-kurangnya aku dapat lihat wajah dia walaupun aku tahu hati dia sedang sakit sekarang ni.

"Aku cakap putus, putus la." Aku paksakan diri untuk gertak dia kuat macam ini. Dia terkaku. Maafkan saya Azreen.

"Awak tak pernah tinggikan suara kat saya. Saya benci awak Tengku Daniel. Jangan pernah muncul lagi dalam hidup saya selepas ini. Saya benci awak." Tengking Azreen kuat di hadapan aku. Sungguh hati aku sakit apabila nampak air matanya jatuh membasahi pipi tapi aku terpaksa buat semua ni. Dia terjatuh lemah ke atas lantai selepas itu.

"Aku tak pernah cintakan kau so stop sayangkan aku selepas ni. Kau ingat muka kau lawa sangat ke sampai aku tergila-gilakan kau? Jangan mimpi lah. Aku couple dengan kau pun sebab terima cabaran budak junior sekolah ni, ingat aku nak sangat dengan kau ke? Pergi matilah dengan janji manis aku dulu. " Kata ku sinis.

"Ouh lagi satu, tolong cermin diri kau dulu sebelum nak berangan aku jadi milik kau selamanya. Muka macam tongkang pecah ada hati nak dengan aku. Boleh tak jangan nangis macam ni, kau nampak macam Perempuan murahan sangat." Tambahku lagi. Aku terus pergi meninggalkan dia. Air mata aku mengalir tanpa disedari.

End POV

***

"Aku tak pernah cintakan kau so stop sayangkan aku selepas ni. Kau ingat muka kau lawa sangat ke sampai aku tergila-gilakan kau? Jangan mimpi lah. Aku couple dengan kau pun sebab terima cabaran budak junior sekolah ni, ingat aku nak sangat dengan kau ke? Pergi mati lah dengan janji manis aku dulu." Kata Daniel sinis.

"Ouh lagi satu, tolong cermin diri kau dulu sebelum nak berangan aku jadi milik kau selamanya. Muka macam tongkang pecah ada hati nak dengan aku. Boleh tak jangan nangis macam ni, kau nampak macam perempuan murahan sangat." Tambahnya lagi sebelum pergi meninggalkan aku. Aku yang terbaring lemah di atas lantai hanya mampu melihat kelibat dia menghilang.

8 months with him finally is over
My heart was hurt because of the man named Daniel

Hujan mula turun membasahi bumi. Aku sudah tidak bermaya untuk bangun. Air hujan mula mencurah ke atas badan aku. Mata aku seakan-akan mahu tertutup. Tiba-tiba datang seorang lelaki duduk mencangkung di hadapan aku tetapi aku terlambat untuk melihat wajahnya kerana aku sudah hilang pandangan.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now