15

7K 398 9
                                    

Harini Ayyan ke sekolah agak ceria sedikit berbanding bulan lepas. Dia berjalan seorang diri menuju ke kelas. Dia ada juga terserempak dengan beberapa pelajar perempuan yang tidak lekang memandang ke arah dirinya. Dia senyum seorang diri kerana dia teringatkan wajah adiknya.

"Apa khabar bro?" Tegur Hazmi yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Ayyan menjelingnya sekilas.

"Kau tak reti bagi salam dulu ke? Kalau aku mati tadi macam mana?" Ayyan membalas. Hazmi sekadar tersengih.

"Assalamualaikum encik Ayyan. Kalau kau mati tadi, aku orang pertama yang lawat kubur kau setiap hari." Hazmi berkata dengan selambanya. Ayyan memukul kepala Hazmi perlahan.

"Aku gurau je. Janganlah marah." Rungut Hazmi.

"Kau nak tahu sesuatu tak?" Tanya Hazmi dengan cerianya.

"Bolehlah."

"Muka kau bertambah buruk bro!" Hazmi melarikan diri ke kelas sebelum ditangkap oleh Ayyan. Ayyan hanya menggelengkan kepala. Tanpa membuang masa, dia terus berlari juga untuk mengejar Hazmi yang sudah jauh di hadapan.

Tiba saja di kelas, semua pelajar memandang ke arah Ayyan yang sudah lecun dibasahi air peluh. Ayyan yang malu terus berbuat seakan tidak ada perkara yang berlaku. Dia terus duduk di tempatnya dan mengeluarkan buku untuk dibaca. Hazmi yang sudah duduk menahan gelak seorang diri.
"Kau kena kejar anjing ke tadi?" Aliff yang berada di sebelah menegur.

"Aku yang kejar anjing tu." Ayyan membalas. Hazmi memandang ke arahnya dengan renungan yang tajam. Kali ini Ayyan pula yang menahan gelak.

"Terasa ke bang?" Ayyan tersengih. Aliff dan Daniel yang tidak faham hanya memerhati dalam diam.

"Diamlah kau."

"Baik." 

***

"Saya minta kerja sama anda semua untuk hantar kerja sekolah sebelum balik." Cikgu matapelajaran sivik memberi pesanan sebelum keluar daripada kelas 5V itu. Qisha menyiapkan kerja sekolahnya. Sekali-sekala dia memandang meja sebelahnya. Sudah sebulan lebih meja itu tidak di duduki oleh tuannya.

"Hai Qisha." Sergah Aliff. Qisha yang terkejut terus mengurut dadanya. Aliff duduk di tempat Azreen dengan selamba.

"Ehh Aliff. Kenapa kat sini?" Tanya Qisha. Semua pelajar mula mendiamkan diri kerana Aliff dan Ayyan masuk ke dalam kelas. Ini dah jadi rutin harian  pelajar Viction Highscholl bila cikgu tidak dapat hadirkan diri ke kelas, dua orang pengawas akan masuk untuk mengawal keadaan kelas supaya tidak membuat bising.

"Minta perhatian." Qisha dan Aliff memandang ke arah Ayyan yang berada di hadapan kelas.

"Miss Maria tak dapat masuk kelas kerana dia ada mesyuarat. Nak bercakap boleh tapi kena kawal suara kalau tak anda dipersilakan jalan itik di koridor sehingga masa habis." kata Ayyan tegas. Tiada langsung senyuman yang terukir. Walaupun muka dia macam tu, pelajar perempuan 5V tetap tersenyum manis ke arahnya.

"Ayyan dah jawabkan soalan kau." Balas Aliff ringkas.

"Berbual apa?" Tanya Ayyan. Tanpa segan silu, dia mengambil kerusi meja sebelah lalu duduk di sudut meja.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now