69

3.9K 233 23
                                    

Aku bangun dari tidur yang lena akibat dikejut oleh Nazrul untuk menunaikan solat subuh di pagi hari. Selesai menunaikan solat, aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan manakala Nazrul bersiap untuk pergi ke tempat kerja.

Aku menyanyi sambil menuruni anak tangga, "Let me see you smile, Let me see you laugh, Let your worries go away and never come again." Lagu senyum nyanyian Asad Montawh aku nyanyi secara ringkas. Tiba di dapur, aku terus mengambil roti jenama Gardenia, mayonis, butter, salad, telur dua biji dan keju lalu membawanya ke kaunter dapur.

Aku ambil dua biji telur itu ke dapur gas dan memasaknya telur mata. Selesai sahaja, aku sapu butter dan mayonis ke atas roti. Telur, salad dan keju aku letakkan di atas roti pula. Nampak macam sandwich gitu.

Apabila sudah kemas cara susunan roti tersebut. Aku hidangkan di atas meja. Kemudian, aku pergi buat air hot chocolate untuk Nazrul.

Nazrul masuk ke ruangan dapur. Dia sungguh segak berbaju kemeja. Dia ambil tempat duduk disebelah kiri. Aku datang duduk disebelah kanannya dan meletakkan air hot chocolate itu di atas meja.

"Hari ni Abang balik awal so sayang boleh masak makan malam." Kata Nazrul sambil mengambil satu pinggan sandwich yang aku sudah buat lalu dimakannya.

"Yeah!" Aku bersorak kecil. Aku turut menjamu selera seperti Nazrul. Selesai makan, aku menghantar Nazrul di muka hadapan pintu. Aku salam tangannya.

"Hati-hati bawa kereta." Pesanku. Kedua-dua pipi Nazrul aku kucup dengan lembut.

"Hati-hati duduk rumah." Pesan Nazrul pula. Dia mencium dahiku lama. Kemudian, dia masuk ke dalam perut kereta BMWnya dan kereta itu keluar dari pekarangan banglo 3 tingkat ini.

***

Aku duduk di atas sofa ruang tamu sambil menonton TV cerita Red Velvet yang aku record haritu. Tengah kusyuk tengok drama Neelofa dan Aliff satar, tiba-tiba ada mesej masuk. Aku mengambil telefon pintar yang berada di atas meja dan membuka aplikasi WhatsApp.

Unknow number
Hye sayang! I rindu you 💕

Dia salah nombor or dia ni gila? Wait! Nombor ni sama macam nombor yang suka mesej aku bersayang-sayang bagai. Siapa dia ni? Aku tak reply. Aku letak telefon semula di atas meja dan sambung melayan drama.

Ting Tong !

Aku pause rakaman dahulu dan menuju ke pintu.
Aku tekan butang alat suara tersebut, "Siapa?" Tiada jawapan. "Hello! Siapa ni? Kalau tak cakap saya tak buka pagar." Masih lagi tiada jawapan.

Aku yang sakit hati terus pergi ke sofa semula. Rakaman aku startkan semula. Bunyi loceng rumah kedengaran lagi dan ianya membuatkan bulu roma aku naik. Seram pula, aku terus ambil telefon dan nombor Qisha didail.

"Kau nak apa Azreen?"

"Datang rumah aku wei! Ada orang tekan loceng banyak kali." Kataku gugup.

"Bukalah pintu pandai. Memanglah dia tekan banyak kali sebab kau tak buka pintu." Suara Qisha garang kedengaran.

"Masalahnya, aku tanya siapa tu. Dia tak jawab. Aku takut ni, cepatlah datang." Pintaku. Bunyi loceng makin lama makin laju. Macam tak nak henti.

"Send location!"

End. Aku terus share location melalui WhatsApp. Tak sampai sepuluh minit aku dapat mesej daripada Qisha.


Aku dah sampai
buka pintu cepat
jangan terkejut nanti

Aku terus berlari ke pintu. Aku terus menekan butang open dan kereta Qisha masuk ke dalam kawasan rumah.

"Azreen, cuba kau baca ni." Arah Qisha sambil menghulur sehelai kertas. Aku ambil kertas tersebut dan membacanya,

"HYE SWEETHEART. SAJA NAK CAKAP, MALAM NI YOU AKAN DUDUK RUMAH SORANG-SORANG." Aku ketap bibir bawah. Tulisan itu ditulis dengan warna merah.

"Apa ni?" Tanyaku sambil menyentuh warna merah itu. Qisha ambil tangan aku dan bau benda tersebut

"Da-Darah." Katanya sedikit gagap. Kertas ditangan terlepas jatuh ke atas lantai. Aku terkaku. Apakah yang berlaku sekarang ini?

"Wei! Aku teman kau sampai Naz balik eh?" Pinta Qisha kerisauan. Dia takut kalau terjadi apa-apa dengan kawan baiknya ini.

"Okey." Balasku.

***

Nazrul POV

8:12 Malam

Aku simpan semua dokumen dan keluar dari pejabat. Aku terus turun ke bawah dan masuk ke dalam perut kereta BMW ku. Aku pandu ke 7e terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.

Tiba di hadapan 7e, aku keluar dan masuk ke dalam untuk membeli coklat cadbury kerana Azreen mahu makan. Selesai membayar makanan tersebut, aku terus keluar.

Aku buka pintu tempat duduk pemandu. Aku terus letak coklat itu di tempat duduk pemandu. Selepas itu, aku keluarkan telefon pintar san menghantar mesej kepada Azreen terlebih dahulu.

Sayang 🌸❤
Lagi 5 minit Abang sampai rumah

Baru sahaja aku ingin simpan telefon pintar di dalam poket baju, tiba-tiba ada satu benda hinggap dikepala aku dan aku terjatuh pengsan di atas jalan raya dengan telefon tu sekali tercium atas jalan raya.

End POV

***

Abang
Lagi 5 minit Abang sampai rumah

Aku tutup mesej daripada Nazrul.

"Kau dah boleh balik. Nazrul kata dia akan sampai rumah lagi 5 minit." Kataku kepada Qisha yang sedang sibuk makan masakan aku. Katanya sedap. Entah ikhlas atau perli tak tahu lah.

"Biar aku habiskan makanan ni dulu." Pintanya. Aku mengangguk dan naik ke atas untuk mandi. Penat. Selesai sahaja mandi, aku lihat Qisha sudah tiada di dapur, malah ruang tamu pun.

Ting !


Aku dah balik
Jangan cari aku pula

Aku hembus nafas lega. Ingatkan dia menghilang ke mana tadi. Aku menunggu Nazrul di meja makan dengan kedua-dua tangan diletakkan di atas meja dan kepala aku tidurkan di atas meja. Tiba-tiba, aku tertidur pula.

Aku terjaga akibat bunyi petir yang kuat. Aku pandang jam sekilas, sudah pukul 2 pagi. Makanan juga masih belum terusik. Aku terus naik ke tingkat atas untuk lihat sama ada Nazrul sudah pulang ke rumah atau belum tetapi hati ku terasa pedih kerana melihat kelibat Nazrul tiada di dalam bilik.

Aku baring di atas katil. Comfeter aku tarik menyelubungi badan akibat hari tengah hujan jadi suhu sangat sejuk. Fikiran Aku hanya fikir tentang Nazrul. Mana dia pergi? Kenapa dia belum balik rumah lagi masa ni? Tadi dia kata 5 minit tetapi sekarang sudah pukul 2 pagi.

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now