53

5.2K 286 11
                                    

Harini berlangsungnya majlis persandingan Ayyan dan Qisha. Majlis akad nikah sudah berjalan lancar semalam dan hari ni adalah persandingan. Nak tahu macam mana Qisha boleh setuju nak jadi wife Ayyan? Meh baca bawah ni,

Aku dan Ayyan keluar makan di sebuah restoran terkenal. Aku bawa Arisha sekali sebab dia yang nak ikut then Ayyan ajak Qisha makan malam sekali jadi senanglah plan nanti.

"Waiter." Aku angkat tangan ke udara. Seorang waiter lelaki datang ke arah meja kami.

"Nak pesan apa?" Tanya waiter tersebut.

"Wait." Arahku kepadanya dan aku terus memandang Arisha.

"Sayang nak makan apa? Order je banyak mana pun, abang Yan akan belanja." Kataku selamba. Ayyan memandang aku tajam selepas itu. Arisha sudah menepuk tangan tanda kegembiraan.

"Sha nak makan chieken chop ngan ice lemon tea." Kata Sha dengan pelatnya. Aku sekadar mengangguk. Dia sama macam aku, pegemar ice lemon tea.

"Haa Qisha! Kau order je apa-apa. Abang aku hari ni baik hati nak belanja kita semua." Kataku sambil memandang Qisha yang berada di sebelah Ayyan.

"Bagi saya chieken chop 2 and ice lemon tea 2." Kataku kepada waiter tersebut. Dia menyalin apa yang aku pesan dan memandang ke arah Ayyan dan Qisha pula.

"Haa, saya nak sama macam diorang berdua." Kata Qisha.

"Encik?" Tanya waiter tersebut kepada Ayyan.

"Sama je lah." Balas Ayyan. Macam tak ada selera je nak makan. Waiter itu pergi selepas itu. Kami semua diam sementara tunggu makanan sampai. Setibanya sampai, kami makan dahulu sebelum memulakan misi.

"Alhamdulilah." Ucap Sha sambil memegang perutnya. Kenyang mungkin.

"Eyy, Sha dah gemok." Kataku dengan gelak tawa.

"Mana ada. Kak Reen yang gemok." Kata Sha untuk membantahnya.

"Ehem." Ayyan berdehem seketika. Aku terus memandangnya. Dia mengeyitkan mata ke arah aku. Aku mengangguk tanda faham.

"Aku pergi tandas jap. Arisha jom ikut akak." Kataku kepada Sha. Dia ikut aku pergi tandas selepas itu.

Qisha POV

Azreen dan Arisha pergi ke tandas meninggalkan aku dengan Ayyan. Ayyan pandang aku dengan renungan yang tak boleh ditafsirkan.

"Qisha, aku nak cakap sikit ni." Kata Ayyan mendatar.

"Apa?"

"Kita putus."

Pang! Rasa macam kena tampar. Kata-kata Ayyan berjaya menarik perhatian orang ramai di dalam restoran ini kerana dia bercakap dalam nada yang kuat. Aku terus mengambil air ice lemon Azreen yang masih berbaki dan membaling ke muka Ayyan. Orang ramai mula menutup mulut, lagi-lagi anak dara yang ada di dalam tu. Kebetulan juga, Azreen dan Arisha sampai di hadapan meja.

"Kenapa abang Yan basah ni?" Tanya Arisha sambil memegang rambut Ayyan yang basah akibat simbahan air lemon tadi.

"Aa, aku minta maaf. Tak sengaja." Kataku gugup. Ayyan tidak layan kata-kata aku. Dia terus bangun dan pergi dari sini. Air mata aku mula mengalir. Beberapa minit kemudian, dia muncul kembali dengan sekotak kecil berwarna merah.

Dia melutut di hadapan aku "Aku minta putus sebab nak kan lebih kebaikan dalam cinta kita bukan sebab mahu kesedihan. Kesian muka hensem aku ni kena air manis." 

I,ILY ✔Where stories live. Discover now