12- Lonely

2.5K 141 6
                                    

Taekook/KookV

.

.

.

.

.


Setelah beberapa jam, Jungkook berjalan keluar dari bilik dan menuju ke pintu bilik taehyung. Sepertinya keadaan sudah aman, Taehyung tak lagi meracau seperti yang dilihat tadi.

Tok! Tok!

Jungkook mengetuk tapi tiada respon pada sidalam. Dan Jungkook tak mahu melengahkan masa dia nak tahu keadaan taehyung saat ini.

Clerk.

Menampakan bilik yang sedikit berselerak dan pasu bunga yang pecah bersamaan barang kecantikan taehyung diatas alamri cermin itu pecah. Taehyung berada diatas katil dengan keadaan menyelubungkan selimut pada tubuhnya.

Jungkook menghampiri secara hati-hati kerana terdapat banyak kaca yang pecah berada diatas lantai. Bila-bila masa sahaja kaca tu boleh menusuk masuk pada kulit kakinya. Itu sungguh sakit.

" Tae.. " lirih jungkook. Masih tiada jawapan dari taehyung. Dan Jungkook menyelak selimut itu. Taehyung sedangpun tidur dengan mata yang sedikit bengkak.

Jungkook tak faham dengan taehyung. Apa yang dimarahkan sebenarnya, Taehyung marah sebab apa? Tak mungkin pasal jungkook marahnya taehyung menjadi agersif sebegitu.

“Apa yang membuatkan kau
marah sekali dengan aku.” Ujar jungkook perlahan, Tangan kekarnya mengusap ubun-ubun taehyung dengan lembut. Menatap wajah sayu itu secara berhati-hati.

“Jikalau aku melakukan kesalahan,
maafkan aku taehyung.”

. . .

Taehyung membuka kedua kelopak matanya dan mengedip-gedip untuk keberapa kali. Menjelaskan lagi penglihatanya ini. Dia melirik ke jam yang berada dimeja sisinya.

3:45 P.M

Serasanya dia telah lama tidur mungkinlah. Seingatnya dia sedang keadaan yang agersif. Melihat suasana biliknya bersih seperti tiada apa yang berlaku. Sedangkan dialah yang membuat kekacauan didalam bilik ini.

Taehyung tak bodoh, melihat sekeliling biliknya yang dalam keadaan sempurna. Tiada satu habuk yang berterbangan. Lantainya licin dan meja cerminya juga bersih terletak cantik produk-produk kecantikanya itu.

Mimpi ke? kata hatinya.

Taehyung mengosok wajahnya dan memijakan kakinya pada lantai berkayu itu. Ternyata dia berada dialam realiti bukan sebuah mimpi.

Taehyung membuka pintu dan menjengahkan kepalanya diluar. Melihat kiri kanan, Rumah ini sungguh kosong macam tak ada orang. Mana jungkook?

Mana Bodyguard yang lain, Apa yang dah berlaku sebenarnya. Sunyi teramat rumah ini. Taehyung belari sana sini mencari susuk jungkook tetapi sayangnya tiada apa yang ia temukan. Bodyguard dan juga kereta mewah milik jungkook juga tiada.

Mungkin Jungkook keluar, itu tidak pasti yang taehyung rasa jungkook berjumpa kawan atau apa apa jelah.

Taehyung berjalan ke ruang dapur, Beberapa makanan telahpun terhidang diatas meja makan. Pelbagai lauk pauk dan semua dari kategori makanan kegemaranya.

[𝐂] 𝐌𝐲 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐲 𝐌𝐚𝐢𝐝 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now