29- Leave

1.9K 121 14
                                    

Taekook/KookV
NamJin

.

.

.

.

Sudah seminggu taehyung tak berjumpa dengan jungkook. Apa entah yang dilakukan oleh jungkook sehingga tiada kabar berita darinya.

Semakin hari semakin menyesak didadanya. Kerinduanya pada jungkook semakin menjadi-jadi. Dia tak boleh hidup tanpa jungkook.

Selama ini dia selalu memikirkan keadaan jungkook dan akan selalu menunggu jungkook di rooftop. Taehyung sering kesepian kerana ketiadaan jungkook.

Dia ingin mendengar suara jungkook memanggilnya dengan panggilan manja.

Tapi itu akan berlaku ketika taehyunb berkhayal. Dia tahu itu tak akan jadi dan sekarang ini jungkook dah hampir seminggu tidak berjumpa denganya.

Bagai nak gila taehyung menunggu jungkook. Setiap hari memikirkan jungkook. Dan jungkook juga telah berjanji denganya bahawa tidak akan meninggalinya dan memperkuatkan lagi cinta kita.

Tapi sekarang tidak, jungkook benar-benar meninggalinya. Taehyung cuba untuk memikirkan hal yang positif. Tapi semakin hari hal ini membuatkan dirinya semakin hilang kepercayaan jungkook.

“Taehyung!”
Taehyung menoleh kebelakang, seorang wanita paruh baya menghampirinya dan sudah tentu taehyung tahu siapa wanita itu. Dialah yang menjaga dan merawat taehyung disini.

Dan taehyung menganggap wanita itu sebagai ibunya. Dan dia amat menyayangi wanita itu seperti ibu kandungnya.

“Mama..”lirih taehyung dengan nada yang agak sedih. Wanita itu tahu kalau taehyung sedih kerana jungkook sudah lama tidak datang kemari.

Wanita itu duduk disamping taehyung. Mereka berada dirooftop. Dan ini telahpun menjadi tempat kegemaran taehyung.

Dia akan menghabiskan masanya berasa udara segar diatas Rooftop ini. Telah menjadi kebiasaan baginya untuk ke sini.

“Jangan sedih sayang, Jungkook pasti akan datang kesini untuk berjumpa dengan kamu.” Kata wanita itu dan taehyung melentokkan kepalanya pada bahu wanita itu.

“Mama, sudah seminggu jungkook tak datang ke sini. Dia berjanji dengan tae untuk selalu bersama tae. Tapi dia ingkari.” Ujar taehyung.

“Tae, kene faham jungkook! Dia sedang sibuk berkerja atau mungkin dia ada masalah keluarga. Cubalah faham jungkook.” Kata wanita itu dan sambil mengusap-usap ubun-ubun taehyung pelan.

“Tidak! Ma, jungkook tipu. Kalau tae ini penting pasti dia datang kemari. Dan dia akan selalu ingat tae.”

“Hm..Tae, jangan putus asa. Jungkook pasti sedang mempertarungkan cinta kamu danya.”

hiks..hiks..tapi tae rindukan dia.”

“Iya, iya Mama faham.”
Taehyung mula menangis dan tak mampu lagi nak bendung air matanya. Bukan hari ini je dia menangis, sudah beberapa hari ini taehyung asyik menangis sahaja.

[𝐂] 𝐌𝐲 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐲 𝐌𝐚𝐢𝐝 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now