22-Hate this😭

2.9K 130 10
                                    

Taekook/KookV

.

.

.

.

Kim Taehyung bukak pintu ini!!”

“Taehyung let's me explain this.”
Jungkook berharap sangat jikalau taehyung tidak melihat dia dan juga taeyeon melakukan 'itu'.

“Taehyung!! Tolonglah..”

“Hiks..hiks..hyung jahat..”
Gumam taehyung perlahan lalu menyandarkan tubuhnya belakang pintu. Mendengar suara jungkook sahaja hampir meruntuhkan jantung.

Terkadang taehyung terfikir, kenapalah dia boleh jatuh cinta dengan orang seperti jungkook. Kenapa tidak dengan orang lain kenapa mesti lelaki bermarga jeon  itu

Dan lelaki itu juga yang boleh melukai taehyung juga merawat taehyung. Kenapa mesti jungkook. Benda ni sakit sangat

Taehyung tak boleh terima ini semua. Dia berjalan lalu meringkuk diatas katil sambil menutup tubuhnya menggunakan selimut tebal itu. Menangis tanpa ada niat untuk menghentikanya.

Jungkook berhenti dari mengetuk pintu berterusan. Dan membiarkan taehyung didalam sendirian. Sebenarnya jungkook tak pandai dalam memujuk orang. Tetapi dia jenis memang tak akan pujuk someone itu. Walau itu salahnya.

Dan jungkook mampu membiarkan taehyung sendirian didalam untuk meredakan dirinya. Dan berharap taehyung akan keluar lalu bersemuka denganya. Dari situlah jungkook akan menjelaskan segalanya jikalau taehyung yang mintanya.

Mata taehyung tidaklah terlalu bengkak. Sehabis puas dia menangis akhirnya dirinya terasa lelah. Berakhir dengan taehyung tertidur diatas katil.

Jungkook dibawah menenangkan dirinya. Dia berharap sangat taehyung tak nampak segalanya. Dia tak nak taehyung berasa kecwa denganya. Dia tak mahu membuat taehyung menangis.

Cukuplah selama ini taehyung banyak menangis kerananya. Kali ini dia tak nak lukakan hati taehyung. Hati seseorang yang dia cinta.

Kalau dia bencikan taehyung, tak mungkin dia akan memperjuangkan cintanya selama  ini. Pelbagai cara dia buat untuk taehyung jatuh dalam personanya.

Mungkin dengan berterus terang taehyung tak akan faham dan menganggapnya gila. Tetapi dengan teori yang diciptakan oleh jungkook sendiri. Ada logiknya juga.

Tiba-tiba telefon jungkook berbunyi lalu dengan cepat ia mencapai telefon bimbitnya kemudian menjawab.
Jungkook terpaksa pergi ke tempat kerjanya kerana ada hal yang agak kecemasan katanya. Terpaksa menitipkan taehyung bersama pembantu rumah yang dianggap makcik dirumahnya.

Makcik! Tengok-tengokan taehyung ye. Nanti suruh dia makan. Dan sekarang ini dia sedang berehat.”

“Baiklah jungkook.”

“Katakan pada taehyung yang kook ada urusan dipejabat. Tapi percayalah yang kook tak akan lama.”

“Baiklah kalau begitu, hati-hati ye.”
Jungkook akhirnya pergi dan wanita paruh baya itu menuju ke bilik jungkook lalu mengetuknya perlahan.

Tok!tok!!

taehyung?! Kamu ada kat dalam ke? Ini makcik. Nanti kalau nak makan turun ye.”
Kata wanita itu, tetapi tidak terdengar ada balasan dari taehyung. Tekaan wanita itu bahawa taehyung sedang tidur.


.
.
.
.







Petang itu taehyung bangun dari tidur dengan mata yang agak bengkak sedikit. Perutnya terasa lapar setelah seharian ini dia menangisi jungkook.

Taehyung menatap disebelahnya. Merasakan bahawa jungkook ada bersamanya. Dia ingin tidur bersama jungkook. Tetapi mengingatkan hal pagi tadi, buatkan taehyung sakit sahaja.

Taehyung menuju ke bilik mandi dan membersihkan tubuhnya yang sudah melengkit itu.

Tak lama selepas itu taehyung keluar lalu mengenakan pakaianya dengan memakai kemeja jungkook yang agak besar bila dikenakan pada tubuh taehyung.

Setelah bersiap taehyung turun kebawah dan cuba mencari keberadaan jungkook. Kemanakah agaknya lelaki itu pergi.

Dahlah tak pujuk lepastu tinggalkan macan tu.. Sakitnya hati

“Taehyung cari jungkook eh?!”
Terkejut taehyung dibuatnya. Lalu pantas dia mengangguk dan matanya melihat sekeliling rumah ini.

“Oh, tuan jungkook ada urusan dipejabat. Dia ada pesan dan suruh tae, makan nanti.”

“Oh, iyake! Lagipun tae memang lapar pun.”

“Tapi kenapa mata tu bengkak je?! Menangis ke??”

“Eh?! Tak adalah. Mana ada.”

“Iya.. Makcik ingat itu bengkak. Entahlah mata tak berapa nak awas sangat.”

Taehyung hanya mampu tertawa sahaja. Sedangkan memang betul matanya terlalu menonjol bahawa  dirinya memang menangis.

“Marilah kita makan.”
Ajak wanita itu taehyung hanya ikut sahaja langkah wanita itu.

.
.
.

Setelah makan, taehyung minta untuk masuk kedalam bilik semula untuk merehatkan diri, kebetulan pula jungkook pulang dan pantas belari kearah pintu biliknya

Memutar tombol pintu tersebut, ternyata pintu tidak terkunci akhirnya dia dapat jugak tengok kekasih hatinya. Tetapi taehyung sedang tidur bertentangan arah denganya.

Tak akanlah taehyung masih tidur, tapi baju yang taehyung kenakan itu adalah baju kemeja miliknya dan jungkook tersenyum manis. Lalu menghampiri snowhitenya yang sedang tertidur itu.

Pelan-pelan jungkook baring sebelah taehyung lalu memeluk pinggang ramping itu dari belakang. Sambil membenamkan wajahnya pada ceruk leher taehyung.

Sebenarnya taehyung masih lagi sadar dan sedaya upaya dia cuba untuk menghindari jungkook. Tapi apakan daya semakin jungkook membenamkan wajahnya semakin membuatkan taehyung berputus asa.

“Sayang?!”
Panggil jungkook. Taehyung memejamkan matanya dan buat-buat tak tahu.

“Sayang?!”

“Janganlah asyik tidur, hyung bosanlah.”
Taehyung masih sahaja diam dan membiarkan jungkook bercakap sorang-sorang. Tapi jungkook tahu  yang taehyung tak tidur.

Jungkook makin memperkuatkan lagi pelukan pada pinggang ramping taehyung. Dan mengigit sedikit bahu taehyung, membuatkan taehyung terhinjut lalu bangun dan menjauhkan dirinya dari jungkook.

“Taehyung?!”
Jungkook memanggilnya lagi. Taehyung duduk membelakangi jungkook. Jungkook merangkak lalu menghampiri taehyung.

Akhirnya taehyung menoleh menatap jungkook dengan tajam. Melihat reaksi itu jungkook pelik, apa yang tak kena dengan taehyung sebenarnya.

“Tae?! Kenapa ni.”
Taehyung diamkan diri.

Jungkook seolah tak tahu nak pujuknya malahan dia sempat bertanya kenapa dengan dirinya. Dah jelas-jelas jungkook buat dosa. Boleh pulak dia buat muka tak bersalah dia tu. Sakitnya hati...

“Taehyung-ah”


Tbc.

[𝐂] 𝐌𝐲 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐲 𝐌𝐚𝐢𝐝 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Место, где живут истории. Откройте их для себя