45-I'm Okey

1.9K 117 57
                                    

Taekook

.
.
.
.
.
.
.
.

Apa yang dikatakan oleh jungkook tempoh hari bukanlah suatu jenaka. Tetapi adalah kebenaran. Taehyung ingat dia sekadar bermimpi lalu terbangun dan jungkook masih miliknya.

Semua itu tak akan pernah berlaku. Taehyung cuba untuk tidak ingin merasa sakit. Tetapi setiap kali memandang jungkook. Hatinya sakit dan hancur, tiada yang boleh membuatnya hancur melainkan Jeon Jungkook.

Mata taehyung terlihat bengkak dan kemerahan. Tak mungkin taehyung akan keluar dengan mata yang bengkak ini.

Dia tak mahu kalau orang tahu dia sedang bersedih. Hari ini taehyung kene sibukkan diri untuk menyiapkan majlis perkahwinan jungkook.

Dan taehyung tak boleh bersedih. Dia kene tunaikan apa yang dia pernah cakap dahulu. Jika jungkook bahagia, taehyung akan bahagia walaupun tidak bersama denganya.

Taehyung wajib bahagia jika jungkook berkahwin dengan orang lain. Itulah sepatutnya.

Seharusnya, taehyung tak perlu jatuh cinta dengan jungkook dari awal lagi. Dan dia tak tahu kalau pengakhiranya akan menjadi sakit seperti ini.

Sekarang ini, taehyung hanya ada jeonie untuk bertahan. Demi jeonie taehyung akan bahagia. Biarlah tiada yang menggantikan posisi jungkook. Taehyung bahagia kerana dapat menumpang kasih dihati jungkook.

.
.
.
.
.
.

“Tae?!”
Wanita Paruh baya itu memanggilnya dengan nada yang lemah. Taehyung menoleh kearah wanita itu dengan senyuman pahit.

“Ye eomma?”taehyung cuba untuk telan pahit kesakitan yg diterima. Taehyung tak boleh terlihat lemah disini.

“kamu okey ke?! Nak.. Eomma nampak muka kamu pucat sangat..”ujar puan jeon. Dia tahu kalau taehyung lemah sangat. Dia tahu taehyung menyimpan segala kesakitan. Dia tahu kalau taehyung tak kuat menerima ini.

“Okey je eomma. Tae tak apa apa, janganlah risau.”Kata taehyung yang tengah sibuk menyiapkan bilik pengantin jungkook. Puan jeon tak kuat melihat taehyung yang menyembunyikan deritanya. Bertahan seolah dirinya kuat.

“Baiklah Eomma keluar ye sayang.”Kata Puan Jeon. Taehyung mengangguk lemah lalu puan jeon melangkah keluar. Kemudian menangis.

“Ya Tuhan! Aku tak kuat melihat taehyung begini. Aku tak kuat...hiks..hiks..”Tangisnya ditahan dengan menekup mulutnya. Dia sudah tak kuat melihat taehyung macam tu lagi.

Taehyung masih berhias bilik pengantin jungkook. Sempat dia tersenyum, jungkook akan bahagia tak lama lagi. Dan tak perlu lagi dirinya untuk menunggu jungkook. Dan sudah tiba masanya dia meneruskan hidupnya dengan Jeonie.

Jungkook mengintai taehyung dibalik pintu bilik. Dia melihat taehyung sedang mengusap tilam itu. Pelan-pelan taehyung mengusap air mata yang sempat mengalir itu.

Iya jungkook nampak kalau taehyung menangis. Taehyung bahagia atau sedih melihatnya ingin bernikah tak lama lagi.

Hiks..hiks..”
Jungkook dengar kalau taehyung sedang menangis. Sebegitu derita ke?! Taehyung menahanya. Hatinya pula yang terasa hancur melihat wajah cantik taehyung yang sedang mengalirkan air matanya.

Jungkook ingin duduk disebelah taehyung dan mengucup pipinya lalu menghapuskan air matanya. Tetapi tak boleh. Jungkook dah tak boleh lari dari ini semua.

Kerana jungkooklah yang menciptakan sandiwara ini. Dah tak ada jalan hendak jungkook lari. Mahu tak mahu dia harus menerima jalan cerita yang dia ciptakan.

[𝐂] 𝐌𝐲 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐲 𝐌𝐚𝐢𝐝 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now