38-I still Love You

2K 139 24
                                    

“Jungkook?!”

“Hm?”
Jawabnya.

“Siapa anak perempuan itu.”
Jungkook diam. Kini dia disoal oleh kedua orang tua taehyung. Bukan apa, dia cuma tak bersedia untuk mengatakan siapa nami sebenarnya.

“Dia anak perempuan saya.”
Ujar jungkook. Kedua orang tua jungkook terkejut. Manakala taehyung tidaklah terkejut sangat, sebab dia dah tahu kalau dulu taeyeon mengandung anak jungkook. Jadinya nami itu adalah anak buahnya.

“Anak perempuan kamu?!”

“Iya, walaupun nami bukanlah dari benih saya. Tetapi saya masih sayangkan nami sama seperti anak kandung saya, kerana saya yang menjaga nami dari dia lahir sehinggalah sekarang ini.”
Kata jungkook. Namjoon dan seokjin dah tahu akan hal ini. Dia tahu anak yang dilahirkan oleh taeyeon kita di penjara dulu bukanlah benih dari jungkook.

“Bermakna Taeyeon bukan kandungkan anak kamu?!”

“tidak eomonim! Taeyeon kandungkan anak orang lain.”

“Hm.. Eomma jadi malu dengan kamu jungkook. Kerana anak eomma dah melampau sangat, sampai jadikan kamu pak sanggup.”

“Takpelah.. Lagipun nami pun cucu eomonim juga.”
Kata jungkook. Matanya melirik kearah taehyung yang datang dengan bawakan air minuman untuk mereka. Jungkook tersenyum memandang taehyung. Manakala taehyung cepat-cepat pergi ke dapur.

“Appa?!”
Teriak Jeonie yang belari kearah jungkook. Jungkook yang melihat itu turut melebarkan lenganya lalu menyambut pelukan dari jeonie.

“Appa?!”
Baik puan kim dan juga tuan kim terkejut dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh jeonie.

“Halmoni?! Harabeoji?! Inilah appa jeonie. Jadi lepas ni, nama marga jeonie bukan lagi Kim kerana marga jeonie akan bertukar Jeon Jeonie.” kata jeonie. Puan kim terkejut dengan kata-kata jeonie.

“Apa dia?!”
Terkejut Puan Kim. Manakala seokjin menepuk-nepuk belakang wanita itu.

“Eomma jangan terkejut sangat.”
Ujar taehyung.

“Taehyung betul ke?! Apa yang jeonie cakapkan itu.”
Soal wanita paruh baya itu. Bukan apa dia cuma terkejut dengan hal ini.

“Iya eomma?!”
Jawab taehyung dengan menundukan wajahnya. Dia takut kalau ibunya akan marah soal ini.

“Oh Tuhanku?! Jeon jungkook kamu ni memangkan. Dah buat anak eomma mengandung bukanya nak bertanggungjawab. Memang patut pun kalau taehyung tinggalkan kamu tahu tak!! Dasar anak jeon.” Marah Puan Kim yang menarik-narik telinga jungkook. Jungkook mengerang kesakitkan. Namjoon dan seokjin cuba meleraikan mereka berdua.

Taehyung turut membantu dengan menghalang ibunya dari menyakiti jungkook.

“Eomma!!! Jangan!!”
Teriak taehyung. Huru hara rumah bila puan kim dah marah. Akhirnya kedua dapat dileraikan.

“Biarkan Eomma ajar budak ini jinnie.”
Kata puan kim kepada seokjin. Manakala jungkook hanya tertunduk.

“Maafkan Saya Puan.”
Kata jungkook.

“Aduh! Buat aku sakit jantunglah.”

“Awak tu pun! Kenapa serang si jungkook tu. Biarlah pun. Pandailah dia settlekan dengan taehyung soal itu.”
Kata tuan kim mencelah.

“Tapi Abang!! Taehyung tu lahirkan anak jungkook. Dan mereka belum berkahwin lagi.”

“Apa susahnya kita kahwinkan jelah diorang berdua tu.”
Kata tuan kim dengan selambernya. Membuatkan puan kim terdiam, bukan apa idea yang diberikan oleh suaminya agak bernas juga.

[𝐂] 𝐌𝐲 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐲 𝐌𝐚𝐢𝐝 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now