37-How Long

1.9K 151 24
                                    

Jungkook ingin bawa jeonie pulang ke rumahnya. Lagipun hari dah nak gelap, tak baik biarkan jeonie disini sendirian. Dah tentu keluarganya akan mencarinya.

“Jeonie?!”
Ujar jungkook pelan sambil membungkukan tubuhnya bagi menyamakan ketinggian mereka.

“Hm?!”
Sahut anak itu pelan. Matanya sedikit memerah, mungkin tak lama anak itu akan ketiduran. Lagipula jungkook bukanya tahu rumah keluarga jeonie di mana. Harap anak itu tidak terlupa untuk menunjuk jalan pulang ke rumah.

“Kita pulang ye?! Ajusshi dah kene hantar awak balik. Jadi boleh tunjukan mana rumah kamu.” ujar jungkook yang kini berada didalam kereta. Memandu kereta itu dengan perlahan bagi mencari dimana rumah jeonie sebenarnya.

“Hm.. Entahlah ajusshi! Jeonie lupalah.. Lagipun jeonie baru je sampai rumah nejek dengan atuk! Manalah jeonie ingat jalan rumahnya.”
Kata anak itu, lagi-lagi jungkook mengeluh, putri kecilnya sedang tidur diseat belakang. Macam mana jungkook nak hantar jeonie balik kalau budak ni tak ingat rumah dia kat mana?!

“Haih! Payah ni!”
Keluh jungkook.

“Jeonie?! Berilah tahu ajusshi?! Mana satu rumah kamu. Ajusshi tak tahulah..”
Ujar jungkook lagi. Anak itu sudah hampir menutup matanya. Bagaimana ini?!

Jeonie dah pun tidur. Tak akanlah jungkook tergamak nak kejutkan budak berusia 5 tahun yang tidur sampai besok pagi pun tak bangun.

Tengok jelah nami macam mana. Lebuh kuranglah tu kiranya.

“Jeonie?! Jeonie?!!”
Teriak jungkook walau tak terdengar kuat. Jungkook tak nak kejutkan malaikat kecilnya dibelakang sana. Jungkook mengusap rambutnya frustasi.. Bukan mudah nak jadi seorang yang menjaga dua orang anak.

Bayangkan jelah..

Setelah lama jungkook menatap stereng kereta akhirnya dia mendapatkan sesuatu idea yang bernas sedikit. Lebih baik kalau dia meletakan jeonie di balai polis yang berhampiran disini. Mungkin juga ibu atau ayah jeonie datang mencarinya.

Agaklah tak tahu betul ke tak. Tapi sebaiknya itulah. Jungkook tak nak bertanggungjawab sekiranya apa apa yang terjadi keatas jeonie.

“Kenapalah! Aku tak teringat awal-awak tadi.”
Ujarnya lalu menekan pedal gas kereta itu. Akhirnya jungkook pandu kereta sehinggalah tiba disebuah balai polis yang berhampiran dekat sini.

Jungkook memandu keretanya sehingga tepat di balai polis yang berdekatan disini. Akhirnya jungkook turun dan berjumpa dengan salah seorang pegawai polis yang bertugas pada malam ini.

“Ada yang boleh saya bantu?!”
Ujar pegawai polis itu.

“Hm, macam ni saya nak laporkan kehilang seorang budak lelaki berusia 5 tahun. Saya ada jumpa denganya di taman sekitar sini.”
Kata jungkook lelaki itu menaikkan keningnya.

“Em, rasanya baru je ada seorang yang mencari anaknya hilang. Boleh saya tahu siapa nama anak itu?!”
Soal pegawai polis itu.

“Namanya Kim Jeonie?! Iya itulah yang dia beritahu saya.”
Jawab jungkook.

Lelaki yang berpakaian polis itu cuba melihat beberapa fail laporan kehilangan. Dan tak salah lagi, bahawa ada seseorang yang melaporkan kehilangan anaknya petang tadi.

“Boleh saya tengok anak itu?!”

“Boleh! Dia ada didalam kereta sedang tidur.” Jungkook membukakan pintu seat depan dan terlihat seorang anak lelaki yang tertidur pulas disana. Lelaki itu mengeluarkan gambar yang ada didalam poket itu. Dan memang sama wajahnya.

“Benar! Terima kasih.. Boleh saya tahu siapa nama awak!”

“Jungkook! Jeon Jungkook.”

“Boleh awak tunggu sebentar disini! Saya kene hubungi keluarga Anak ini. Dan sudah pastinya dia akan mencari siapa orang yang telah menjumpai anaknya.”
Katanya dan jungkook mengangguk lalu mematikan enjin keretanya kemudian mendukung tubuh gadis kecil itu diatas pangkuanya.

[𝐂] 𝐌𝐲 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐲 𝐌𝐚𝐢𝐝 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now