35-Back To Seoul

1.8K 133 8
                                    

Taekook
KookV

.
.
.

Taehyung gembira hari ini, kerana dia dapat pulang ke tanah airnya semula. Sebenarnya dia memang merindukan korea. Terlebih lagi, jungkook dan juga ibu dan ayah kandungnya.

Iya taehyung dah tahu siapa ibu dan ayah kandungnya. Dan dia juga tahu, taeyeon adalah kakak yang sanggup berlaku kejam dengan adiknya sendiri.

Taehyung tak sangka, taeyeon yang menghilangkanya ketika berada ditaman dahulu. Jahat kah? Dirinya sampaikan tidak di ingini oleh kakaknya. Salahkah dirinya?

Padahal dia sangat menyayangi kakaknya. Sangat menyayangi, sempat mengkagumi kakaknya itu. Dan bangga dengan kelebihan yang kakaknya ada.

Tapi, sanggup taeyeon lakukan ini dengan saudara kandungnya. Taeyeon itu manusia yang paling kejam, sanggup buat adik macam tu, bukanya adik beradik tiri. Tapi kandung kot! Lahir dari mak dan ayah yg sama.

Omma!!”
Teriak anak lelaki yang kecil berambut hitam legap. Yang menutupi kening dan juga dahinya yang luas, mirip betul anak itu dengan ayahnya.

“Iya, baby?!”
Sambut taehyung, budak lelaki yanh baru berusia 5 tahun itu sedang berada didalam gendongan taehyung.

“Halmoni, kata Jeonie dan omma akan pergi ke korea?! Betul ke? Omma.”
Ujar anak itu dengan reaksi wajah yang sungguh gembira.

“iya sayang! Itu tempat asal dimana omma lahir sayang.”
Kata taehyung.

“wah? Tak sabar rasanya.”
Jeonie turun dari gendongan taehyung lalu belari ke biliknya sambil mengeluarkan bagasi kecil yang berlukiskan ilustrasi kartun animasi.

Jeonie belari kearah taehyung lalu menarik pergelangan tangan ibunya.

omma cepatlah siap! Kata nak pergi korea?”
Katanya lagi.

“iya baiklah, jeonie mandi dulu, omma akan siapkan baju okey!”

“Okey omma!”
Jeonie belari masuk kedalam bilik mandi. Taehyung hanya tersenyum memandang anaknya. Wajah jeonie itu serupa dengan jungkook. Selalu membuatkan taehyung asyik teringatkan jungkook.

Dari mata hinggalah bibir jeonie semua mirip jungkook. Dan itulah yang membuatkan taehyung semakin tak boleh melupakan jungkook.

Hyung?! Tae balik ni.. Bawak anak kita.”
Ujar Taehyung perlahan.

.
.
.


Taehyung tiba di seoul dan joonie masih lagi tidur diatas pangkuanya. Taehyung terkekeh melihat anak kecil berumur 5tahun itu.

Taehyung mendukung tubuh mungil jeonie dan menahan teksi yang berdekatan disana. Lalu pemandu teksi itu membantu untuk mengangkat bagasi mereka dan diletakan kedalam bonet kereta.

Telah lama taehyung tidak melihat kota seoul yang masih teguh dengan pemandangan yang sangat cantik. Setiap kali taehyung menghirup udara di kota seoul ini, dia jadi teringatkan Jungkook.

Dan juga Kim Seokjin.

iya dia merindui lelaki itu. Lelaki itu adalah abang kandungnya. Dan taehyung dah ingat segalanya. Memori masa kecilnya telahpun kembali.

[𝐂] 𝐌𝐲 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐲 𝐌𝐚𝐢𝐝 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now