39-Can I call You Nona?!

2K 126 26
                                    

Taekook

.
.
.




Jeonie sedang bermain di halaman rumah. Kemudian pandanganya teralih ke arah ibunya yang sibuk menanam pokok bunga. Dirinya agak tertarik dengan penanaman bunga itu.

Jeonie tahu ibunya sangat suka dengan bunga yang mekar dan tumbuh dengan pelbagai warna warni. Ibunya sangat sukakan dengan warna warni.

Jika boleh, jeonie mahukan dirinya diciptakan sebuah pelangi yang berwarna warni kerana dia tahu bahawa warna itu dapat membuatkan ibunya tersenyum.

Dia ingin terus membuatkan ibunya tersenyum manis dihadapanya. Biarkan segala kesakitan dan keperitan yang dilalui oleh ibunya hilang bergitu sahaja.

“Eomma?!”
Sapa anak itu dengan wajah yang ceria. Taehyung menyunggingkan senyuman lalu membalas balik sapaan jeonie.

“Iya sayang?”
Kata taehyung.

“Eomma tanam pokok bunga ye?!”
Soal anak itu dengan teletahnya. Walaupun anak itu masih berusia 5 tahun tetapi masih boleh bercakap lagaknya orang dewasa.

“Eh? Macam mana jeonie tahu
Kalau eomma tanam pokok bunga?”
Kata taehyung sengaja.

“Ehehe! Mestilah sebab wajah eomma sama dengan bunga itu. Itulah kenapa jeonie tahu kalau eomma tanam bunga.”

“Aip! Pandai je.”

“Yang pandailah anak eommakan?!”
Kata jeonie lagi. Taehyung hanya terkekeh dengan gelagat anaknya.

“Iya Anak eomma yang hebat.”
Jeonie tertawa. Taehyung juga turut tertawa. Bagi taehyung, jeonielah segalanya walaupun jungkook tidak ada disisinya masih ada jeonie yang menemaninya. Jika tiada jeonie maka tiadalah taehyung disini.

Seorang ibu akan kuat dan bertahan demi anak mereka. Dan taehyung adalah salah satunya. Jika suatu saat nanti kamu menjadi seorang ibu. Kamu akan tahu bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

“Eomma!”

“Iya sayang?!”

“Esok jeonie dah mula bersekolahkan?! Betulkan eomma?”
Ujar jeonie dengan reaksi yang begitu mengujakan. Anak itu tidak sabar untuk ke sekolah barunya esok.

“Iya sayang! Esok jeonie dah mula bersekolah. Ingat belajar rajin-rajin dan jangan nakal ketika sekolah.”
Pesan taehyung jeonie menganggukan kepala. Jeonie mudah akur kata ibunya. Walau sebenarnya jeonie tak mahu pindah dari sekolah lamanya. Demi ibunya dia sanggup meninggalkan sekolah lamanya dan juga kawan-kawanya.

“Baik! Eomma.. Jeonie akan belajar rajin-rajin macam yang eomma cakap. Dan jeonie akan membesar lalu menjaga eomma bila eomma tua nanti.”
Taehyung hanya tersenyum. Semangat jeonie sangatlah besar. Taehyung dapat lihat itu.

“Okey!”
Jawab taehyung.

Tak lama selepas itu, jeonie membantu taehyung menanam pokok bunga itu. Setiapkali taehyung menanam, jeonie pasti akan mencelah dan sibuk untuk menbantunya.

“Eomma?!”

“Iya jeonie sayang intan payung..”
Taehyung sebenarnya agak lelah untuk mendengar dan menjawab segala pertanyaan jeonie. Dia tahu anaknya itu suka sangat bercakap. Kalau boleh 24jam tak berhenti dengar dia bising sana sini.

[𝐂] 𝐌𝐲 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐲 𝐌𝐚𝐢𝐝 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now