Bab 4

7.2K 777 34
                                    

Aku betul-betul tak ingat bila kali terakhir aku masuk ke dalam pusat membeli-belah. Lepas Nenda meninggal dunia, aku sudah tiada keinginan untuk hidup macam remaja yang lain. Sepanjang setahun persediaan A-level, aku hanya belajar, makan dan tidur. Aku mampu untuk terus bernafas setelah pemergian Nenda sebab aku belajar. Gila tak?

Sejak kecil aku ditekankan tentang pelajaran sehingga ke dewasa ini, aku jadi gelisah sekiranya tiada buku di tangan aku. Aku tak mahu kenang kembali zaman kanak-kanak aku tapi ada kalanya ia muncul sendiri. Perit. Aku ada seorang guru peribadi yang digaji untuk mengajar aku sebagai kelas tambahan daripada darjah satu sehingga darjah enam. Setiap markah ujian dan peperiksaan aku mesti mencapai 90 markah. Sekiranya kurang, betis aku akan dilibas dengan rotan. Tiga kali untuk satu subjek. Ia meninggalkan trauma yang mendalam. Walaupun betis aku tidak berbirat tetapi setiap libasannya berbekas di hati.

Aku lari masuk ke sekolah berasrama untuk pergi jauh daripada guru peribadi aku itu. Tetapi kesan enam tahun bersamanya tetap aku rasai sehingga hari ini. Aku akan menggeletar sendiri sekiranya markah aku kurang. Aku akan terkena serangan kegelisahan.

Aku ingatkan Alam Uzayr ini pengawal peribadi aku kerana munculnya dia betul-betul pada waktu jiwa aku melebur, jadi selama setahun itu sehingga kini, dia yang akan memandu aku ke kolej dan pulang ke rumah. Jika Bonda mahu berjumpa dengan aku di luar seperti di Kudat dua minggu lepas, Alam yang akan menguruskan segalanya. Tanpa mengeluh dia mengambil watak pengawal peribadi yang aku reka sendiri.

Aku perhatikan Alam yang sedang membeli dua Oreo McFlurry. Sudah lama rasanya aku tidak tertanya-tanya tentang seseorang. Apabila dua Oreo McFlurry bertukar tangan, dia datang kepadaku yang sedang duduk di meja.

"Nah, Cik Embun punya." Alam Uzayr menolak satu bekas Oreo McFlurry di hadapanku.

Ada banyak persoalan yang bermain di mindaku tapi aku tidak tahu bagaimana untuk mula bertanya.

"Em..." Aku tunduk menekur lantai.

"Cik nak tahu apa?" Dia bagaikan sudah mengagak.

"Aku..." Aku tak biasa dengan keadaan ini. Janggal rasanya.

BAMMM!!!

Bunyi jatuhan yang kuat itu diiringi dengan jeritan.

TOLONGGG!!! SESIAPA!!!

Jeritan itu menyebabkan Alam Uzayr bangun secara automatik dan mencari punca jeritan.

Di sebelah kiri beberapa meja daripada kami, seorang isteri sedang meraung apabila suaminya tiba-tiba rebah. Anak perempuan mereka mungkin dalam lingkungan usia lima tahun turut menangis di tepi ayahnya.

Alam terus menuju ke arah mereka tanpa menghiraukan aku. Kaki aku turut mengikut jejaknya.

"Saya paramedic. Semua minta bersurai jangan berkumpul. Bagi ruang udara." Alam Uzayr terus membubarkan orang yang berkumpul di sekitar lelaki awal 30-an itu.

Bahu lelaki itu ditepuk kuat sambil Alam memanggilnya. Tiada respond.

Pipinya diletak hampir ke mulut dan hidung mangsa. Ada haba jadi pernafasan mulut ke mulut tidak diperlukan.

"Embun, tercegat apa? Telefon ambulan!" Alam menyergah aku yang hanya melihat.

Wajahnya begitu ketat dan serius. Aku terus menelefon 999 untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Dia terus membuka butang baju mangsa setelah mangsa dibaringkan dalam posisi menegak.

Aku lihat Alam sudah bersedia dalam posisi Cardio Pulmonary Resurrection CPR.

"Alam, kalau kau sentuh dia tanggungjawab jatuh atas kau." Aku mengingatkan. Kalau jadi apa-apa Alam boleh disaman.

"Dah tu nak biar je?! Kau bodoh ke tak ada hati perut?" Alam kedengaran begitu marah dengan peringatan yang aku berikan. Sumpah sentap dan makan dalam.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now