Bab 41

5.6K 637 53
                                    

Alam memandang aku tak lepas apabila aku bersiap untuk kerja. Setiap langkahku diperhati. Tak puas hati la tu sebab aku kelihatan sihat dan cemerlang pagi ni. Kalau aku sakit sikit je, adalah alasan dia nak suruh aku terus buat pemeriksaan kesihatan.

Aku mengambil sesuatu daripada dalam laci meja solek kemudian berjalan ke arahnya.

"Tembak Embun." Aku meletakkan barang itu di atas tangannya.

Memang percubaan berani mati. Tapi aku tahu, cara ni je aku boleh buktikan pada Alam yang aku betul-betul tak apa-apa. Langsung tidak menunggu lama, dia menghalakan muncungnya ke arah dahi aku.

Tit.

"37.2°C. Ye la ye Embun boleh ikut." Thermometer inframerah itu dimasukkan kembali ke dalam laci.

Aku mencalit lipstick merah di bibir. Bukanlah merah mak ngah tu.

"Alam, sini kejap." Aku memanggilnya yang sedang menunggu aku bersiap di pintu bilik.

Dia datang kepadaku dengan gaya malas. Jangan risaulah bang, jalan raya tak sesak. Ni pun awal lagi ni.

Aku terus memaut lehernya dan mencium pipinya lama. Kesan lipstick terlekat pada pipinya.

"Embun, seriously? Nakalnya." Dia memeriksa pipinya di cermin apabila melihat aku ketawa.

"I'm marking my man. Semalam ramai sangat budak perempuan cantik." Aku membetulkan semula lipstick aku yang sudah sememeh.

"Haih, lambat." Lipstik di tangan aku Alam tarik. Habis tertarik melebihi bibir.

Badan aku dicempung ke bahunya kemudian dia terus membawa aku ke tempat rak kasut. Beg kerja dan beg tangan aku diangkutnya dalam perjalanan. Aku nak makan banyak-banyak la biar gemuk baru Alam tak boleh suka hati dia je nak mengangkat aku.

"Turunkanlah orang... Janji janji janji tak lambat lagi." Aku meronta. Barulah dia turunkan aku.

Selesai memakai kasut, Alam terus melulu hendak keluar. Tangannya kutahan.

"Takkan nak keluar dengan lipstick tu?" Aku menggeleng kepala.

"La, kata nak mark Alam." Adeh, lurus pula la suami aku ni.

"With that lip sign and my sememeh lipstik, seganlah. Nanti orang fikir apa pula." Aku mengelap kesan lipstik di pipinya sekali pakej dengan membersihkan lipstik aku.

"Biarlah, macam dia orang tak tahu kita dah kahwin." Alam tadahkan sahaja mukanya untuk aku lap.

"Hal rumah tangga jangan bawa keluar pintu remember?" Aku mengingatkan Alam pada ceramah yang diberi oleh Ustaz Haris tentang hubungan suami isteri.

Lama rasanya tak berhubung dengan mereka berdua suami isteri.

Tidak manis suami isteri bermesraan berlebihan di khalayak ramai kerana salah satu cabang iman ialah malu. Suami isteri yang baik akan menjaga maruah mereka.

Sampai sahaja di hospital, Joshua sudah menunggu kami untuk menghantar bekalan darah pada Dr. Hana. Pasukan lain akan meneruskan program mengambil darah.

"Apa tu Josh?" Aku melihat dia membawa masuk uncang-uncang dalam bakul kecil. Ada sepuluh semuanya.

"Ni fast glucose nak bagi dekat team Dr. Hana. Aku sediakan semalam. Kalau nak tambah apa-apa boleh je." Jawabnya sambil menghulurkan satu contoh.

Jeli, biskut dan coklat kecil dimasukkan ke dalam uncang itu.

"Baiknya you Josh. So thoughtful." Aku pula yang rasa terharu.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now