Bab 13

6.7K 687 58
                                    

Aku terasa bagai masuk ke dalam Sekolah Hogwarts dalam Buku Harry Potter. Seni bina bangunan Iggeris lama yang masih utuh pasti memukau setiap mata yang memandang. Walaupun bangunan University of Glasgow ini bercirikan vintage traradisional, tetapi kmudahan dan reka bentuk dalamannya sangat moden. Kaki terus melangkah ke Pejabat Sekolah Perubatan untuk Sarjana Muda bersama dengan Alam dan Joshua. Ada dua orang senior tahun kedua membantu kami menguruskan hal pejabat dan menunjukkan kawasan sekeliling.

Universiti di sini bukan seperti di Malaysia yang ada minggu orentasi pelajar tahun satu. Aku tak akan merasa pengalaman di'ragging' oleh senior sampai tak tidur. Di sini juga tak perlu kumpul merit daripada program kolej kediaman, fakulti, kelab atau universiti. Ada duit banyak boleh sewa bilik dalam kampus. Kurang duit, cari penempatan di luar. Masa kau dekat universiti digunakan untuk belajar. Ada juga banyak kelab tetapi tiada paksaan untuk menyertainya semua atas kerelaan kau sendiri.

Senior yang bernama Pavitra dan Aireen itu menunjukkan kami dewan kuliah, makmal-makmal, bilik tutorial dan kawasan santai pelajar.

"Embun, muka excited tu sorok sikit." Alam menepuk bahu aku.

"You guys will spend most of your time either here or the main library." Pavitra menolak pintu perpustakaan sekolah perubatan.

Aku rasa sungguh teruja bila melihat buku dan ruang belajar yang banyak. Ini baru perpustakaan kecil. Perpustakaan utama tingginya 11 tingkat! Kata Alam, dekat luar kawasan kampus juga ada perpustakaan awam yang besar. Ah, dasar nerd!

Alam suruh aku kawal ekspresi wajah aku padahal dia juga sama. Matanya bercahaya. Seperti aku, dia juga dahagakan ilmu.

Disebabkan banyak lagi masa yang terluang, Aireen dan Pavitra membawa kami ke muzium anatomi. Semua bahan pameran ini bukan plastik. Ia memang daripada bahagian badan mayat yang dipotong kemudian diawet. Setiap anggota disusun kemas dan dilabel. Tulang temulang manusia turut dipamerkan.

Menakjubkan. Subhanallah. Daripada sekecil atom membentuk sel kemudian menjadi tisu yang bersatu menjadi organ lalu membentuk sistem yang berfungsi elok dalam tubuh manusia semua itu mustahil kecuali bagi Allah.

Kata Aireen, kami kena biasakan diri dengan semua ini tak perlu takut-takut apatah lagi fikir bukan-bukan.

Selesai berpusing di dalam muzium, Aireen dan Pavitra meminta diri kerana mereka ada hal lain yang perlu dibuat. Kami bertiga mahu teruskan menjelajah kawasan universiti yang besar ini.

Kami terjumpa satu kafe Vegan jadi kami memilih untuk berehat sebentar di situ. Tiga teh lemon ais bersama potongan salad buah menjadi alas perut.

"Tadi kan, masa dalam muzium tu, I teringat peristiwa masa I sekolah menengah." Joshua mahu membuka cerita.

"Kejap, kejap. Genre dia komedi ke, kelakar ke, cinta ke, seram?" Aku bertanya terlebih dahulu.

"Komedi dengan kelakar tu tak sama ke?" Joshua garu kepala.

"Sama je." Celah Alam.

"Cerita seram. Real punya seram." Joshua berbisik.

"Eh bila ye kita nak pergi fish market?" Aku mahu mengubah topik. Tak gemar betul cerita-cerita seram ni.

"Eleh, takut la tu." Alam mengejek.

"Mana ada. Hah, ceritalah." Ego punya fasal, tak fasal-fasal aku kena tadah telinga dengar cerita hantu Joshua.

"Tapi I teringat ni peristiwa kakak I cerita la. Dia dengar daripada kawan dia punya jiran, punya adik ipar." Ah, tipikal punya cerita hantu rakyat. Semua dengar daripada orang.

Waktu tu, umur kawan kakak Joshua punya jiran, punya adik ipar 15 tahun. Dia masuk ke kelas Rancangan Khas. Satu kelas untuk pelajar pintar yang tidak dapat masuk ke asrama penuh. Memang menjadi salah satu program penyelaras kelas Rancangan Khas untuk membuat jalinan dengan pihak universiti bagi memberi pandangan yang lebih luas kepada pelajar kelas ini.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now