Bab 10

7K 764 55
                                    

Alam Uzayr awal-awal sudah diusir daripada bilik ke bilik persediaan yang lain apabila jurusolek aku bersama pasukan andamannya tiba.

Baju ballgown berwarna putih mutiara bertatahkan sulaman benang emas disarung ke tubuhku.

"Puan Embun, saya ada a few suggestion sanggul moden. Puan pilihlah mana yang berkenan." Si jurusolek itu memberi telefon bimbitnya untuk aku pilih satu gaya rambut yang sesuai untuk dicantumkan dengan veil.

Geli pula rasanya dipanggil puan. Aku baru 19 kut.

Cucuk sanggul milik Nenda kusentuh. Aku teringin membawa Nenda bersama di majlisku.

Aku membuka telefon aku sendiri dan menaip sesuatu lalu aku tunjukkan kepada jurusolek aku.

"This one by hook or by crook. Selagi tak dapat this look, aku taknak keluar." Gambar itu aku halakan kepada semua orang di dalam bilik.

Mungkin aku perlu ubah juga perangai aku yang selalu nak dapatkan apa yang aku mahu.

"But that one... Sekejap saya call butik." Dia patuh sahaja arahan.

Jam menunjukka pukul 10:30 pagi. Masanya sudah hampir tiba. Aku bersama dengan pembantu rumah yang kutangkap muat menjadi pengapit terus menuju ke ruang berkumpul yang telah ditetapkan. Aku tak pasti apa reaksi yang orang akan beri apabila melihat gaya aku tapi biar sahajalah.

Langkah aku terhenti. Ahli keluarga yang pertama lihat aku dalam pakaian pengantin ini ialah Ayah.

"Where's your cucuk sanggul yang Nenda bagi? What's with this head cover? Tiba-tiba pula nak pakai tudung. Kita bukan dekat masjid atau kubur. Ni majlis kahwin tau bukan majlis tahlil. Ke sebab kamu dah kahwin kamu nak pakai tudung biar suami masuk syurga, Ayah ni ke neraka tak apa?" Bersepai jiwa raga aku bila itu reaksi pertama aku dapat daripada Ayah aku sendiri.

Ayah dulu rapat dengan aku. Tapi semenjak dia tahu yang aku tak boleh mengandung, dia semakin menjarak.

"Mana cucuk sanggul Nenda, Embun? Kenapa pakai tudung pula ni?vPergi tanggal. Pakai cucuk sanggul Nenda for today. Esok lusa Embun nak pakai tudung taknak tanggal, pakailah." Bonda pula meranapkan semangat aku untuk mula berhijab.

Mungkin belum tiba masanya. Mungkin bukan hari ini untuk aku mula berhijab. Bukan aku pakai tudung labuh ustazahpun. Aku minta stail tudung gaya Fazura.

Aku berpatah balik dalam keadaan wajah suram sambil jalan menunduk. Pembantu rumah aku masih memegang tangan aku sebagai sokongan kepada kasut stiletto yang sudah mula melecetkan kaki aku.

Separuh jalan ke bilik, langkah aku terhenti apabila seseorang dengan suit seperti putera dalam cerita Cinderella berdiri di hadapanku.

"Move Alam." Aku menolaknya ke sebelah kiri.

"Kenapa ni? I am so happy to see Embun in hijab. Comel sangat."Alam menarik dagu aku supaya mata kami bertentang.

"Not to them. Bonda suruh tanggal dan pakai cucuk sanggul Nenda." Aku meneruskan perjalanan sambil menahan sakit kaki melecet.

"Alam rasa, ada benda lain kena tanggal. Come, Alam tunjuk something. This wedding is still going to be your rebellious wedding." Alam tak tarik tangan aku, dia terus sauk dan dukung aku ke bilik.

Nasib baik aku tak terjerit. Lain kali nak buat aksi pelik-pelik bagi salam dulu.

Pintu bilik dibuka. Terus Alam menyuruh aku untuk menanggalkan kasut. Kalau dia tak suruhpun memang aku nak tanggalkan kasut durjana ni. Alam juga menanggalkan stokin dan kasutnya. Dia masuk ke bilik air dan keluar dengan tisu tandas serta segelas air suam.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now