Bab 38

5.5K 646 34
                                    

Alam membuka kunci rumah kami.

Aku berlari girang hendak mencampakkan diri ke atas sofa. Sudah lama tak jejak rumah sendiri. memang tidur di dorm doktor pelatih sahaja. Bajupun hantar dobi.

"Ish budak ni!" Alam menarik tudung aku. Nasib baik aku tak tercekik bang. Kalau tak, jadi kes homicide tahu? Dah tambah kerja polis nak menyiasat.

Tadipun, waktu kami pulang ada abang polis tahan tanya kenapa keluar berdua. Keluar apa benda? Kami baru nak balik. Abang polis itu faham. Kasihan dia sudah malam masih perlu berkawal. Malam sejuk sikit, kalau tengah hari waktu matahari terpacak atas kepala tu dengan cuma berlindungkan khemah, lencun ketiak. Kalau hujan ributpun, di situ juga mereka setia menjaga.

"Ehek ehek ehekkk orang nak baring." Aku merengek. 

"Dr. Embun Anggerik kusayang, apa langkah pertama bila balik rumah?" Mood Prof. Emiritus Dr. Alam Uzayr muncul sudah.

"Langkah pertama, buka kunci rumahlah kalau tak mana boleh nak melangkah masuk." Jawabku lurus.

"Eh budak ni, loyar buruk pula dia." Alam menggeleng kepala.

"Budak, budak. Embun dah besar tahu. Kot ye pun lepaskan la orang dulu." Aku berpusing kemudian membuat muncung itik.

"Eleh, awak tu terbaring uwek uwek Alam dah berlari tahu?" Dia merapatkan wajahnya ke wajah aku. Hanya satu inci sahaja jarak antara kami. Bangga sangatlah dia yang cuma awal dua tahun lahir daripada aku. 

"Eee, social distance please." Aku terus tunduk dan berlari masuk ke bilik air setelah menyambar tuala bersih di dalam laci pakaian.

Rasa macam tak pernah mandi selama ini. Aku siap buat spa D.I.Y. Tab mandi rumah ini lebih kecil daripada di Glasgow dulu tapi bolehlah daripada tak ada langsung. Aku rindu Glasgow. Aku rindu Mia. Aku rindu kampung Luss. Aku rindu tangga hujung makmal. Aku tak rindu langsung nak masuk kuliah.

Magnesium Sulfate atau nama glamournya garam Epsom aku campurkan dalam air suam. Garam ini akan membantu untuk menstabilkan emosi dan melegakan ketegangan otot. Tak perlu lama-lama, 15 minit sudah cukup tapi suka hati akulah nak berlama-lamaan. Alam yang bayar bil air bukan aku.

Pintu bilik air diketuk.

"Hidup lagi ke tu? Satu jam dah tak ada bunyi." Alam mengetuk lagi.

Kurang asam punya suami.

"Kan rumah ni ada dua bilik air. Janganlah kacau orang." Laungku kembali.

"Dah dah la tu. Jomlah makan sama." Alam mengetuk pintu lagi.

Memang tak boleh tengok orang senang dia ni. Aku terus membilas mandian kemudian keluar dengan tuala kemban.

Alam memandang aku tak lepas.

"Apa?" Sengaja aku bertanya dengan nada garang.

"Perut Embun macam buncit sikit." Jawabnya.

"Jahatnya! Mana ada." Aku terus menolaknya keluar daripada bilik. Kurang asam jawa betul. Tak berlapik langsung nak menegur. 

Aku terus memakai gaun tidur. Apabila lalu di hadapan cermin, aku usap sedikit perut aku. Buncit sikit je. Nanti aku bersenam, buat sit up sikit, detoxify badan nanti kempislah balik.

Aku terus ke dapur.

Alam sudah siap menghidangkan spagetti karbonara dengan teh blackcurrent ais.

"Embun rasa Embun jadi buncit sebab makan nasi la. Kan kita biasa makan pasta je. Too much carb consumption." Aku membuat teori sendiri.

"Alahai, menyesal pula tegur. Embun, awak tu bulat ke petak ke tiga segi ke, Alam will still love you the same. Dah, jom makan." Alam menghulur garfu pada aku.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now