Bab 29

5.4K 650 24
                                    

Aku menyerahkan kunci kereta pada Alam. Jelas kelihatan kepenatan di wajahnya. Hanya senyuman tipis dihadiahkan untuk aku. Esok dia pula yang perlu menjadi stand in doctor.

"Alam okay tak ni?" Aku perasan, Alam lebih senyap daripada biasa.

Takkanlah sebab dia azankan bayi pagi tadi... Alam berubah hati? Tapi aku tak boleh nak salahkan dia. Memang naluri setiap yang hidup ingin mempunyai keturunan.

Alam menarik senyuman dan mengusap kepala aku perlahan. Dia masih lagi membisu.

Aku biarkan sahaja dia begitu. Alam akan membuka mulutnya sendiri bila dia sudah bersedia untuk bercakap dengan aku. Dia perlukan masa bertenang.

Sampai sahaja di rumah, berbaring di atas sofa. Aku membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mengejutnya.

"Alam, bangun mandi dulu. Kita solat Isyak sama-sama jom?" Aku menepuk bahunya lembut.

Dia membuka matanya kemudian menatap mata aku. Dalam dan lama. Tangannya memegang wajah aku dan perlahan-lahan diusap.

Ya Allah... Kenapa Alam Uzayr macam ni?

"Alam, kenapa ni?" Jujur, aku risau sekarang ni.

Dia menggeleng kepala. Satu kucupan lembut singgah di dahiku sebelum dia  bangun ke bilik air.

Aku mula rindu Glasgow. Aku rindu waktu sentiasa bersama Alam. Cuma aku dan dia sahaja.

Selesai solat Isyak, Alam menghadapku.

"Sempat baca Al-Quran tak minggu ni?" Dia bertanya dalam nada suara yang tidak berdaya.

Aku mengangguk. Memang aku akan mencari masa sekurang-kurangnya satu muka surat.

"Good girl."

"Alam penat ke? Nak dinner tak?" Aku bertanya.

"Alam nak rehat jap. Embun tak payah siapkan dinner untuk Alam." Dia terus naik ke atas katil dan menarik selimut.

Suhu pendingin hawa aku turunkan sebelum aku mematikan lampu.

Aku terus ke dapur untuk menyediakan sup krim cendawan serta roti bawang putih. Penat tak penat, kami masih perlu makan untuk tenaga.

Aku belajar daripada buku resepi Granie. Bukan guna sup segera beli dekat Tesco tau. Alam paling suka sup krim cendawan aku. Katanya kalah Granie punya. Satu-satunya makanan yang Alam akan makan bertambah. Kalau makanan lain, hadapkanlah apa sahaja cukup sepinggan.

Aku alas dahulu perut ini dengan roti barulah aku mula menyediakan makan malam.

Hening sahaja keadaan dalam rumah. Seperti aku tinggal berseorangan. Walaupun sewaktu di Glasgow dulu Alam akan tidur pada waktu-waktu begini sambil aku belajar tapi perasaannya tidak sama. Kali terakhir aku rasa senyap yang menyesakkan begini sewaktu kematian Granie. Alam seakan-akan mula pudar daripada realiti.

Siap sahaja sup krim cendawan dan roti bawang putih, aku terus hidangkan dalam mangkuk dan menutupnya dengan tudung saji.

Sekali lagi aku mandi dan memakai gaun tidur. Dah besar dah. Umur 24 tahun takkan masih nak duduk dalam zoo.

"Alam, jom makan dulu nanti sambung tidur." Aku menepuk bahu Alam Uzayr perlahan.

Dia tidak memberi respond. Seperti berat sangat matanya untuk dibuka.

"Alam, Embun masak mushroom soup tau. Bangunlah." Aku mencuba lagi.

"Alam taknak dinner ya? Tak apalah Embun simpan dalam thermos nanti kalau Alam lapar kejut Embun ya?" Memang Alam tak mahu bangun. Dia tidak berkutik langsung.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now