Bab 6

6.6K 774 40
                                    

Sekarang aku dah tak tahu nak buat apa. Aku dah berjumpa dengan seluruh kerabat Alam Uzayr dan Alam juga sudah berjumpa dengan keluargaku. Semua orang sudah pulang. Hanya ada aku, Alam dan jurugambar yang sudah tidak berani untuk memberi arahan bergambar.

Majlis resepsi akan berlangsung esok. Aku pula tak berapa selesa hendak bergambar rapat-rapat berdua-duaan dengan Alam Uzayr di masjid.

"Jom." Alam Uzayr menghulur tangannya.

"Pergi mana?" Aku tertanya-tanya apa yang berada di minda Alam Uzayr.

"McD. Alam lapar aiskrim." Dia tersengih sambil mengusap kerongkong lehernya.

Dasar anak orang kaya. Punyalah bersepah aiskrim kedai tepi jalan, aiskrim McD juga yang kau nak. Aku terus berjalan ke kereta tanpa menyambut huluran tangannya.

"Still the same midnight blue. Cold, deep and dark. Walaupun pakai baju putih melepak." Alam Uzayr berbisik selepas dapat menyamakan langkahnya dengan langkahku.

Alam Uzayr masuk ke dalam kereta, kemudian baru aku.

"Okay jom!" Suara asing daripada belakang kedengaran.

Pantas aku berpusing.

"The heck?" Aku terus memandang Alam.

"Kita anggap je dia invisible. Let him do his job. Dia dibayar penuh dua hari ni. Since Embun taknak buat official photoshoot Alam opt for candid one boleh?" Alam bercakap sambil memulakan pemanduan.

"Kau cakap McD je kan tadi? Lepastu balik." Aku bersandar setelah memakai tali pinggang keledar.

"Library too. Taman Saujana Hijau too. Pusara Mama Papa too. Banyak tempat nak pergi. Kalau sempat nak pergi balai bomba Alam dulu." Jawapan Alam membuatkan leherku berpusing.

"Pilih satu. I don't have that much energy." Mendengar senarai yang panjang itu sudah cukup memenatkan aku.

"Kalau macam tu, Embun pilihlah yang mana satu. Alam tak kisah." Dia menyerahkan pilihan kepadaku.

"Your parents. Berdua je. Drop this guy off somewhere." Jawabku sebelum menutup mata.

"Okay, kita pergi McD lepastu balik rumah sebab kereta dia ni kat rumah Embun lepastu kita solat zohor dekat rumah. Petang sikit kita ziarah pusara. Okay?" Alam menyusun perjalanan hari ini.

Aku dengar tapi malas hendak berbicara.

"La, dah tidur ke?" Alam kembali fokus pada pemanduannya.

"Your wife ni, bukan kahwin sebab cinta ke? So cold." Jurugambar itu terang-terangan mengutuk aku.

Aku dapat rasakan kereta makin perlahan kemudian berhenti. Mata masih aku pejam rapat tetapi telinga aku pasang.

"Dengan segala hormatnya, get out." Kedengaran Alam membuka kunci pintu.

"Sorry dik, abang bukan apa..." Baru kau tahu nak cuak ditinggal tepi jalan.

"Shhh, kalau taknak turun, senyap. My wife is sleeping. Tolong hormat dia." Tajam suaranya.

Aku sudah biasa mendengar kutukan orang tentang personaliti aku. Tak mesra, dingin, sombong, tak ada kawan, tak percaya orang dan banyak lagi. Setiapnya aku telan dan hadam macam tiada apa. Hati aku dah bersepai sejak kematian Nenda. Sakit ditikam kawan belum lagi habis sembuh, kematian Nenda pula merobek jiwa aku.

Untuk kali pertama, seseorang mempertahankan aku walaupun dia turut memberi komen tentang perwatakan aku. Macam gaduh adik beradik yang aku selalu dengar. Kutuklah teruk manapun sesama sendiri, tapi masing-masing akan pertahankan adik beradik sendiri bila orang lain yang kutuk. Kalau gaduh pun, masak Maggi makan sama-sama dah berbaik semula. Usia abang aku terlalu jauh untuk semua ini. Terasa hangat sedikit dalam jiwa sedingin saljuku.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now