Bab 14

6.4K 708 11
                                    

Selesai sahaja solat subuh, dengan terujanya Alam menyuruh aku bersiap cantik-cantik. Siap punyalah teruja dan hendak cepat, tudung dan baju aku dia tolong pilih dan gosokkan. Apa sahaja paling cantik di mata dia, itu yang aku ikut.

Lepas hampir sebulan aku kahwin dengan Alam, aku sudah mula bertolak ansur dengannya tentang pakaian aku. Alam tak berapa suka sebenarnya bila aku berpakaian serba hitam padahal memang itulah warna yang aku selalu pakai waktu belum berkahwin dulu. Bagi aku, hitam itu warna yang mudah. Hitam buat aku rasa selamat dan menghilang. Kau janganlah bayangkan aku pakai serba hitam macam orang Arab tu. Memang tak lah. Aku selalu pakai skinny jeans hitam, kemeja hitam dengan rambut bersanggul tinggi. Itu imej aku selama setahun membuat A-Level. Cakap fasal skinny jeans aku, semuanya dah selamat disedekahkan ke tempat pengumpulan pakaian untuk badan kebajikan. Sekarang aku pakai seluar jeans straight cut ataupun palazzo.

Aku dah mula membuat terapi warna sekarang. Sebelum datang ke sini, Alam bawa aku berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat. Dia ada ajar beberapa benda untuk aku kawal diri sebagai alternatif kepada ubat tetapi aku masih tidak boleh tinggalkan ubat kecuali dengan kebenaran doktor. Memang Alam yang jadi tongkat aku untuk bangun balik.

Secara asasnya, warna terhasil daripada kepanjangan gelombang yang berbeza. Terapi warna dikatakan dapat mempengaruhi gelombang dalaman badan. Mudah sahaja, caranya dengan mewarna. Buku warna aku pula bukan beli dekat shopee. Alam lukiskan macam-macam bentuk sel atas kertas A4 kemudian dimasukkan dalam satu fail. Dia memang dilahirkan dengan bakat melukis. Katanya, sambil membuat terapi sambil belajar. Cuma satu sahaja, Alam kedekut pensel warna! Dia tak bagi aku sentuhpun alat tulis dia semuanya disuruh beli baru.

Selain mewarna dalam buku warna, Alam turut memastikan warna baju aku tidak berada dalam tona warna gelap secara keseluruhannya kerana warna bertona gelap atau kekelabuan akan membawa perasaan suram. Baju-baju yang dipilihnya dan banyak juga yang dibelikan baru hampir semuanya berwarna pastel dan berwarna lembut. Kaunselor itu cadangkan aku untuk memandang warna yang beri ketenangan kepada masalah anxiety aku seperti warna biru lembut, hijau atau biru kehijauan. Biru langit waktu pagi warna Alam. Patutlah dengannya aku terasa paling tenang.

"Ya Allah budak ni, pergi mandi! Termenung apa lagi?" Tak fasal aku disergah Alam.

Aku terus bangun berlari ke bilik air. Bukan boleh kira si Alam ni kalau aku tak bangun, ada yang kena cempung masuk tab mandi nanti. Selesai membersihkan diri dan berpakaian, aku terus ke dapur untuk menyibuk. Sarapan pagi kami masih ringkas. Roti bakar bersama jem buah. Kalau satu hari nanti aku boleh buat sarapan nasi lemak, memang dah kejayaan tahap paling tinggi dah tu. Tapi Alam pula tak berapa gemar makan nasi. Nama melayu habis, boleh pula dia tolak tepi nasi.

"Jauh ke rumah Granie daripada sini?" Aku bertanya sambil mencuci pinggan dan cawan setelah selesai bersarapan. Dia dah sediakan sarapan, aku pulalah yang cuci punggan.

"Dekat je dalam 40 minit macam tu. Kalau naik kereta la. Tapi kita tak naik kereta dulu pagi ni." Jawab Alam.

"Naik train?" Banyak lagi soalan yang aku nak tanya.

"Naik bas lagi cepat daripada naik train kalau nak ke sana. Kereta Alam letak dekat sana. Nanti balik baru drive. Kalau dengan bas tambah lagi satu jam." Alam membuat perkiraan.

Sudah selesai mengemas sarapan, kami terus keluar.

Aku masih lagi tak terbiasa dengan angin sejuk musim luruh. Tidak dapat aku bayangkan sejukya musim sejuk nanti. Daripada Clifton House, kami berjalan lebih kurang dua minit ke tempat menunggu bas di Sauchiehall Street.

Duduk berdua sambil menunggu bas ke destinasi yang tidak aku ketahui sangat mendebarkan. Ia bagaikan pengembaraan yang banyak aku baca di dalam buku cuma bezanya ini realiti. Aku sudah betul-betul menjejakkan kaki di bumi Scotland bersama Alam Uzayr.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now