Bab 19

5.6K 635 25
                                    

Semakin hari-semakin berat topik yang kami hadap. Minggu pertama dan kedua itu silibus senang kacang. Makin bertambah minggu, bukan kacang, ni dah macam nak suruh aku masak rendang! Tapi, siapa yang mulakan senang kacang ni? kenapa kacang tu senang? Apa-apa sahajalah malas aku nak menambah serabut kepala. Ingat tak waktu pertama kali aku masuk sini, aku kata University of Glasgow ni macam sekolah Hogwarts? Sekarang aku betul-betul rasa macam masuk dalam kelas jampi dengan perkataan saintifik yang boleh buat lidah terbelit. Minggu ini pula mingg peperiksaan pertengahan semester sebelum cuti pada minggu hadapan. Memang tak lekanglah kami dengan buku.

Aku menggeliat sebelum menutup buku. Cukuplah untuk hari ini. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Masa untuk kejutkan Alam. Ambil giliran belajar kerana waktu aku belajar selepas Isyak sehingga dua pagi. Alam pula dua pagi sehingga subuh. Lepas isyak dia terus tidur. Bilik belajar kami satu-satunya tempat yang tak akan mati lampunya.

Sebelum masuk ke dalam bilik tidur, aku singgah ke dapur. Bubur cendawan semangkuk kecil aku panaskan dan air coklat panas aku bancuh untuk Alam. Sejak Alam kenal coklat panas ni, dia dah tak usik lagi teh blackcurrant aku. Bubur dan air itu aku letakkan di atas meja serbaguna di dalam bilik belajar dengan lekatan nota "Alam fighting! :D". Air mineral dalam botol 1.5 liter milik Alam juga aku tambah. Barulah aku mengejut Alam untuk bangun.

"Good morning, angel." Comel sahaja Alam memisat-misat matanya dengan baju tidur sugar glider yang aku belikan dahulu.

"Banyaklah Alam punya angel dah macam mak lampir dah ni." Aku terus masuk ke dalam selimut.

Cepatlah habis. Ada satu sahaja lagi kertas. Lepastu aku nak tidur taknak bangun. Elok sahaja kepala aku letak pada bantal, terus aku melayang ke dunia mimpi.

Rasanya baru sekejap aku berada di alam mimpi tiba-tiba tangan Alam Uzayr pula menepuk aku untuk bangun subuh.

"Sikiiit lagi." Aku menarik selimut ke muka.

"Bangun subuh cepat." Alam tarik selimut itu turun.

Aku angkat semula naik ke muka.

Terus Alam gulung aku dalam lapik cadar katil seperti burrito kemudian diangkatnya aku ke bilik air terus ke dalam tab mandi. Ya Allah suami siapa perangai macam ni?! Nasib baik memang pembantu rumah akan datang hari ini untuk menukar cadar dan selimut.

"Hah cepat mandi. Alam tunggu subuh sekali."

"Lepaskanlah orang dulu!!! Alam!!!" Aku melaung daripada bilik air.

"Apa dia?" Balasnya. Sengajalah tu.

"Tolonglah Embun ni ha Alam Uzayr kusayang."

"Apa?" Dia sudah tersengih di hadapan pintu bilik air.

"Cik abang tolong lepaskan ayang." Sumpah aku rasa geli geleman satu badan.

Alam dengan sengihan gaya lanunnya melepaskan aku daripada gulungan cadar itu.

Terus tangan aku mencapai getah paip dan menyemburnya. Sesi membalas dendam bermula!

"Haish budak ni. Cepatlah orang nak solat subuh dia main pula." Alam terus mengelak dan keluar daripada bilik air.

Selesai subuh berjemaah, aku dan Alam terus mengangkut buku dan nota kami masuk ke dalam beg galas masing-masing. Kasut yang alam hadiahkan sewaktu hari persandingan kami yang sama dengan kasutnya aku sarung.

Kami menuju ke taman berhampiran dengan sekolah perubatan. Joshua dan Mia sudah berjanji untuk menunggu kami di situ. Katanya mereka lagi senang untuk belajar denga cara kami berdua. Disebabkan Alam sejenis pelajar visual, nota dia memang kemas dan cantik. Aku pula pelajar auditori jadi aku lebih senang bila mengajar semula secara lisan.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now