Bab 34

5.1K 610 33
                                    

Seorang jururawat bersara yang kembali bertugas selepas Hospital Nadir membuka tawaran sukarelawan masuk ke dalam wad pelangi.

Kak Esah namanya. Dia baru sahaja diraikan persaraannya tiga bulan yang lepas dan hari ini dia kembali semula untuk berbakti. Kata jururawat lain, Kak Esah ni antara jururawat lagenda Hospital Nadir. 15 tahun pengalaman di Jabatan Paediatrik.

"Haih, akak tengok muka kau orang ni pun akak tak berani nak bagi kau orang ambil darah akak. Muka cuak ni dah kenapa?" Dia menggeleng kepala.

Tiga orang House Officer mentah tahun pertama disuruh ambil darah kanak-kanak tanpa pengawasan staf senior, risiko tinggi sungguh. Nak pula mereka tak pandai nak pujuk budak-budak. Sekali nampak jarum besar, memang meraunglah!

"Darah orang dewasa kami pandai cari. Darah budak ni, urat halus sangat." Aku mengadu.

"Budaknya taknak duduk diam. Karang jarum patah tak ke naya?" Sambung Alam.

"Saya tak sampai hati kak dengar budak nangis." Joshua juga menangis sama dengan budak-budak yang menangis. Teruk betul.

"Eleh meh Kak Esah cucuk. Kau orang tolong pegang budak. Pegang dengan kasih sayang. Jangan kau cengkam budak tu pula stress dia nanti." Kak Esah memakai sarung tangan baharu.

Disebabkan satu PPE dikhaskan untuk seorang pesakit, aku, Alam dan Joshua mengambil giliran untuk memegang pesakit cilik. Selesai seorang, ganti PPE baharu di reruai sanitasi yang dipasang di hadapan wad.

"Abi takut..." Kamil memeluk Alam sambil menangis tersebik-sebik kerana dialah yang pertama kami cuba untuk ambil darah tadi tapi tak sampai hati nak cucuk.

"Kamil pandang abi, okay? Kamil abi ni berani kan? Sikit je. Meh abi sapu dengan cecair magik." Alam menyapu alkohol sanitasi di belakang tangan Kamil. Lebih mudah mengambil darah kanak-kanak di situ berbanding lengannya.

Melting wei tengok laki aku layan budak.

"Kamil sekolah dekat mana?" Alam mula bertanya soalan-soalan untuk mengalihkan perhatian Kamil.

Pantas sahaja Kak Esah membuat kerjanya.

"Dah siap. Good boy la Kamil ni. Kuat dan berani." Alam mengusap kepalanya lembut.

Kalau Kamil nangis kuat tadi, aku rasa satu wad ni akan meraung takut.

Puteri langsung tidak takut dengan jarum. Cuma tangan aku digenggam erat.

Joshua sepatutnya memujuk budak, ni budak lapan tahun pula yang pujuk dia supaya jangan menangis. Reverse psychology katanya. Apa-apa dahajalah Josh.

Tiga kali berganti PPE, dua kali aku dimuntahkan. Joshua dan Alam juga begitu. Kak Esah memang pandai mengelak muntah. Pasti kerana pengalamannya dia sudah masak dengan keadaan begini.

Kami yang dimuntahkan, kami jugalah yang perlu mengemas muntah itu dan menggantikan pakaian mereka.

Patutlah Kak Esah tak beri dudukkan mereka di katil kalau tak, nak mengganti tilam dan cadar bukannya mudah.

Selesai selesai semua sample darah diambil, kami berterima kasih sungguh-sungguh pada Kak Esah. Kalau dia tiada, habis wad pelangi jadi wad guruh petir.

"Go get your well deserved 4 hours rest." Alam mengingatkan aku.

Kami bertiga sudah bersetuju untuk mengambil giliran 4 jam rehat secara bergilir. Josh faham masa solat kami jadi dia tak kisah sangat. Alhamdulillah setakat ni masih tak perlu jamakkan solat. Wabak ini masih dalam keadaan terkawal.

Kak Esah pula bertugas pada waktu pejabat. Kasihan juga kalau dia perlu bekerja lama-lama.

"Tak apa ke ni? Nanti Alam paling lama kerja." Aku serbasalah pula kerana selepas aku, giliran Josh kemudian baru giliran Alam.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now