Bab 27

5.3K 620 25
                                    

"Ready?" Alam menoleh ke arah aku setelah kereta diparkir kemas.

Laju aku geleng kepala. Daripada semalam lagi aku cuba bertenang tapi jujur memang aku takut. Mulai hari ini, kami akan betul-betul merawat orang hidup yang sakit. Kalau aku tersalah diagnos macam mana? Kalau tersalah dos ubat? Kalau aku tersilap cakap? Kalau aku salah cucuk ke darah tak keluar ke? Kalau bermacam kalau lagi yang muncul dalam kepala.

Alam mengucup dahi aku.

"Bising sangat dalam kepala tu sampai Alam boleh dengar." Dia mengukir senyuman seperti tahu apa yang bermain dalam minda aku.

Hari ini, hari pertama aku, Alam dan Joshua. Ada lagi tiga orang house officer tahun pertama yang akan bersama kami dalam tempoh 24 bulan ini.

Memang begitu tradisi Hospital Nadir.  Setiap tahun, hanya akan ada kemasukan enam orang house officer. Setiap orang akan ditempatkan di bahagian perubatan yang berbeza selama empat bulan.

Dalam masa 24 bulan, kami perlu melengkapkan latihan di enam buah jabatan. Jabatan perubatan dalaman, pembedahan, paediatrik, ortopedik, obstetrik & ginakologi serta satu jabatan pilihan sama ada perubatan kecemasan, anesthesiology, psychiatry ataupun perubatan keluarga.

Kami akan berpasangan dengan house officer tahun kedua yang sudah melengkapkan tiga daripada enam jabatan.

Pagi ini, ada taklimat tingkas dan pengenalan bersama house officer tahun kedua serta doktor fellow yang akan memantau kami.

Joshua melambai ke arah kami. Aku dan Alam terus pergi kepadanya.

Apabila sampai ke bilik taklimat, aku terus menegur Pavitra yang banyak membantu di Glasgow dahulu sebagai akak senior. Aku harap sangat aku akan sekali dengan dia sebab Pavitra sangat baik.

"Eh? Ya Allah Alam Uzayr?! Ingat lagi tak aku siapa?" Salah seorang house officer tahun kedua menegur Alam.

Aku melihat reaksi wajah Alam. Jelas dia juga teruja dengan pertemuan yang tak diduga itu.

"Cempaka? Cempaka Ayuthiya right?" Alam membalas senyumannya.

"Siapa?" Aku memandang Alam.

Cempaka Ayuthiya. Sekuntum lagi bunga. Sangat cantik dengan sanggulnya yang kemas ditambah seri dengan pipi bak pauh dilayang. Kulitnya sawo matang dan sangat tinggi. Dia lebih kurang tinggi Alam.

"Cempaka ni jiran lama Alam. We used to play together dari kecil sampai naik form 3 dia pindah rumah lain." Terang Alam kepadaku.

Kiranya childhood friend Alam la ni? Okay...

"Ni mesti your friend yang sekali dekat Glasgow tu kan? Set set budak scholarship gitu." Dia menghulur tangan kepadaku.

"She's my wife actually." Jawab Alam.

Aku menyambut huluran tangannya.

"Your what? Wife? Alam Uzayr budak hingusan actually get married at this young age? Wow. Just. Wow." Cempaka melihat aku atas dan bawah.

"Girl you should marry someone better. Kalau kau tahu perangai Alam ni masa membesar, memang lari dulu la." Cempaka menggeleng kepalanya.

"Apa benda kau ni Cempaka? Dah tak payah nak merepek. Embun tak payah dengar la cakap dia tu. Kuat sembang." Alam mencelah.

"Tapi tak apalah. Dah terlajak kahwinkan? Don't worry girl, I am on your side. My name is Cempaka Ayuthiya. Kalau nak dark information tentang Alam, you can roger me." Cempaka membuat gaya telefon dengan jarimya yang runcing.

"I'm Embun Anggerik." Aku senyum sahaja melihat telatahnya.

Pergi matilah sana insecurity. Alam kata dia sayang kau. Dah jangan nak fikir bukan-bukan. Mereka kawan je.

Embun Anggerikحيث تعيش القصص. اكتشف الآن