Bab 26

5.5K 654 60
                                    

Hari ini, aku dan Alam akan masuk ke rumah baharu kami. Sebuah apartment berhampiran hospital. Apartment itu sudah dibeli untuk kami. Abang sulung Alam yang membelinya kerana apartment itu juga merupakan salah satu projek syarikatnya tetapi aku dan Alam sepakat untuk membayar semula secara bulanan. Kami perlu belajar untuk menguruskan kewangan sendiri tanpa berharap pada orang lain. Apartment lama Alam sudah dia sewakan kepada orang lain beserta dengan segala barangan di dalamnya.

Ruang dalaman rumah sudah siap didekorasi dengan tema minimalis menggunakan tona warna putih, krim dan coklat gelap. Rumah sudah dibersihkan sebelum kami masuk. Segala keperluan peralatan sudah lengkap hanya tinggal membeli bahan makanan. Selain bilik tidur kami, satu bilik ditukar menjadi bilik belajar manakala satu bilik lagi dibiar kosong.

Disebabkan hanya pakaian yang perlu dikemas, kami memutuskan untuk keluar membeli barang dahulu.

"Jom shopping!" Aku teruja untuk keluar berjalan-jalan membeli barang.

"Let's go!" Alam juga begitu.

"Breakfast dulu." Aku mengingatkan Alam. Perut ini perlu diisi terlebih dahulu bimbang meragam.

Aku dan Alam berhenti di gerai tepi jalan.

Keria, karipap dan kuih lapis sudah cukup sebagai sarapan. Lama tak makan kuih tradisional ini. Kalau nak mengharap aku buat di Glasgow, memang kirim salam sayang la.

Kami masuk ke dalam gedung Tesco. Lima tahun duduk di Glasgow, kami tidak membeli barang dapur sendiri. Semuanya kami masukkan dalam senarai. Ada beberapa kali sahaja kami ke pasar raya. Bukan kami yang mahu tetapi pembantu rumah kami yang mendesak supaya memberinya kerja. Dia tidak mahu makan gaji buta.

"Alam, put it back." Aku bercekak pinggang.

"Ala... Manalah tahu nanti..." Dia menbuat muka Puss in Boots.

"Okay bagi tahu Embun, apa rasionalnya nak beli storage besar macam ni?." Aku menggeleng kepala melihat Alam mengangkat tempat simpan barang yang paling besar di situ. Rasanya cukup sahaja tempat simpanan barang dekat rumah.

"Nak buat simpan memori kita." Dia tersengih.

Aishhh dia ni ada yang kena piat telinga nanti.

Aku terus menolak troli. Alam pantas meletakkan kembali kotak simpanan itu.

"Alam rasa kita kena beli kain lap la." Dia menunjukkan kain lap tangan.

"Sebab apa pula? Kan dah ada la Embun nampak tadi." Pelik-pelik pula si Alam Uzayr ni. Demam ke apa?

"Sebab I lap you." Dihadiahkan flying kiss kepadaku.

Eee cheesyyy!

"Suka la tu." Aku tersengih. Menyampah!

Aku membelek selipar bilik air.

"Yang tu warna dia cerah sangat." Tegur Alam. Aku memegang selipar berwarna kuning. Bukan warna itupun yang aku hendak beli.

"Apa salahnya warna cerah?" Aku bertanya.

"Tak salah, cuma nak kata, masa depan kita lagi cerah." Bisiknya.

Tak fasal ada yang kena sebat dengan selipar jamban. Nak menggatal tunggu balik rumah ye. Dah merah dah muka aku ni. Padahal sudah lima tahun berumah tangga. Alam masih lagi tak berhenti buat aku jatuh cinta.

"Rasa macam kena beli extra pillow." Alam menepuk bantal di hadapannya.

"Tak payah, saya dah ada pillow extra." Aku melentokkan kepala ke lengannya.

"Mana aci curi pickup line orang." Alam menarik muncung.

"Aci dekat India." Aku menjelir lidah sedikit tanda mengejek.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now