Bab 17

6K 609 26
                                    

Semester ini aku akan menghadap 5 subjek pra-klinikal. Cellular Biomolecules, Tissues of Body, Membranes & Receptor, Metabolism dan Personal & Professional Advancement IA. Well hello Mr. Biologi!

Aku berkongsi kelas yang sama dengan Alam kecuali untuk subjek Metabolism kerana waktu pilihan yang ada pada hari Khamis hanya tinggal satu kekosongan. Alam tidak mahu kelas yang akan mengganggu waktu solat Jumaat kerana Glasgow Central Mosque berjarak lebih kurang 10 ke 15 minit daripada universiti jika menaiki kereta.

Joshua si mesra alam itu sudahpun mendapat kawan sendiri jadi tidaklah kami rasa bersalah sangat untuk meninggalkan dia sendiri.

Kebanyakan kelas aku bermula pada pukul 10 dan 11 jadi tidaklah kalut sangat hendak bersiap.

Nota kuliah sudah aku cetak. Alam lebih suka menconteng nota di iPad kerana katanya dia akan buat nota lain juga nanti. Suka hatilah.

Pintu dewan kuliah ditolak oleh Alam. Ramai juga yang bertudung adalah dalam tujuh orang termasuk aku daripada lebih kurang 60 orang. Tidaklah aku rasa macam alien.

Prof. Hayes yang akan mengajar subjek Membranes and Receptors muncul dengan rambut serabut seperti dia baru terjaga daripada tidur. Setelah membuka slaid, dia terus bercakap tanpa henti dengan begitu laju. 30 slaid dihabiskan dalam masa lebih kurang 20 minit kemudian dia keluar begitu sahaja. Kelas ini sepatutnya dua jam tahu? Dua jam! Dia padatkan segalanya dalam 20 minit.

Innalillahiwainnailaihirajiun... Pray for your fallen sister. Mati aku macam ni. Sepatah harampun aku tak faham dia cakap apa. Longhat pekat dengan slang dan tempo yang laju langsung tidak membantu.

Ini baru asas. Aku faham lagi. Aku takut bila dah masuk topik yang lebih susah yang aku belum belajar nanti.

"Okay ke tu?" Alam bertanya aku.

"Is that even English? Embun tak dapat tangkap dia cakap apa." Aku bertanya dengan wajah yang berkerut.

"Tak faham ke? Alam faham je." Balasnya.

"Shut up, Alam..." Lembut sahaja amaranku. Taknak dapat gelaran isteri derhaka.

Memanglah Alam faham. Bahasa orang kampung dia.

"Ahahaha sorry-sorry. Kelas kita satu lagi petang ni ada lagi dalam empat jam. Nak balik ke nak pergi library?" Tanya Alam lagi.

"Library." Sepatah sahaja aku menjawab.

Aku nak petakan perpustakaan di sini supaya mudah untuk aku mencari buku rujukan nanti. Tambahan pula, aku tak mahu Alam berjumpa meja belajarnya dahulu. Nanti dia abaikan aku. Bukan dengki tapi tak adil. Aku tak sabar nak pindah hujung minggu ni sebab aku akan dapat ruang belajar aku sendiri.

Kami masuk bersama ke dalam perpustakaan. Alam terus mencari tempat duduk dan membiarkan aku merayau di celah-celah rak buku. Perpustakaan tiga tingkat itu aku jelajahi sendiri sambil membuat catatan. Ralit aku memegang buku kemudian meletakkannya kembali.

Kalau syurga ada di dunia, tentu perpustakaan tempatnya.

Aku menarik buku Biochemistry yang agak tebal pada masa yang sama orang di rak sebelah turut menark buku di bahagiannya.

"Hi beautiful." Sapa seseorang yang aku tidak kenali. Wajahnya seperti orang Asia Tenggara.

Terus aku letak kembali buku tersebut dan beredar.

Tak sempat aku ke tangga untuk mendapatkan Alam di tingkat bawah, dia menahan aku.

"Chill, I'm Indra and you?" Dia menghulur tangan kepadaku.

Aku lihat tangannya kemudian mataku tajam menjeling dia.

"Opsss... Sorry. What's your name beautiful?" Dia menarik kembali tangannya.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now