Bab 9

7.3K 853 48
                                    

Pada sebelah malam, ada sesi raptai majlis resepsi pada hari esok. Kau ingat majlis penyampaian hadiah sekolah je ada raptai, aku kahwin pun ada tau. Manakan tidaknya, dalam senarai tetamu segala Tengku, Tan Sri, Dato', Tuan dan lain lain pangkat kebesaran akan hadir.

Kali pertama aku masuk ke dewan, aku rasa macam nak mengamuk. Satu perkataan sahaja yang boleh aku gambarkan. Membazir.

Empat puluh lapan buah meja bulat dihiasi setiapnya dengan pasu bunga Anggerik. Laluan karpet merah membawa ke pelamin yang dihias dengan motif Anggerik liar berwarna ungu dan kristal dengan latar belakang serta kerusi persandingan berwarna putih. Meja makan beradab turut dihias mewah. Di bahagian atas syiling kain putih daripada segenap penjuru menuju ke chandelier di bahagian tengah.

Tiada makanan buffet dihidangkan hanya satu ruang manisan untuk kanak-kanak. Makanan akan dihidangkan mengikut meja.

"Apahal membazir sangat ni? Aku kata nak simple je kan." Aku menarik tangan kiri Alam supaya dia tunduk sedikit.

Bukan aku yang rendah, dia yang tinggi. Bila diukur balik begini, aku hanya separas bahunya.

"Entah. Bukan Alam yang buat. It was my sister and your sister in law." Jawabnya.

Kami makan bersama dengan seluruh ahli keluarga aku dan Alam tadi. Mukaddimahnya, tahniah atas perkahwinan dua keluarga ini. Lepastu dah masuk cerita saham la apa la. Aku malas nak dengar. Bukannya aku fahampun. Alam juga begitu. Tiada minat dalam perniagaan.

Raptai penuh untuk majlis tiga jam diadakan. Majlis perkahwinan ini bukan sejenis yang kau boleh sesuka hati datang keluar masuk. Ia akan bermula pada pukul 11 dan berakhir pada jam 2 petang. Benci betul aku dengan segala protokol ini. Aku bukannya anak rajapun.

Penat tahu tak? Cara jalan, cara cakap, cara senyum semuanya perlu dijaga. Aku ada topeng wajah khas untuk majlis keramaian begini. Semuanya palsu belaka.

Latihan raptai itu tamat juga akhirnya.

"Jom balik." Aku mengajak Alam yang memegang kunci bilik hotel untuk pulang.

Kami sudah dimaklumkan yang kami perlu bersiap di hotel. Segala pakaian esok sudah di bawa bersama.

"Ala dah nak balik bilik ke? Jom la lepak McD dulu." Cadang Alam.

"Taknak. Karang tak pasal ada orang cedera lagi. Kita ni bawa malang kut dekat McD." Cukuplah dua kali aku teguk Oreo McFlurry cair.

"Ahahaha gurau je. Jom balik bilik." Alam menarik tanganku.

Sampai sahaja ke dalam bilik, aku terus ke tandas untuk menggosok gigi dan mandi. Aku memang akan mandi sebelum tidur. Pintu bilik air kubuka selepas selesai menukar pakaian.

"Dah masuklah." Aku menyapa Alam yang sedang mengeluarkan laptop daripada begnya. Entah apa yang dia ingin buat.

"Embun... You look so..." Alam pandang aku tak lepas.

Huish seram...

"So apa?" Aku buat muka garang. Biasalah kan pakai macam ni? Dah ini  baju tidur yang aku selesa.

"So cute. Ya Allah kenapa wife saya ni cute sangat. Comelnya pyjama bunny. Siap ada hoodie kepala arnab lagi." Alam berdiri dan mendekati aku.

"Don't come any closer. I warn you. Aku tumbuk kau nanti." Aku berundur bertapak-tapak ke belakang sehingga terhenti dek almari di belakang aku.

Alam meletakkan tangan kanannya di sebelah kanan pintu almari manakala tangan kirinya hampir ke pinggang aku.

Nenda! Takut! Aku mana pernah sedekat ini dengan lelaki.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now