Bab 12

6.8K 687 24
                                    

S. E. J. U. K

Kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Glasgow, Scotland ini, aku disambut oleh angin dingin musim luruh. Sewaktu masih di dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Glasgow tidaklah aku rasa sesejuk ini.

Walaupun aku ni dalam kategori chaebol bak kata drama korea, aku bukan sejenis keluar merata ke seluruh dunia. Dunia aku buku. Itu tempat aku lari daripada realiti.

"Alam, are you biawak?" Aku memandang Alam yang begitu santai sekadar berkemeja kotak.

Suhu sekarang ni 11°C kau tahu tak?

"Punyalah handsome muka mix pan asia macam ni Embun kata biawak?" Tak fasal Alam menarik hidung aku yang sudah mulai merah dek kesejukan.

"Kulit tebal. Tak sejuk ke?" Aku bertanya. Orang tempatan yang lain juga kulihat begitu selamba. Ada yang masih memakai baju musim panas lagi. Sekadar baju-t lengan pendek dan seluar pendek.

"Kalau ni sejuk, how do you gonna survive winter sayangku?" Dia menunduk sedikit supaya mata kami bertentang.

Eee menyampahnya aku! Sengaja nak mengejek aku pendek lah tu! Alam ada satu tabiat baru sekarang. Dia suka panggil aku 'sayangku' bukan setakat sayang je tau. Katanya ku tu merujuk kepada Alam. Embun kesayangan Alam gitu.

"Ehem, hormat sikit orang single ni." Joshua berdehem dari belakang.

Anak cina kelahiran Perak itu seorang  lagi pemegang biasiswa Kumpulan Nadir. Setiap tahun, Kumpulan Nadir akan menghantar dua orang graduannya yang berkelayakan untuk menyambung ijazah sarjana perubatan.

"Josh, tabah ya?" Alam ketawa.

Tangan aku yang sudah kesejukan kumasukkan ke dalam poket sweater. Alam menyelit masuk tangannya di poket sebelah kanan aku. Hangat tangannya.

"My Mama mix blood Scottish Malay. Pure Scottish blood tu nenek Alam. Dia kahwin dengan datuk Alam masa datuk belajar dekat UK. Mama membesar dekat Malaysia sampai umur dia 13 tahun lepastu nenek dan datuk bercerai. Nenek balik sini, Mama tinggal dekat Malaysia tapi selalu juga datang sini. Bila Mama kahwin dengan Papa, kami selalu juga datang melawat nenek. Tapi lepas Mama mula tak sihat, kami dah tak pergi dah as a family. Lepas Papa meninggal, Alam isolate myself dekat sini setahun jugalah." Alam mula bercerita sedikit tentang latar belakang keluarganya.

"Nenek tu ada lagi ke?" Aku bertanya dengan berhati-hati.

"Ada lagi. Nanti Alam bawa Embun jumpa dia." Alam menarik senyuman.

Aku tertanya-tanya tapi aku takut nak tanya. Apa yang Alam dah lalui dan apa yang dia buat sampai mampu untuk tersenyum kembali sekuat ini. Bagi aku, Alam ini ibarat pasu seramik pecah yang dicantum kembali dengan emas. Kesan retaknya masih kelihatan tetapi dipersembahkan dalam satu keadaan yang indah.

Daripada Paisley, kami bergerak ke Glasgow City Centre. Terasa bagaikan mimpi fantasi. Daun berwarna perang, merah dan kuning sedang menunggu masa untuk luruh. Perjalanan tidak jauh dengan kereta. Hanya 15 minit sahaja diambil.

Pelik rasanya membaca papan tanda yang aku tak tahu bagaimana rupa tempat itu.

Panjang perjalanan aku untuk sampai ke sini. Aku, Alam, Joshua bersama dengan beberapa orang lagi pelajar Malaysia bertolak daripada KLIA pada pukul 11:30 malam.

Bonda datang untuk menghantar aku. Mungkin juga dia hadir di situ kerana dia merupakan pengarah Yayasan Nadir yang memberi biasiswa kepada Alam dan Joshua. Ayah, biasalah mana pernah dia kisah tentang aku. Sejak aku bertudung ni lagilah dia tak hiraukan wujud aku.

Penerbangan pesawat MAS selama 14 jam disebabkan keadaan cuaca yang tidak berapa baik akhirnya mendarat di Lapangan Terbang Heathrow.

Empat jam selepas itu, penerbangan sambungan ke Glasgow dengan British Airlines pula mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Hampir 20 jam perjalanan. Serius, aku jet lag!

Embun AnggerikOnde as histórias ganham vida. Descobre agora