Bab 22

6K 692 30
                                    

Cuti pertengahan semester sudah tamat. Sepanjang cuti itu, aku bersama Alam menguruskan harta Granie yang ditinggalkan. Senang cerita, semuanya diserahkan ke pihak berkuasa tempatan kerana Granie tiada keluarga atau waris lain.

Sebelum Mag pergi, dia beri aku cincin milik Granie. Katanya memang Granie sudah berhasrat untuk memberi cincin itu kepadaku. Cincin itu aku jadikan loket tambahan pada rantai yang Nenda beri kepada aku. Kiranya, aku dikalungkan dengan memoir daripada Nenda dan Granie. Penyelamat aku dan Alam bila dunia seakan gelap gelita.

Rutin belajar kami kembali seperti biasa cuma Alam dah jadi sedikit luar biasa sejak kami kembali daripada Luss. Tambahan pula peperiksaan akhir semakin hampir.

Alam Uzayr dah bukan lagi Dr. Alam tapi sudah bagai Prof. Emeritus Alam Uzayr. Sebagai isteri mithali, dengan hati yang reda aku ikut jadual hidup Alam kecuali waktu ulangkaji aku.

Subuh lebih kurang pukul 5 pagi. Selesai subuh, jangan harap akan jumpa katil lagi. Ditariknya aku keluar untuk bersenam 30 minit di taman berhampiran. Siap bersenam, sarapan ringkas kebiasaannya telur, roti dan buah. Untuk makan tengah hari dan makan malam kalau perlu masak, Alam akan pilih masakan yang maksimum 30 minit sahaja untuk dimasak. Semuanya makanan sihat. Kata Alam, makanan yang sihat penting untuk badan dan otak. Kalau waktu musim bunga nanti tiba-tiba dia ajak aku daftar masuk gim, aku dah tak terkejut dah.

8:30 pagi kami dah masuk ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan. Jika ada kelas, kami akan ke kelas. Habis kelas kembali ke perpustakaan sehingga pukul 6 petang.

Pulang ke rumah, Alam tarik papan putih yang baru dibelinya supaya kami boleh ulangkaji kembali topik yang baru kami pelajari. Tak cerita lagi kertas-kertas yang sudah mula bertampal di dalam bilik belajar. Alam akan berhenti bila masuk waktu Maghrib. Antara Maghrib dengan Isyak, kami ada kelas mengaji atas talian. Selepas Isyak dia akan tidur dan aku pula membuat ulang kaji sendiri.

Aku ingat aku orang paling suka belajar dalam dunia ni rupanya Alam lagi kuat belajar daripada aku. Dia sentiasa ingin tahu lagi dan lagi. Kadang sampai aku dah tak perlu berjaga sehingga dua pagi.

Kalau orang ada cheat day untuk diet, Alam ada cheat hour belajar dia. Ada harinya kami akan lari ke kafe untuk coklat dan manisan. Kata Alam, kadang kita perlu juga serotonin dan dopamine tambahan. Hormon kebahagiaan gitu! Dengan Alam sahaja aku sudah cukup bahagia, bertambah-tambah lagi kebahagiaan.

"Good night, Alam." Aku tarik selimut menutupi badannya bagai ibu menidurkan anak.

"Good night je?" Alam memuncungkan bibirnya.

"Shut up, Alam." Aku tersengih sendiri.

"Eee Cik Embun garang dah balik ke tu." Alam menarik hidung aku.

Aku tinggalkan dia untuk ke bilik belajar. Seperti biasa, pintu bilik belajar aku tutup.

Prof. Emeritus Alam Uzayr Bin Alam Adinata. Entah berapa ribu jurnal dia perlu tulis untuk betul-betul mendapat gelaran itu pada pangkal namanya. Melihat gaya Alam, dia lebih sesuai menjadi tenaga pengajar daripada menjadi doktor di lapangan. Nota-nota cantiknya sangat membantu aku belajar. Dia juga memang ada bakat semulajadi mengajar. Sebagai balasan nota-nota cantiknya dengan rakaman suara aku membaca nota. Kata Alam, lebih baik dengar suara aku membebel tentang sistem saraf dan tisu badan daripada muzik. Tengok? Punyalah dia obses belajar...

Kalau ditanya tak penat ke belajar? Jujurnya aku tak rasa aku layak nak penat. Aku datang ke sini memang semata-mata untuk belajar. Bukan aku ada kerja lain nak buat selain kerja rumah yang dibahagi dua dengan Alam.

Jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku meneguk air mineral di dalam botol sambil menulis beberapa butiran maklumat sebagai latihan.

Pap!

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now