Bab 20

5.7K 736 23
                                    

First of all thank you for the 10K 😭🌻 SAYANG KORANG 😭💕

Second of all, sorry 😭 salah bajet ingatkan lama lagi 10K tetiba terkena dekat chapter ni pula...

Kosong.

Satu patah perkataan ini sahaja yang tepat menggambarkan keadaan Alam sekarang. Seperti aku tak wujud dalam dunianya. Alam tak mahu bangun daripada katil Granie. Dia terjaga kemudian tidur semula. Bagai orang yang lumpuh. Sedangkan segelas airpun tidak diteguk, apatah lagi hendak bangun solat. Aku kejut dia setiap waktu solat. Aku ingatkan dia untuk makan. Aku masak bubur untuk dia tetapi sesudupun tidak diusik.

Malam semalam, Alam meracau mencari Mama, Papa dan Granie. Sudah masuk dua hari dia begitu. Alam Uzayr aku hilang. Jiwanya seperti pergi bersama Granie.

Sungguh, berat bagi aku. Selama ini aku bersandar pada Alam Uzayr tanpa aku tahu dia juga retak dan rapuh.

"Alam, Embun balik Glasgow kejap tau nak ambil baju kita. Alam makan ya? Ada bubur dekat meja tepi tu. Satu sudupun jadilah." Aku risau sebenarnya nak tinggalkan Alam sendirian.

Mag tiada kerana dia perlu melapor kembali kepada agensinya. Dia jururawat peribadi jadi tugasnya sudah dikira tamat.

Aku perlu pulang ke Glasgow kerana baju yang ada dalam kereta cuma sepasang.

Alam tidak menjawab. Matanya tertutup rapat. Dia masih tidur. Aku tak pasti dia dengar aku ataupun tidak. Wajahnya nampak tenang tapi jiwanya kacau.

Sebelum Mag pulang hari itu, dia ada beritahu. Sewaktu setahun Alam di sini, pernah beberapa kali episod seperti ini berlaku tapi setiapnya dapat dikembalikan dengan pai epal Granie. Alam juga ada membuat sesi kaunseling di sini. Mag cadangkan aku untuk membuat temujanji dengan kaunselor itu.

Sedangkan bangun mandipun Alam tidak mahu, apatah lagi nak diangkut berjumpa kaunseling.

Dahi Alam yang panas kukucup. Izinkan Embun keluar ya?

Terus aku memandu pulang ke Glasgow.

Pintu apartment kubuka perlahan. Sunyi rasanya. Aku terpandang sofa. Terasa macam aku terlihat Alam baring di atas peha aku sambil aku membebel tentang sistem saraf. Gelak tawa Alam dan usikannya di dapur... Baru dua hari berlalu aku sudah rindu.

Pintu bilik tidur kupulas. Katil sudah berganti dengan cadar dan selimut baharu. Aku tahan air mata ini daripada mengalir. Alam sangat lembut dengan aku. Dia akan sentuh aku seperti aku ini sekuntum bunga yang rapuh. Sangat cermat dan penuh dengan kasih sayang. Bila dia tolak aku daripada halang dia membuat CPR pada Granie, sungguh aku tersentak. Tapi aku faham. Dia tidak mampu mengawal emosinya seperti aku dahulu di rumah bujangnya pada hari pernikahan kami.

Dua sejadah biru yang tersidai kemas itu membuat aku jadi hiba. Kalau aku tahu Subuh itu akan menjadi solat jemaah terakhir kami untuk sementara waktu, aku tak akan mengada liat bangun biar masaku bersamanya menghadap Ilahi lebih panjang dan lama.

Allah... Aku rindu Alam Uzayr. Pulangkan jiwanya yang hilang ya Allah... Aku takut kehilangan dia...

Tiba-tiba nafasku menjadi pendek. Terasa dada ini dihempap dengan batu besar. Begitu sesak.

Kenapa sekarang kau nak muncul?!

Aku gagahkan diri membuka laci di tepi tempat tidur aku. Menggagau tangan ini mencari ubat. Aku tak boleh lemah. Aku tak boleh kalah sekarang. Alam perlukan aku. Alam selalu ada untuk aku kenapa waktu dia perlu aku jadi lemah macam ni?

Dua biji pil aku telan bersama tegukan air mineral.

Aku tak boleh bergerak sekarang ini. Aku hanya akan membahayakan diri aku sendiri. Dalam keadaan berpeluk tubuh dan merengkok seperti posisi fetus, aku baring di atas lantai untuk mengambil masa supaya aku boleh bertenang.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now