Bab 5

6.9K 757 42
                                    

Long double shot because I sendiri tak boleh tunggu esok ahahahaha

Bonda masuk ke bilik aku.

Aku tahu bunyinya mengejutkan. Aku sendiri terkejut dengan ketukan pintu di pagi hari itu.

Bonda masuk bersama tiga orang pembantu rumah yang membawa baju, kasut dan veil berwarna putih untuk majlis akad nikah aku pada pukul 11 nanti.

"Anak Bonda dah besar. Sekejap lagi dah nak jadi isteri orang." Rambut aku dibelai dengan lembut. Bonda tersenyum manis kepadaku.

Sehinggalah aku membuka mata.

Tak guna, itu semua cuma mimpi.

Hari ini aku akan diijabkabulkan dengan lelaki yang aku anggap sebagai pengawal peribadi aku.

Setelah mandi, rambut kusisir rapi. Baju, selendang, kasut dan veil semuanya sudah disediakan semalam.

Seseorang mengetuk pintu bilik aku. Lalu kuarahkan dia masuk. Jurusolek kecil molek bersama kotak solekan besar masuk ke bilik aku.

"Aku taknak make up. Kau boleh keluar." Mengarut apa nak suruh aku bersolek?

"Tapi cik..." Jurusolek itu dalam keadaan serba salah.

"I will pay you whatever amount, just leave. NOW." Pagi-pagi sudah mematikan mood aku.

"Masuk. Look presentable please Embun. Go for natural look. Takkan nak nikah dengan eyebags sekilo tu? Apa orang kata nanti?" Suara Bonda memeranjatkan aku.

Aku akur sahaja dengan arahan Bonda. Kubiarkan wajahku dirias dengan entah apa jenis cecairpun aku tak tahu. Sejuk tangan jurusolek itu. Mungkin dia rasa seram. Mungkin dia sedang ketakutan.

"Bonda dah send senarai tetamu penting also list of Alam's family. Greet semua orang yang ada dalam senarai ni." Ujar Bonda sambil duduk di birai katil aku.

Telefon aku bergetar tanda ada notifikasi baharu.

"Thanks Embun. This wedding akan kukuhkan lagi Nadir Group dan kedudukan Ayah. You made a good call untuk percepatkan lagi perkahwinan Embun dan Alam." Bahu aku ditepuk Bonda sebelum dia beredar.

Aku keliru dengan maksud Bonda. Apa maksud percepatkan lagi perkahwinan? Apa maksud aku kukuhkan Kumpulan Nadir? This wedding is supposed to be my rebel! This wedding is supposed to wreak them!

Senarai yang Bonda hantar kubuka. Setelah aku siap disolek dan dipakaikan tudung. Tertutup sempurna rambutku padahal esok aku akan bercucuk sanggul. Dasar hipokrit.

Aku terus pergi ke bahagian keluarga Alam Uzayr. Abang sulungnya berpangkat Dato'. Kakak nombor dua Datin Sri. Ahli keluarga lain semuanya orang korporat yang aku tak pernah jumpa dan tak pernah hiraukan.

Great. Aku ingat dengan Alam aku boleh lari daripada hidup orang kaya yang penuh kepura-puraan.

Terus aku cari nama abang sulung Alam di enjin carian Google. Dia pengarah Awira Construction Berhad. Salah satu syarikat yang memegang tender pembinaan hospital. Abangnya mengambil alih kedudukan ayah Alam sebagai pengarah sejak lima tahun yang lalu..

Patutlah perkahwinan ini tidak dibantah oleh sesiapa. Mungkin juga perkahwinan ini sudah dirancang tapi aku yang mempercepatkan. Lima tahun lagi mungkin? Selepas aku tamat belajar di Glasgow.

Jurusolek itu puas dengan hasil kerjanya. Tersenyum lebar dia. Aku melihat jam. Ada lagi dua jam sebelum aku sepatutnya dibawa oleh pemandu Bonda ke Masjid Besi untuk dinikahkan.

Beg tangan yang aku letak di rak terus aku capai. Di dalamnya ada kunci kereta dan dompet aku. Telefon bimbit aku tinggalkan sahaja. Terus aku keluar tanpa sebarang kata meninggalkan jurusolek itu terpinga-pinga.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now