Bab 31

5.8K 641 24
                                    

Seorang professor membuka slaid pembentangan ringkas yang diperoleh daripada data Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Novel Virus Nekoma-6 (NekoV-6)

Sejenis virus baharu daripada keluarga Nekoma. Jenis virus ini asalnya hanya ditemui pada haiwan jalanan terbiar seperti kucing dan anjing yang berada di tempat-tempat kotor. Virus daripada keluarga ini tidak pernah menjangkiti manusia. Menurut sumber, virus ini dikesan bermula di pasar dan gerai yang menyediakan makanan eksotik termasuklah hidangan daging kucing dan anjing.

Punyalah banyak makanan dalam dunia ni, kucing dan anjing juga mereka mahu telan. Entah apa yang ada dalam kepala mereka. Ini salah satu hikmah Islam menganjurkan konsep halalan toyyibah. Bukan sekadar makanan yang boleh dimakan tetapi juga bersih dan baik.

Kes pertama jangkitan dilaporkan di sebuah kepulauan di Asia Pasifik. Menurut data, ada tujuh buah negara lagi yang sedang berhadapan dengan wabak ini tetapi masih belum diisytiharkan sebagai pandemic. Jumlah jangkitan dan kematian di kepulauan kecil itu agak tinggi. Jumlah kematiannya mencecah 5 ribu orang. Jumlah jangkitan yang dilaporkan hanya 12 ribu daripada 5.2 juta pendiduk. Angkanya mungkin lebih besar daripada jumlah yang dinyatakan.

Jumlah kematian yang tinggi itu mungkin disebabkan oleh virus yang agresif ataupun ketidakmampuan negara tersebut untuk merawat rakyatnya.

Simptom awal NekoV-6:
-Demam
-Hidung berair
-Muntah
-Hilang selera makan

Simptom lanjut NekoV-6
-Sesak nafas
-Anemia

Tidak semua simptom perlu ada. Agak payah untuk diuji secara fizikal sahaja kerana simptomnya sama seperti demam panas.

Kebarangkalian kluster pertama di Malaysia adalah Kluster Makan Malam Amal. Kluster ini melibatkan 15 pusat kebajikan seluruh negara. Pemberi sumbangan utama dikatakan baru pulang daripada kepulauan tersebut sehari sebelum menghadiri program tersebut. Beliau telah bersalam dengan semua kanak-kanak dan beberapa orang kenamaan serta guru lelaki di majlis itu. Tapi tidak dinafikan juga mungkin mereka hanya keracunan makanan kerana saringan penuh belum dilakukan.

Kanak-kanak pusat kebajikan ini mula menunjukkan simptom pada hari ketiga dan keempat. Tempoh inkubasi virus ini adalah selama 7 hari. Tempoh ini agak pendek. Kebiasaannya pesakit akan menunjukkan tanda-tanda awal dalam tempoh ini. Kemudian barulah ia akan menjadi lebih teruk.

Amaran sudah dihantar ke Majlis Keselamatan Negara agar mereka dapat membuat tindakan lanjut dengan segera bagi mengekang wabak ini daripada terus menular.

Ya Allah... Tabahkanlah hati aku. Sekarang bukan hanya Alam Uzayr yang aku dan para pegawai perubatan lain perlu jaga tetapi puluhan kanak-kanak yang berjangkit. Jangan Kaucecahkan ratus apatah lagi ribu kes.

Atas arahan pengarah hospital, dimasukkan bersama staf perubatan yang akan menjadi barisan pertama untuk merawat pesakit virus ini. Walaupun aku baru sahaja memasuki latihan klinikal tetapi, mereka semua sedia maklum tentang gred aku yang tinggi dalam peperiksaan dan amali. Jadi mereka tiada isu untuk membenarkan aku masuk sekali.

Pada saat-saat ini, aku berterima kasih pada Allah kerana mengurniakan Prof. Emeritus Alam Uzayr yang sentiasa bersemangat untuk melonjakkan prestasi kami berdua. Mungkin orang lain seperti Cempaka tak akan faham definisi keseronokan aku dan Alam. Melihat nota tulisan tangannya, aku bahagia. Mendengar suaraku membaca nota tersebut, dia bahagia. Definisi kebahagiaan manusia itu berbeza. Mungkin bagi orang, kami membosankan tapi biarlah asal kami bahagia pada nikmat yang sama, biarlah apa orang kata.

Aku masuk ke dalam Bahagian Dikontiminasi untuk memakai sut perlindungan peribadi PPE. Semua wajib mandi terlebih dahulu sebelum mengenakan sut itu. Selesai membersihkan diri, aku memakai baju scrub biru dengan tudung ke dalam. Tangan kucuci bersih dengan sabun dan air. Ia jauh lebih selamat dan berkesan daripada cecair pembasmi kuman.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now