Bab 8

7K 796 51
                                    

"Jom solat Asar." Tiga patah perkataan yang keluar daripada mulut Alam membuatkan aku keras kejung.

Satu, aku tak ada telekung.
Dua, aku dah lama tak solat walaupun aku tak pernah datang haid.
Tiga, aku ingat-ingat lupa bacaan dan cara berwuduk.

"Tak ada telekung." Aku memberi alasan.

"Jom Alam tunjuk something." Dia membawa aku ke meja tempat hantaran disusun.

Lima hantaran untuk aku dibuka satu per satu.

Kotak pertama, telekung berwarna putih.

Kotak kedua, Al-Quran terjemahan.

Kotak ketiga, serbuk teh blackcurrant kegemaran aku.

Kotak keempat, kad bank.

Kotak kelima, segugus kunci yang kelihatan seperti kunci grill.

"Alam tak tahu nak bagi hantaran apa. Kad bank tu nanti Alam bank in nafkah dengan belanja Embun beli la apa yang Embun suka. Kunci ni surprise nanti sampai masanya Embun tahulah tu kunci apa. Serbuk teh blackcurrant tu sebab favourite Embun." Alam tersenyum melihat hadiah hantarannya kepadaku.

Sekarang aku rasa teruk sebab aku tak tahu apa yang ada dalam kotak hantarannya.

"And here you go. Sekarang Embun dah ada telekung!" Dia ambil telekung yang berlipat kemas lalu meletakkannya di tanganku. Telekung itu datang dengan set sejadah berwarna biru gelap.

"Aku dah lama tak solat."Aku jujur sahaja. Apa yang hendak diselindung?

"Jadi berapa lama lagi Embun nak tunggu untuk mula solat?"

"I don't know. Bila hidayah datang?" Telekung itu aku letak semula di atas meja kemudian aku berpaling.

"Embun pertikaikan di mana Tuhan waktu Embun susah. Tapi pernah ke Embun cuba cari? How can you feel the presence of God when you are straying away from Him? Hidayah tak datang kepada orang yang tak mencarinya, Embun." Sumpah, ayat yang baru sahaja keluar daripada mulut Alam Uzayr sangat makan dalam.

Aku berpusing kembali.

"Aku tak ingat bacaan." Aku menunduk sambil menekur lantai.

"Nanti kita buat la revision balik. Bacaan tu ada somewhere in your memory. Look Embun, Alam tak minta banyakpun. Solat. Tu je. I am a lost boy too remember? Alam tak mampu nak guide Embun sebab Alam sendiri masih tak betul. But the journey will be less lonely kalau ada kawan. Tentang ibadah lain, macam aurat, puasa, baca AlQuran apa semua tu, terpulang pada Embun. Alam takkan paksa. Alam akan doakan je." Alam memandang tepat ke anak mataku.

Tangan kanan aku ditarik lembut supaya mengikutinya. Dia membawa aku ke tandas.

"Observe carefully. Jangan lupa niat sahaja aku mengambil wuduk kerana Allah taala dalam hati waktu cuci muka." Alam mula mengambil wuduk dengan cermat.

Habis sahaja mengambil wuduk, dia berdoa. Kadang, bila aku dengar doa dalam Bahasa Arab aku rasa macam orang tengah baca jampi panjang sebab aku tak faham. Samalah macam bacaan solat. Tak ubah seperti baca jampi Harry Potter sebab aku tak faham.

"Kau faham ke apa yang kau baca tadi?" Aku bertanya pada Alam Uzayr. Logiknya, bahasa kedua diapun bukan Bahasa Arab.

"Why would I recite something that I don't understand? Apa benda pertama Embun buat kalau dapat teks Bahasa Jepun?" Dia kembalikan soalan kepadaku.

"Translate it." Jawabku.

"Cukup ke terjemah je?" Dia bertanya lagi.

"Cari orang yang fluent in Japanese ataupun memang native speaker so that dia boleh terangkan lebih lanjut kalau ada yang tak faham or missing in translation..." Jawabku lagi.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now