Bab 30

5.6K 620 21
                                    

Nikmat perkahwinan itu, apabila celik mata sahaja wajah kesayangan jiwa berada di hadapan mata. Menerima cinta seorang Alam Uzayr ini memang nikmat terbesar dalam hidup aku.

Rambutnya yang sudah sedikit panjang aku selak daripada menutupi matanya. Wajah Alam lebih tenang. Aku rasa ada sesuatu yang berlaku pada Alam semalam sampai dia tidak mahu bercakap.

Sebelum tidur, kami sudah bersihkan kaca gelas dan botol yang pecah bersama-sama. Bimbang juga kalau terpijak kaca pagi-pagi buta.

Perlahan-lahan aku turun daripada katil. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Aku terus memberus gigi dan mencuci muka terlebih dahulu sebelum ke dapur.

Secermat mungkin aku menjalankan misi. Aku ada satu jam sebelum Alam bangun.

Sambil memukul adunan, aku terfikir kata-kata Alam semalam. Kalau aku nak anak, aku kena berhenti kerja dan susukan bayi itu. Sama macam dia taknak kahwin lain, aku juga tak mahu berhenti kerja.

Pelik la Alam ni. Biasanya bukan ke lelaki selalu berangan nak tambah cawangan? Aku dah bagi lampu hijau kot. Aku rasa bersalah pula sebab pukul rata semua lelaki sama. Aku tak sangka pula memang ada lelaki yang benar-benar sayangkan isterinya kerana diri isteri itu sendiri tanpa mengharap sumber kebahgiaan lain. Sebenarnya, aku takut. Aku lagi rela bermadu daripada dicerai seperti bekas kakak ipar pertama aku yang juga senasib dengan aku.

Benarlah, Allah menguji manusia mengikut kemampuannya. Aku tak rasa aku mampu untuk tanggung sakitnya kalau Allah takdirkan aku mendapat suami seperti abang aku sendiri. Bekas kakak ipar aku itu dengar cerita daripada Bonda, dia tidak berkahwin lain tetapi dia mengambil anak angkat perempuan. Kalau tidak kerana bercerai dengan Abang, dia tidak akan bertemu dengan anaknya itu. Ada hikmah di sebalik kejadian.

Pantas tangan aku bergerak. Kalau asyik mengelamun sahaja, apapun tidak akan jadi.

Selesai semuanya, aku terus mandi. Minyak wangi dengan bauan kegemaran Alam aku calitkan di pangkal leher, pelipat lengan dan pergelangan tangan. Gaun putih kusarung. Rambut kubiarkan terurai dan diserikan lagi dengan flower crown baby's breath.

Beriya betul ni.

Tema subuh ini: Morning Angel!

Aku duduk di birai katil sebelah Alam Uzayr.

"Happy 26 sayangku. Bangun subuh cepat." Aku berbisik ke telinganya.

Tak semena-mena aku ditarik dalam dakapannya.

"Alam jangan pelik-pelik nak subuh dah ni." Aku cuba menjarakkan sedikit pelukannya.

"Dahtu kenapa kejut macam taknak bagi orang solat Subuh ni?" Dia belum lagi membuka matanya.

"Dahla cepat bangun. Kena cepat-cepat nanti lambat." Aku tak boleh biar Alam lengahkan masa nanti tak sempat.

"Good morning my pontianak." Dia tersengih.

Banyak punya lawa macam ni, pontianak dipanggilnya?! Tapi logik juga. Maya Karin lawa apa?

"Banyaklah Alam punya pontianak." Aku memukulnya berkali-kali supaya dia bangun.

"Sayang, does it hurt when you fall from heaven?" Boleh pula si Alam ni bagi pickup line.

"Pontianak falls from tree je takde heaven. Dah, bangun. Jom jemaah." Aku golek-golekkan Alam.

Nak balas dendam gulung dia dengan comforter macam dia buat dekat Glasgow dulu aku tak cukup kuat.

Alam akhirnya bangun juga.

Selepas subuh, Alam bersiap untuk ke hospital. Aku cuti pada hari ini. Dalam tempoh seminggu, kami akan mendapat satu hari cuti. Susahlah nak jumpa, jadualpun tak sama.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now