Bab 23

5.8K 668 27
                                    

Hari ini, giliran aku untuk membuat pembentangan penyakit saraf iaitu penyakit Alzheimer. Pemacu kilat USB aku masukkan ke dalam beg bersama dengan Macbook. Aku sudah buat beberapa salinan lembut. Aku hantar ke e-mel aku dan e-mel Alam sekali. Kalau apa-apa jadi tak adalah aku gelabah ayam.

Aku naik ke atas pentas kecil untuk memulakan pembentangan. Aku gementar sebenarnya. Selagi boleh memang aku akan mengelak daripada bercakap di khalayak ramai seperti ini. Aku gementar dan mungkin juga takut. Masalahnya, aku tak tahu apa yang aku takutkan. Aku cuma rasa tak selesa diperhatikan banyak pasang mata dalam dewan kuliah ini.

Darah gemuruh mula naik. Aku terasa bagai hendak muntah. Tangan aku jadi sejuk dan menggeletar tiba-tiba.

Okay Embun, tenang... Kita dah berlatih slaid ni banyak kali. Segalanya sudah selamat dihafal dalam kepala. Simulasi pembentangan sudah diulang banyak kali bersama Alam. Tak ada bezanya dewan kuliah ni dengan apartment.

Pemacu kilat USB aku cucuk pada komputer untuk membuka slaid.

Apabila aku mengangkat kepala untuk berdiri di posisi bagi memulakan pembentangan, rerama di dalam perut aku mengepak laju menyebabkan aku terasa mual.

Aku menutup mata kemudian menarik nafas dalam dan tahan selama empat saat lalu aku lepaskan dalam masa 4 saat. Aku ulang beberapa kali supaya jantung aku boleh mendapat rentak yang lebih tenang.

Apabila aku menghadap ke arah rakan sekelasku, aku terpandang Alam yang sedang mengangkat tangannya. Alam seperti mengisyaratkan bahawa kalau aku gementar, pandang sahaja ke arahnya seperti aku hanya perlu menerangkan kepada Alam.

Senyumannya sahaja sudah cukup untuk menghilangkan rasa gelisah ini. Aku tak tahu apa yang aku takutkan sebenarnya. Bak kata Alam, bukan ada orang yang akan baling tomato busuk dekat akupun.

Dengan lafaz basamalah yang perlahan, aku anggap cuma aku dan Alam sahaja yang berada dalam dewan itu. Terus aku membentangkan tentang penyakit Alzheimer yang telah aku sediakan. Beberapa soalan diajukan kepadaku dan aku jawab kembali dengan mudah. Betul cakap Alam. Lagi banyak kita bersedia, lagi mudah untuk kita membentang.

Walaupun gaya pembentangan aku terasa kekok tetapi itu sudah dikira satu kejayaan besar.

"Good job, Embun! I am so proud of you." Alam mengangkat tapak tangannya.

Hi five!

"Tapi ada yang tersasul rasa keras kejung dengan bahasa macam apa je." Ada beberapa perkara yang aku kesalkan.

"Okay la tu. You speak fluent English walaupun tak ada accent. Clear. Gempaklah Embun boleh jawab soalan yang ditembak." Alam cuba melegakan aku.

"Hei Embun good job!" Mia datang sekali bersama Joshua.

"Hebatlah Embun. I rasa macam nak claim you orang Malaysia." Joshua menambah pujian.

"I am Malaysian." Aku ketawa mendengar pujian Joshua.

Aku faham apa maksudnya. Ala macam orang nak bangga "Tu ha tu dia tu orang kampung aku."

"Eh, jom discuss our community project. I secure tempat dekat McMillan you guys solat dulu." Joshua melihat jamnya.

Bagus Joshua ni, dia begitu memahami norma kami.

Selesai solat, Alam menunggu aku dan Mia sebelum kami sama-sama ke McMillan Round Reading Room. Tempat pelajar di sini melalukan perbincangan berkumpulan.

Kami terus duduk di sekeliling meja yang telah dijaga oleh Joshua.

Kisahnya, kami berempat ada dalam satu kumpulan. Untuk aktiviti ko-kurikulum, kami perlu membuat kerja amal yang mudah seperti mengutip sampah atau melawat rumah kebajikan kemudian sediakan satu laporan ringkas.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now