Bab 33

5.2K 623 32
                                    

"Jap, jap. Sebelum masuk kita kena decide nickname dulu. Biar senang budak-budak tu nak panggil kita." Cadang Joshua.

"Okay gak tu." Alam menyambut baik cadangan itu.

"Ibu." Aku sudah memilih nama samaranku.

"Abi." Tanpa menunggu lama, Alam memilih panggilannya.

"Apa niii dah tu aku ni apa?" Joshua tak berpuas hati.

"Uncle Josh." Serentak pula cadangan aku dan Alam.

"No way. Aku abang la muda lagi kot. You tengah mengandung ke Embun pilih panggilan parent?" Joshua yang tidak tahu menahu bertanya.

"I tak boleh mengandung. Masa ni je la nak merasa ada anak kan Alam kan?" Aku membuka rahsia yang sudah lama aku simpan daripada orang lain.

"Guys sorry... I tak tahu... So all this while my joke was really inappropriate." Cuak mukanya.

"Tak apalah. Hal kecil je." Aku tidak mahu Joshua dihambat rasa bersalah.

Akupun perlulah menerima hakikat itu supaya orang lain tidak boleh gunakannya untuk menyakiti aku.

"You did great sayang." Puji Alam yang bangga dengan aku yang semakin matang.

"Main sayang-sayang pula. Please dahnak masuk tahun keenam I cakap. Hormat sikit orang single ni." Joshua menggeleng kepala. Tidak sangka pasangan bahagia itu rupanya diuji.

Bismillahirrahmanirrahim...
Aku membuka pintu wad 12 katil yang dipenuhi oleh anak-anak dalam lingkungan usia lima ke tujuh tahun. Troli ubat dan jarum untuk mengambil sample darah dipegang oleh Joshua yang berada di belakang sekali.

Dalam 12 orang ini, mereka semua mengalami demam dan ada tiga orang yang muntah-muntah. Dua orang jururawat yang menjaga mereka memang tidak keluar daripada wad. Anak-anak ni bukan pandai nak urus diri kalau dah muntah.

Ada antara mereka kematian ibu bapa, ada anak yang tidak mampu untuk ditanggung kerana kedaifan hidup dan ada juga anak-anak luar nikah yang tidak dijaga oleh ibu sendiri. Anak-anak yang tak mengerti apa-apa ini berkongsi kasih di rumah kebajikan.

Aku tak mahu menakutkan anak-anak ini. Sudah satu malam mereka di sini. Aku tahu ramai kanak-kanak yang gerun dengan hospital.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Makanan tengah hari mereka akan sampai sekejap lagi. Eloklah begitu. Barulah boleh beri ubat dan ambil darah.

Semua anak-anak duduk di katil masing-masing dengan wajah melepek lemah.

Kami sudah siap membahagi. Seorang akan menjaga empat orang pesakit cilik.

Apabila makanan sampai, aku terus membantu staf dapur menghidangkan bubur ayam.

"Assalamualaikum sayang ibu." Aku berbisik pada kanak-kanak lelaki yang bernama Kamil yang berusia tujuh tahun.

Perlahan-lahan Kamil membuka matanya.

"Jom makan dulu. Kamil kuat tak ni? Boleh makan sendiri? Ibu nak tengok Kamil makan." Aku membantu Kamil duduk untuk makan tengah hari. Meja makan aku dekatkan pada Kamil.

"Ibu?" Mata Kamil memansang aku dengan pandangan yang keliru.

"Ibu, Abi dengan Abang Josh akan jaga semua dalam bilik ni sampai sembuh, in-sha-Allah." Aku mengusap rambutnya.

"Kalau macam tu Kamil taknak sihat. Kamil rindu ibu." Kamil terus memeluk aku.

Allah... Mungkin dia betul-betul ingat aku ibunya kerana aku menutup wajahku jadi dia ingatkan aku ibunya yang sebenar atau mungkin, dia hanya rindu.

"Kalau Kamil tak sihat macam mana nak main dengan ibu dan kawan-kawan? Kamil makan dulu ya?" Aku mengambil mangkuk berisi bubur nasi yang diletakkan isi ayam carik. Dua sudu aku suapkan ke mulutnya kemudian aku serahkan sudu padanya.

Dia mula makan sendiri.

Aku beralih pula ke katil sebelah. Dia sudah bangun untuk makan. Anak montel berusia enam tahun itu bernama Puteri.

"Assalamualaikum Puteri sayang." Aku menegurnya.

"Storm trooper?" Terlepas sudu yang dipegangnya.

Aku tidak dapat menahan ketawa. Pintar budak ni.

"Taklah, ni ibu. Mulai hari ni, Ibu, Abi dan Abang Josh akan jaga semua sampai sihat. Puteri dah baik demam?" Aku bertanya.

"Dah! Puteri kuat tau ibu." Dia menyuap makanan lagi.

Seronok lihat dia begitu bersemangat.

Seorang demi seorang kupujuk makan. Begitu juga Alam dan Joshua. Kami semua memperkenalkan diri kepada semua anak-anak wad yang kami sendiri beri nama wad pelangi.

Paling kecil berusia lima tahun. Ilham namanya. Baru lima tahun usianya tetapi pelbagai dugaan telah dia hadapi. Aku tak tahu  bagaimana dia boleh berada di rumah kebajikan ini tetapi aku yakin ia bukanlah satu cerita yang menyenangkan. Sadis lagi bila aku terpandang kesan parut melecur di belakang badannya serta kesan birat rotan di kakinya. Anak ini pasti pernah menjadi mangsa dera.

Nina yang paling besar. Lapan tahun usianya. Begitu pendiam. Sepuluh patah ditanya, sepatahpun tidak dijawab.

Bermacam karakter anak-anak di wad pelangi ini.

Aku perhatikan Alam menyuap Ilham makan bubur. Lembik sahaja anak itu namun Alam tetap tak putus asa untuk menyuapkan bubur walaupun cuma satu suap lagi.

Ada anak yang boleh makan sendiri, ada anak yang perlu dibantu sesuap dua baru boleh berdikari dan ada juga anak yang perlu disuap secara berterusan.

Joshua juga tak menang tangan dengan lawak jenakanya menghiburkan anak-anak supaya mereka mahu makan dan minum.

Aku rasa aku baru sedar sesuatu bila berada dalam posisi aku sebagai 'ibu bapa' kepada anak-anak ini.

Sebenarnya, ibu ayah tak memilih kasih. Anak yang selalu terasa bagai disisih kerana perhatian tercurah pada adik-beradik lain ialah anak yang paling disenangi ibu dan ayah kerana dia dilihat paling mampu untuk berdikari. Dia pemudah urusan ayah dan ibu. Memiliki anak yang boleh berdikari di mata mereka adalah satu rahmat. Cuma kadang mereka terlupa, berdikari macam manapun seorang anak, jiwanya tetap perlukan sentuhan kasih ayah dan ibu.

Anak yang paling mendapat perhatian ialah anak yang ibu ayah tak yakin akan dapat teruskan hidup sendiri andai ditakdirkan nyawa mereka pendek jadi tumpuan diberikan supaya anak itu dapat mempelajari kemahiran untuk hidup dengan dorongan ibu ayah cuma masalahnya perkara itu mungkin menyebabkan anak tersebut terlalu bergantung.

Tugas menjadi ibu bapa ini tidak mudah. Selagi kau belum berada pada posisi mereka, memang kau tak akan faham keadaan sebenarnya.

Mengalas tugas keibubapaan wajib dengan ilmu. Tanpa ilmu keibubapaan, sukarlah untuk membina sebuah keluarga yang harmoni.

"Ibu, Kamil dah siap." Laungnya daripada katil.

Aku terus pergi kepada Kamil.

Ada juga anak seperti Kamil yamg pandai meminta perhatian. Tidak dinafikan juga anak seperti Nina yang lebih kuat memendam. Setiapnya ada seni tersendiri untuk memastikan semua mendapat perhatian selayaknya.

Anak-anak dalam usia mereka ini memamg sedang menagih perhatian. Pasti sukar untuk penjaga pusat kebajikan ini menjaga hati semua penghuni ciliknya.

"Lepas habis makan buat apa?" Aku bertanya.

"Baca doa lepas makan." Kamil teus membaca doa itu. Doa selepas makan terus dibaca. Kamil ini anak yang pintar.

Apabila semua sudah kukira siap, cabaran sebenar bermula di sini. Beri mereka makan ubat dan mengambila darah.

Ya Allah permudahkanlah hari-hari yanga akan datang.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now