Bab 39

5.3K 594 15
                                    

Rasa tajam mencucuk pada perut aku diamkan sahaja.  Kalau dilihat pada tarikh, minggu depan biasanya aku akan diserang senggugut teruk. Aku menarik nafas dalam. Empat saat tahan, empat saat lepas. Ulang sehingga rasa lebih tenang. Aku taknak terlalu bergantung pada ubat. Selagi boleh tahan, aku akan tahan dahulu.

Hari ini, hari penting kerana esok, kami akan mulakan jelajah derma darah.  Sejak pagi tadi, semua orang kebuntuan kerana stok beg darah dan kotak simpanan masih belum tiba. Respond yang kami terima agak tinggi. Rugi jika tdak dimanfaatkan sepenuhnya.

"Dr. Embun, sekejap lagi ada doktor daripada RMC akan telefon. Regarding the blood donation." Seorang staf bank darah memberitahu aku.

Elok sahaja dia habis bercakap, telefon aku terus berbunyi. Suara doktor perempuan menyapa telingaku. Katanya, dia akan ke Hospital Nadir untuk berbincang perkara ini secara berdepan kerana tidak boleh ada sedikitpun salah faham melalui telefon kerana hal ini akan melibatkan banyak nyawa. Seram pula aku mendengarnya. 

"Kita akan collab dengan RMC untuk kempen ni. Sekejap lagi doktor dari sana akan datang." Aku memberitahu Alam dan Joshua supaya bersedia.

Alam meletakkan tangannya ke dahi aku.

"Apa ni?" Pantas aku mengelak.

"You look pale. Embun sakit ke?" Jelas riak kerisauan di wajah Alam.

"Mana ada, Embun tak make up hari ni." Memang biasanya aku akan kenakan solekan yang nipis. Sekadar bedak, lipbalm dan pemerah pipi tetapi tidak sempat pagi tadi.

Aku terus berpura-pura sibuk membuat kerja lain. Alam ni bukan boleh kira. Dulu masa belajar, setiap bulan diusung aku ke klinik untuk dapatkan MC. Langsung tak dibagi walaupun baca buku apatah lagi jejakkan kaki ke kelas. Nasib baik ada staf yang memanggil Alam jadi tak perlulah aku terus mengelak.  

Lebih kurang satu jam selepas aku ditelefon, doktor itu mengatakan bahawa dia sudah tiba. Aku, Alam dan Joshua tiga-tiga pergi untuk bermesyuarat dengannya.

Kami berjanji untuk berjumpa di ruang lobi bank darah.

Ada seorang wanita bertudung tinggi lampai masuk. Wajah pan asianya langsung tiada rupa Melayu. Tetapi nama yang diperkenalkan kepada aku, nama melayu.

"Assalamualaikum Dr. Hana. Saya Embun Anggerik yang berhubung dengan doktor tadi. This is Alam Uzayr and Joshua." Aku terus menyapanya mesra sambil memperkenalkan kami bertiga. 

Doktor itu memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Hana daripada Royal Medical Centre, sebuah hospital separa tentera. Mesti dia ni seorang doktor yang hebat. Bukan calang-calang doktor boleh merawat di situ. Tapisannya amat ketat. Hospital itu juga ada satu badan yang dipanggil Royal Medical Care; sebuah badan yang menguruskan kerja-kerja sukarelawan perubatan.

"Waalaikumussalam, don't be shy to use the 'doctor' title honey. You deserve it." Dia tersenyum kepadaku. Ya Allah aku tak pernah insecure dengan perempuan cantik tapi Dr. Hana ni memang sungguh-sungguh cantik. Bijak pula tu. 

Tapi semua tu tak penting. Aku tolak tepi dahulu. Sekarang ini kami berurusan melibatkan nyawa manusia. Dr. Hana sudah menerangkan kepadaku bahawa RMC akan menghantar pasukan perubatan yang dibantu oleh armada laut ke Pelabuhan Klang. Mereka akan menguruskan sebuah kapal persiaran mewah yang akan berlabuh. Sudah ada kes positif dalam kapal itu jadi ia dikenali sebagai Kluster Kapal. 

Aku yang duduk hopital ni pun dah tak tentu arah, lagi nak masuk bertapa dalam kapal yang dikuarantin dengan peralatan perubatan yang tidak lengkap. Seram mendengarnya. Aku tak cukup kuat untuk semua itu.

"Macam yang Dr. Hana sedia maklum, kami ada buat jaringan dengan majlis perwakilan mahasiswa tiga buah universiti awam dan enam buah universiti swasta untuk program derma darah. Kalau ikutkan anggaran kasar yang isi google form setakat ni, kita boleh dapat lebih kurang 200 pint darah dalam satu hari. Cuma jenis darah tu tak tahu lagi. Masalah bank darah kami sekarang, beg darah kosong, label dan box yang dah order tak sampai lagi. Esok kami akan pakai stok yang tinggal ada dalam 500 beg je." Alam terus menghala  kepada perkara-perkara yang perlu dibincangkan kerana ketika ini, masa itu lebih berharga daripada emas permata dan seluruh isi dunia.

Doktor perempuan di hadapan mereka ini pasti sangat sibuk orangnya. Lihat sahaja lingkaran bawah matanya tapi dia tetap kelihatan berseri.

"Okay tak apa, bank darah RMC lebih besar, kami memang ada banyak beg kosong dan nanti saya bincang dengan staff sana kalau ada yang boleh volunteer bantu. Barang semua petang ni Insha-Allah saya akan usahakan." Dr. Hana bersyukur sangat kerana mereka tidak berkira untuk berkolaborasi. Kalau diikutkan, pusat darah negara sahaja yang wajib bahagikan darah kepada semua hospital.

"Besar sangat nilainya pada kami." Aku bersyukur sangat kerana serabut-serabt ayam daripada beberapa hari lepas sudah selesai.

"Boleh tak I nak seseorang update I personally tentang situasi dekat hospital? I memang dapat official stat tapi I tahu ia akan jadi lambat sebab terlalu banyak orang nak kena disampaikan sebelum sampai dekat telinga I. One PIC for me is much faster." Dr. Hana mempunyai buah fikiran yang sama denganku. Memang benar, lagi cepat informasi sampai, lebih bagus.

Johua menawarkan dirinya. Eleh, mentang-mentang doktor cantik,  nak try la tu. Kau tu doktor pelatih je Josh, carilah yang sekufu. 

Beberapa perkara lagi dibincangkan termasuklah pembahagian dan penghantaran bekalan darah. Joshua pula telah dilantik menjadi Person In Charge antara Dr. Hana di Kluster Kapal nanti dengan Hospital Nadir. Suka betul dia.

"Dr. Hana, you look like Dr. Violet that cool volunteer doctor, Islamic version of course." Joshua yang memang berminat dengan kerja-kerja sukarela ketika di Glasgow dahulu pernah sekali berjumpa dengan ikon muda doktor sukarelawan itu. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Violet Lim walaupun berbeza sekolah perubatan, dia tetap ikon ramai pelajar perubatan.

"So good to hear that name again. I am her by the way. Less cooler tho sebab dah settle down dengan abang tentera jadi tak boleh travel merata." Dr. Hana membongkar identitinya sambil ketawa.

Tidak sangka pula ada yang mengenalinya. Dia bukannya selebriti yang selalu muncul di kaca televisyen untuk dikenali umum. Terkejut bukan kepalang Joshua. Seperti patah hatipun ada juga. Teruskan menyingle la Josh. Dr. Hana dah kahwin dah. Melepas...

"Wah... that makes you even cooler. Husband and wife dua-dua wira negara." Aku jadi teruja mendengarnya. Dah macam cerita DOTS pun ada. Mesti hidup doktor ni macam dalam filem aksi. 

"Ye la, tahulah your husband baru HO first year." Alam Uzayr berpeluk tubuh. Pelik pula Dr. Hana mendengarnya.

"Abaikan dia ni doc, dia cemburu orang puji couple lain." Aku cuma tersengih. Alam cemburu ke tu? Alahai tua-tua nak cemburu. Buruk betul rupanya.

"They are husband and wife Dr. Hana. I stuck with them daripada zaman study dekat Glasgow lagi." Terang Joshua. Menyampah la tu. Tangan di bahu mata ke atas! Fasobrun Jameel, Josh. Sabar itu indah.

"You guys from Glasgow too? We should hang out together one day." Teruja pula Dr. Hana mendengar mereka juga datang daripada tempat belajarnya dahulu walaupun belajar di sekolah perubatan yang berbeza.

Walaupun ajakan itu mungkin sekadar ajak-ajak ayam sahaja, tapi tiga orang doktor pelatih ini sudah cukup kembang semangkuk. Terharu!

Petang itu juga bank darah RMC berkolaborasi dengan bank darah Hospital Nadir. Semoga semuanya baik-baik sahaja. 

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now