Bab 16

6K 668 25
                                    

Bangunan-bangunan kedai dan rumah cottage mula hilang daripada pandangan. Ia digantikan dengan pepohon yang daunnya mulai luruh di kiri dan kanan jalan. Jalan yang kami lalui pula semakin mengecil. Akhirnya kami berhenti di sebuah kawasan lapang.

Alam membawa aku melalui denai sehingga muncul sebuah kabin balak yang kecil di hadapan mata. Berhampiran dengan kabin balak itu ada sebatang sungai yang mengalir ke Loch Lomond.

Alam membawa aku ke pintu utama kabin balak itu. Rupa kuncinya sama dengan kunci yang ada dalam kotak hantaran aku. Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, aku membuka pintu itu.

"Tada! Our own secret place." Alam membawa aku masuk ke dalam kabin.

Hampir semua perabot di situ ditutup dengan kain bagi mengelakkan habuk.

"Beautiful." Aku mula menjelajah kawasan ruang tamu. Ada gambar lama dalam bingkai gambar di atas rak. Seorang lelaki Melayu dengan seorang wanita Scottish.

"Kabin kayu ni Atuk bina untuk Granie. Kira macam rumah pertama mereka sebelum balik ke Malaysia. Granie nak tinggal dekat sini bersama memori Atuk tapi Mama tak bagi. Iyalah jauh daripada orang ramai. Atuk belikan rumah dekat Luss tu untuk Granie as a parting gift. Sekurang-kurangnya Granie dah tak perlu risau tentang sewa rumah. Granie kerja dekat ladang sayur. Atuk ada juga bagi duit belanja dekat Granie dan tulis surat walaupun mereka dah berpisah. Mama kata they really love each other." Alam memegang gambar lama itu.

"Apa perasaan second wife Atuk eh? I mean memanglah dia dapat kahwin dan masuk dalam keluarga yang elok tapi hati suaminya ada dekat perempuan lain." Cinta boleh jadi begitu kejam.

"It must be really hard for her too. Kalau Alam, memang Alam lari. I don't want to hurt two women's hearts. Tapi entahlah, Alam tak berapa kenal sangat dengan family nombor dua tu sebab Mama sendiri lebihkan sebelah Papa. Mama tu boleh dikira menantu kesayangan. Mama kerja keras walaupun kahwin dengan Papa sebab  Mama nak jumpa Granie setiap tahun." Gambar itu diletak kembali.

Kata Alam, Granie sendiri yang menyerahkan kunci ini kepadanya. Tanah ini juga sudah ditukar menjadi milik Alam kerana memang Alam sahaja yang rapat dengannya. Abang dan Kakak Alam hanya ke sini sewaktu kecil.

Aku tak pernah tanya Alam soal kewangan dia but seriously, how rich is this 22 years old boy? Pastinya net worth dia melebihi aku dengan saham syarikat lagi. Iyalah dia memang daripada susur galur bangsawan tapi kenapa dia pilih untuk bersusah-susah menjadi doktor?

"Jom memancing!" Ajakan Alam membuat aku tertoleh laju.

Aku ingat dia main-main tapi memang ada dua batang joran dan kotak umpan di tangannya.

"Hah?" Aku meminta kepastian.

"Pancing ikan la nak bagi Granie. Fresh fish ni rasa dia lain tau." Tidak menunggu jawapan aku, Alam terus menghulurkan kotak umpan.

Kabin kayu itu aku kunci. Langkah Alam aku ikuti. Kami ke bahagian belakang kabin. Ada satu jeti kecil menghala ke sungai.

"Air sungai ni dalam. Kalau jatuh, jadi makanan ikan pirana la jawabnya." Kata Alam selamba.

Aku terus bangun menjauhi jeti. Seram awak!

"Tipu je la mana ada pirana dekat sini. Ada ikan trout je. Tapi memang dalam." Alam menepuk kayu jeti di sebelahnya sebagai isyarat menyuruh aku untuk duduk kembali.

Alam sudah siap mengikat umpan mata kail berbentuk ikan kecil untuk aku kemudian dia turut berbuat serupa untuk dirinya.

"Pernah memancing?" Soalan Alam ini setaraf dengan soalan pernah jumpa alien.

Laju aku menggeleng kepala. Terus Alam mengajar cara membaling umpan dan bermain dengan tali joran. Selesai sesi tutorial, aku mengikuti ajarannya. Aku membaling umpan agak jauh kemudian aku tarik sedikit tali tangsi.

Embun AnggerikTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang