Bab 35

5.4K 624 28
                                    

Penggera aku berbunyi. Pantas aku bersiap. Mandi dan menukar persalinan baharu. Rasanya aku dah lama tak pakai pakaian normal. Setiap hari dalam pakaian scrub.

Aku terus berlari ke wad pelangi. Pada selekoh tangga sebelum ke wad pelangi, tiba-tiba tubuhku ditarik seseorang ke belakang tangga. Hampir sahaja aku menjerit tetapi jari telunjuknya diletakkan di bibir aku.

"Alam?" Aku terkejut. Apa dia buat di sini? Dia sepatutnya bersama Joshua. Takkanlah dia tinggalkan Joshua bersendirian?

"Shhh..." Alam terus memeluk aku di belakang tangga yang terlindung daripada pandangan semua orang.

Pelukannya aku balas. Walaupun aku baru mandi dan dia lencun berpeluh dek kerana memakai PPE berjam-jam, tetap aku membalasnya. Aku rindu pelukan ini.

"How can a hug feels so wrong yet so right?" Aku berbisik ke telinganya.

Pelukan ini terasa bagaikan satu jenayah moral. Dua orang individu yang terlibat secara langsung dalam menguruskan wabak NekoV-6 saling berpelukan tanpa sut perlindungan peribadi.

"I miss you." Bisik Alam ke telingaku.

"Baru 4 jam Embun pergi." Aku juga enggan melepaskan pelukannya.

"But it has been 52 hours since the last time I touch you without PPE. Lama tu." Memegang wajahku dengan tangannya.

Satu kucupan diberi ke dahiku. Lama dan syahdu. Kemudian ia turun ke hidung.

"Dah Alam, kita ada anak-anak pelangi untuk dijaga. Jangan lupa Josh, membebel dia nanti sekarang giliran dia rehat." Aku berundur setapak ke belakang kemudian menarik tangannya untuk keluar daripada persembunyian belakang tangga.

Kalau dibiar lebih lama, aku takut aku yang melebih nanti. Bahaya dekat tempat-tempat awam macam ni. 

Alam akur. Kasihan dia.

Kami terus ke reruai yang disediakan untuk memakai PPE sebelum berjumpa dengan anak-anak pelangi.

Apabila pintu terkuak, kelihatan Josh sedang menyusun elok alatan untuk ujian nasal swab di setiap katil.

"Eh, cepatnya sampai. I thought lama lagi kau orang nak berasmaradana belakang tangga. Dulu dekat Glasgow solat belakang tangga, sampai dekat Malaysia, ish ish ish..." Sengaja dia mengusik.

Aku memandang Alam. Macam mana Joshua ni boleh tahu?

"Tapi tak apa, I bagi chance kali ni. Terima kasih daun keladi, saya Joshua mengundur diri, kita jumpa empat jam lagi. Adios!" Dia melambai sebelum keluar daripada wad.

"Dia yang suruh Alamtunggu dekat situ. Dia tak sanggup nak buat nasal swab test dekat budak-budakni. Jadi katanya dia nak balas jasa la bagi Alam keluar kejap jumpa Embun. Barutengok budak kena cucuk tanganpun dan meleleh, lagi dia nak sumbat putik kapas6 inci dalam lubang hidung budak? Memang taklah. Josh tu kalah dengan budak-budakrupanya." Alam menggeleng kepala.

Patutlah, ada udang di sebalik mi rupanya. Kalau tak si Josh ni la yang paling menyampah tengok kami berdua melekat macam belangkas tak mahu berpisah.

Jadi sekarang, tugas kami perlu mengambil sample cecair seperti yang aku buat pada Alam tempoh hari. Kali ini kepada 12 orang kanak-kanak.

Aku ambil enam pesakit, Alam ambil bakinya enam lagi. Mahu tak mahu kami perlu melakukannya sendiri kerana tidak mahu membazir PPE. Setiap PPE yang kami ada perlu dioptimakan penggunaannya kerana baru-baru ini, terdapat beberapa hospital lain mengesan kluster baharu. Kes luar negara juga semakin meningkat hanya menanti masa sahaja ia diisytiharkan sebagai pandemik. Menyeramkan. Sungguh, aku tak dapat bayangkan negara yang berdepan dengan ratusan kematian sehari. 

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now