Bab 40

6K 644 40
                                    

Sumpah kecut perut. Rasa macam nak terkencing, nak termuntah semua ada. Asalnya kecil-kecilan sahaja program derma darah ini, sekali RMC bawa sekali sukarelawan paramedik daripada RMCare untuk membantu. Daripada hanya 30 orang, aku menjadi pengarah program kepada 200 orang manusia yang lagi berpengalaman daripada aku. Weh, aku baru doktor pelatih kut. 

Perasaan ni sama macam waktu aku mula-mula buat pembentangan pertama dekat Glasgow dulu. Aku memandang Alam Uzayr. Hanya senyuman dikirimnya. Gantilah tempat aku. Seram tahu tak? Aku takut.

"Tak ada orang baling tomato busuk dekat Embun. So, chill okay? Mereka semua sama je" Alam memberi dorongan kepadaku.

Keyakinan tak akan datang sendiri. Keyakinan perlu dibina daripada pengalaman. Ada kali pertama untuk segalanya. Asalkan aku berani mencuba dan tak tunduk pada kegagalan. Bukan mudah nak dapatkan kekuatan untuk berdiri atas kaki sendiri, untuk ke hadapan dan tidak lagi bersembunyi bawah kelam bayang-bayang ketakutan sendiri. Kalau salah, betulkan. Kalau gagal, usaha lagi. Kalau masih tak berjaya, ubah cara. Lagipun, apa nak takut? Bukankah Allah sendiri yang berfirman, "Sesungguhnya Aku adalah dekat." Allah Maha Pengasih. Kalau bukan sekarang, sampai bila aku nak hidup dalam bisik-bisik prasangka daripada minda aku sendiri? 

Aku jadi teringat pada sebuah puisi rojak yang pernah aku baca dahulu.

Don't fear of failure sweetheart
Failure doesn't exist in
The dictionary of a warrior
We either win or learn
We never fail nor lose a fight

Success has no template
This path of life has been designed
specifically for you
Never compare it with anyone else
not even your siblings
When you start to compare
You'll eventually start to question God
Kenapa orang lain senang
Kenapa orang lain pandai
Kenapa orang lain kenapa kenapa
But have you ever ask, how?
Have you ever notice the pain in their eyes?
The sorrow in their heart?
Sweetheart, just work on yourself

Kalau jatuh sekali
Bangun dua kali
Satu untuk kau bangkit
Satu lagi untuk kau berlari

Never afraid of the unknown
Trust your gut and go on
This world is a gigantic classroom
And life is a teacher
So learn sweetheart, learn
The moment you stop learning
Is the moment you die
No sweetheart, text book isn't necessary
Never let yourself be restricted with walls, pen and paper

Nanti apa orang kata
Biarlah orang nak kata
You don't live to fulfill their expectations
But yours and God alone
Stick and stone may break your bone
But words will never harm you unless you let them in

Be brave sweetheart
You have such a big heart
Walk on your path of life
With anticipation and curiosity
Explore this world
And be prepare for upcoming adventure
Life is a journey of finding your life purpose and to serve that purpose

Biar mati mencuba
Daripada hidup dalam ketakutan

Aku menarik nafas dalam. 4 saat tahan, 4 saat lepas sehingga aku tenang. Kemudian aku terus memberi ucapan ringkas bila namaku dipanggil.

"Assalamualaikum, selamat sejahtera. Terima kasih semua yang sudi membantu. Semoga kebaikan semua dibalas dengan kebaikan yang berganda-ganda. Jom cucuk orang." Memang ringkas benar ucapan.

Joshua ketawa tak menahan. Alam pula mengemam mulutnya. Nak ketawa la tu. 

Kami membahagi pasukan dan terus bergerak ke lokasi masing-masing. Disebabkan oleh penjarakan sosial, tidak dapatlah aku duduk di sebelah Alam. Baru ingat nak kenang zaman naik bas dekat Glasgow dulu.

"Guys, please. Kau orang cuma terpisah seat depan belakang je! Bukan beribu batu, kayu, simen." Joshua yang duduk di kerusi seberang Alam menarik muka.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now