Bab 44

5.8K 667 48
                                    

Lelaki segak serba putih berwajah sejambak kuntuman bunga tulip merah bercampur putih masuk ke dalam bilik hospital aku terus ke katil selepas waktu Isyak.

"Assalamualaikum sayangku."Alam Uzayr menghulurkan jambangan bunga itu.

Aku terus memeluk Alam.

"Alam lalui semua ni dengan berani kan? Alam tak break down sorang-sorang kan?" Aku berbisik lalu mengusap belakangnya lembut.

"Alam takut. Alam takut Embun pergi. My fear of losing you is so big I can't afford to lose myself when you need me the most." Lama dia memeluk aku.

"Alam, tell me the truth. What happened to me? Embun tak keguguran kan?" Aku mahu dia yang beritahu aku.

"Tak, Embun tak mengandung." Jawabnya.

"Alhamdulillah. At least tak ada nyawa lain yang terlibat. Either ruptured cyst or a tumor right?" Aku meneka.

Aku kenal tubuh aku sendiri dan aku juga belajar tanda-tandanya.

"Both. Ruptured cyst and tumor. Cyst tu dah buang dah cuma nak schedule pembedahan kedua untuk tumor." Perlahan-lahan Alam berbicara takut aku tak boleh menerimanya.

"Alhamdulillah first surgery went well. Is the tumor benign or malignant?" Aku membantu Alam untuk menjawab. Berat benar nampaknya.

"Fortunately, benign." Dia memandang mata aku. Mungkin untuk mencari ketakutan atau apa sahaja.

"Alhamdulillah, it could be worse. Bukan cancer." Aku menarik senyuman.

"Embun, it is fine to cry it out." Alam seperti risau dengan reaksi aku yang tenang.

"Alam, Alhamdulillah 'ala kulli hal. Embun dah biasa dengan sakit macam ni. It could be worse. Sebab Embun sakit macam ni Ayah mula solat. Kami rapat balik. Sebab Embun finally atas katil hospital, Alam dah tak perlu risau Embun jatuh tiba-tiba entah dekat mana. Alam, ingat tak? You told me to count my blessings setiap kali ada musibah. It's okay kalau Alam nak nangis. We have each other." Aku mengusap tangannya.

Mana mungkin aku boleh menangis meratapi nasib bila pada hari ini, aku paling disayangi. Sedangkan Abang Arjuna sendiri datang melawat untuk bertanya khabar aku sekejap tadi sebelum Alam masuk. Memang aku ada seratus sebab untuk menangis tapi aku ada seribu sebab untuk bersabar.

Bukankah Tuhan janjikan khabar gembira untuk orang-orang yang sabar? Aku masih ingat lagi kelas tadabbur dengan Ustazah Adawiyah.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (155)

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (156)

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (157)

(Surah Al-Baqarah: 155-157)

Hakikatnya, dunia ini memang bukan syurga untuk mukmin bersenang- lenang.

Berat manapun masalah yang melanda, ada orang yang lebih payah hidupnya daripada kita. Hidup di bumi Malaysia ini sendiri merupakan satu rahmat. Anak-anak lari berteduh kerana hujan air bukan hujan peluru. Seringgit sahaja sudah memadai untuk rawatan kesihatan asas. Makan tak pernah sehingga terpaksa memakan rumput dan tanah liat. Tapi itu lah tu, sangat sedikit manusia bersyukur.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now