Bab 24

5.6K 651 17
                                    

Musim silih berganti, semester datang dan pergi. Rasanya macam baru semalam kaki ini mencecah tanah Scotland. Hari ini, aku, Alam dan Joshua dijadualkan untuk pulang ke Malaysia sebagai doktor pelatih atau dikenali sebagai house officer selama dua tahun di Hospital Nadir. Tapi, bukan jejak kaki ke Malaysia terus masuk hospital. Kami ada tempoh sebulan sebelum melapor diri.

Sepanjang lima tahun di sini, aku dengan Alam langsung tak pulang ke Malaysia. Tak kisahlah cuti panjang ataupun perayaan. Aku dan Alam mengukur setiap inci United Kingdom ini  dan negara berhampirannya setiap kali cuti. Melihat binaan istana lama di Edinburgh, mencari raksasa mitos di Lock Ness, berdiri di hujung Cliff of Moher di Ireland, menghirup teh di England, melawat ladang tulip di Amsterdam dan banyak lagi memori pengembaraan bersama Alam Uzayr sepanjang lima tahun ini. Satu kepuasan yang besar selepas berusaha keras belajar sepanjang semester.

Memang aku ada berbalas mesej ringkas dengan Bonda tapi entahlah aku takut nak berhadapan dengan keluarga aku sendiri. Bonda tidak pernah bertanyakan kepulangan aku. Sehingga hari ini, sudah lima tahun aku tidak bercakap dengan Ayah apatah lagi abang aku yang tak pernah langsung anggap aku wujud.

Setiap kali cuti Alam akan mengajak aku pulang berjumpa dengan keluarga aku tapi aku sendiri yang degil tidak mahu. Buat apa nak bazirkan beribu ringgit untuk satu hidangan bersama keluarga yang hanya mengambil masa 15 minit? Alam memang sudah lama tidak menyambut hari raya bersama keluarga sejak Papanya meninggal dunia. Abang dan kakaknya pula memang melebihkan keluarga pasangan masing-masing.

Kiranya, keluarga kami baik sebelah aku mahupun sebelah Alam benar-benar membayar masa bersama dengan duit. Tak pernah putus setiap bulan seperti gaji tetap.

"Tak boleh ke kita sambung housemanship dekat sini." Aku mengeluh padahal aku sendiri tahu jawapannya.

"Tak boleh, Dr. Sayangku Embun Anggerik. Kita kena balik as in contract." Alam yang mendengar keluhanku menggeleng kepala sambil memeriksa semula laci almari.

Apartment yang kami diami selama lima tahun ini bakal ditinggalkan. Apartment ini menyimpan pelbagai kenangan pahit dan manis serasi diadun bersama.

Aku mengambil kunci kereta dan menyerahkannya pada Alam. Kereta ini akan diserahkan kepada Mia yang akan menjalankan housemanship di sini. Kata Alam, lebih baik disedekahkan daripada dibiar tersadai. Tapi Mia tak makan sedekah atau hadiah, dia tetap membayar semampunya untuk kereta itu

Aku akan rindukan bumi Glasgow ini. Satu hari nanti, aku berhasrat untuk kembali ke kabin kayu di Luss. Kembali ke sana bersama Alam Uzayr.

"Dr. Mia, good luck for your housemanship. Thank you for all these years. Thank you for being my saviour. Brunei dengan Malaysia tak jauh mana, ada rezeki kita jumpa." Aku memeluknya dalam linangan air mata.

Aku sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan aku kawan sebaik Mia. Lima tahun ini, pelbagai perkara telah kami harungi bersama. Kalau Alam banyak membantu aku tentang teori, Mia pula sangat membantu tentang amali.

"Janganlah macam ni Dr. Embun. Kita masih di bidang yang sama. Bumi yang sama." Dia mengusap belakang badanku.

Sengaja kami gunakan gelaran Dr di pangkal nama masing-masing. Ia sebagai tanda penghormatan dan pengorbanan. Berapa banyak malam tidur terkorban kerana thesis payah sungguh hendak betul.

"Embun, come." Alam menghulurkan tangannya.

Sudah tiba masa untuk masuk ke balai pelepasan.

Sekali lagi aku memeluk Mia dengan erat untuk kali terakhir. Semoga kau sentiasa dalam lindungan dan hidayah Allah, sahabat.

Tangan Alam kugenggam erat.

"Ready to come home?" Alam bertanya aku.

"I'm already at home. You are my home." Jujur, aku tak bersedia. Aku tak tahu apa yang akan menanti bila tiba di Malaysia nanti.

Embun AnggerikUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum