Iris Lutfiya|2

9.5K 395 29
                                    

7 tahun kemudian,

Pulang sahaja ke rumah setelah mengambil report card di sekolah,Iris Lutfiya dimarahi teruk oleh Encik Irham disebabkan keputusan ujian bulanannya.

"Apa nak jadi kau ni?!Dulu UPSR cukup-cukup makan je.PT3 lagi lah.Sampai sains dan math gagal.Sekarang sejarah pulak?Kau sedar tak,sejarah ni subjek yang wajib lulus?Tak lulus,tak dapat sijil!Apa nak jadi kau ni!Dari tahun lepas lagi tak lepas sejarah!Kau pergi sekolah kau buat apa hah?!Mengedik?!Memang kau ni tak patut wujud lah,Iris!Menyusahkan aku je!"

"Abang cakap apa ni?" ujar Puan Laura tidak puas hati dengan kata-kata suaminya.

"Saya tengah basuh otak dia yang tak guna ni!Awak ni lah.Besarkan dia dengan kemewahan.Apa yang dia nak,semua awak bagi.Tengok lah apa dia balas?Tak de apa,Laura!"

"Abang,nak tegur anak tak payah nak tinggikan suara.Tegur elok-elok kan okay?"

"Sudah lah.Cakap dengan awak ni memang takkan pernah menang.Yang awak tahu hanya manjakan budak ni je.Elok sangat lah tu.Nanti sampai ke besar,dia pijak kepala kita!"

Encik Irham mula menuju ke bilik.Pintu bilik dihempas agak kuat.

Iris Lutfiya sudah menangis.Sungguh dia terasa dengan kata-kata papanya.

"Ris.."

Puan Laura memeluk puteri tunggalnya.Diusap-usap perlahan tubuh anaknya itu bagi meredakan tangisan.

"Maafkan Ris,ma.." ujar Iris Lutfiya tersedu sedan.

"Shh..tak pe,sayang.Mama tak marahkan Ris.Mama yakin Ris boleh buat.Masih ada masa lagi,Ris.." pujuk Puan Laura.

"Terima kasih,ma.."

🌻🌻🌻

Mereka bertiga menuju ke kantin dan duduk di tempat yang mereka selalu duduk sewaktu rehat.Wajah Iris Lutfiya agak muram.Masih terngiang-ngiang kata-kata yang dilontarkan papanya semalam.

"Ris,kau okay tak ni?" soal Qisya Elza,salah seorang sahabatnya.

"Aku okay.." balasnya perlahan.

"Ni mesti pasal papa kau kan?" ujar Sarah Aliya.

Mereka bertiga sudah bersahabat baik sejak sekolah rendah lagi.Masing-masing sudah masak dengan perangai masing-masing.

Qisya Elza seorang yang baik hati namun suka memendam perasaan serta selalu menjaga hati sahabat-sahabatnya.Bila dipaksa baru hendak bercerita.

Sarah Aliya pula seorang yang happy go lucky dalam masa yang sama sedikit tegas.

"Kau tak payah lah fikirkan sangat pasal papa kau tu.." kata Sarah Aliya tidak lama kemudian.

"Ris,satu je aku nak cakap.Hormat papa kau.Walaupun dia macam tu,dia tetap papa kau.." nasihat Qisya Elza pula.

"Tapi dia tak anggap aku sebagai anak dia.Korang tahukan,dari kecil sampai lah aku besar,dia anggap aku macam tak wujud je.Aku jeles bila tengok orang lain rapat dengan papa dorang.Aku pon nak macam tu.."

"Okay,kita tutup cerita pasal papa kau.Sekarang kau nak makan apa?Aku belanja.." ujar Sarah Aliya ingin meredakan keadaan.

Tidak mahu terus-terusan sahabatnya yang seorang itu bersedih.Sudah lah di dalam kelas tadi tidak fokus.

"Macam biasa je lah.Roti bom.." balas Iris Lutfiya.

"Okay.Jom,Qis.Teman aku.." ajak Sarah Aliya.

"Habis aku?" soal Iris Lutfiya.

"Kau duduk sini.Jaga meja.Kosongkan fikiran,okay?"

Iris Lutfiya hanya mengangguk lemah.Tidak mudah untuk dia melupakan apa yang telah terbuku di dalam fikirannya.

Kata-kata papanya sungguh menusuk ke dalam hati.

Sarah Aliya dan Qisya Elza mula beredar dari situ.

🌻🌻🌻

Pada malam itu,Encik Irham menonton televisyen.Puan Laura menghulurkan cawan kepada suaminya.

"Anak awak mana?"

"Dalam bilik dialah.Buat kerja sekolah.."

"Buat kerja sekolah ke kerja sekolah yang buat dia?Saya tengok anak awak tu macam tak de masa depan je.." kata Encik Irham selamba.

Iris Lutfiya yang kebetulan mahu turun,terdengar kata-kata papanya.Serentak itu,matanya mula berkaca.Dia berdiri tegak di atas tangga itu.

"Abang ni cuba cakap benda elok-elok.." tegur Puan Laura.

"Saya cakap benda betul.Salah ke?"

Encik Irham meneguk air buatan isterinya kemudian mata dialihkan ke televisyen.

Iris Lutfiya tang sudah banjir dengan air mata itu segera masuk semula ke dalam bilik.

Dia bersandar di belakang pintu.Tangisannya semakin lebat.

'Kuatkan aku,Ya Allah..' getus hatinya.

16 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now