Iris Lutfiya|32

9K 280 47
                                    

Sarah Aliya tiba di bilik yang menempatkan sahabatnya.Kelihatan Iris Lutfiya sedang bersandar di kepala katil.

"Ris.."

Mata Iris Lutfiya memandang gerangan yang menegurnya.Sarah Aliya segera memeluk sahabatnya itu.Iris Lutfiya membalas pelukan Sarah Aliya.

"Mana kau tahu aku kat sini?" ujar Iris Lutfiya setelah pelukan dileraikan.

"Han lah bagitahu aku.Siapa lagi?" balas Sarah Aliya.

Mendengar nama Irhan Hakimie,membuatkan Iris Lutfiya mengeluh perlahan.

"Oh,dia cakap apa lagi kat kau?"

"Dia cuma cakap kau masuk hospital sebab kau jatuh tangga.Ris,kau sabar eh?Mungkin belum rezeki kau lagi.."

"Tak pe,aku redha.Kau cuma perlu doakan aku supaya aku terus kuat untuk menempuh dugaan yang bakal datang.."

Pelik Sarah Aliya mendengar kata-kata Iris Lutfiya.Semacam sahaja bunyinya.

"Ris,kau dengan Han okay?Han marah kau ke sebab kau gugur?"

"Dia nak marah buat apa?Dia bukan kisah pun pasal aku.."

"Dia tak kisah pasal kau?Sejak bila ni?Aku tak tahu pun.."

"Aku dengan Qis bermadu,Liya.."

Iris Lutfiya mula membuka cerita.Sarah Aliya memandangnya dengan pandangan seakan tidak percaya akan kata-katanya sebentar tadi.

"Kau cakap apa pula ni?Kau bergurau ke?"

Iris Lutfiya tersenyum.

"Aku tak bergurau.Aku isteri kedua Han.Qis isteri pertama Han.Kitaorang bermadu.Bestkan cerita aku?"

"Habistu Aqif?Aku tak faham lah,Ris.Macam mana kau dengan Qis boleh bermadu sedangkan Qis isteri Aqif.Kejap,Qis isteri pertama?Peninglah aku.Bila dorang kahwin?" kata Sarah Aliya keliru.

"Aqif dengan Qis tak jadi kahwin.Han yang ganti tempat Aqif.Mungkin ni hikmah kenapa kita dua tak dapat datang majlis Qis.Aku terima dengan hati yang terbuka.Semua yang jadi ni salah aku.Aku yang mulakan so aku juga yang kena akhirkan.."

"Ris,kau nak bercerai dengan Han?"

"Kenapa?Lebih baik aku undur diri dari aku terus terseksa.Han tak pernah cintakan aku,Liya.Aku je yang terhengeh-hengeh kat dia.Dia kahwin dengan aku pun sebab mummy dia.Apa yang jadi antara aku dengan dia atas dasar tanggungjawab je.Sampai bila-bila pun,aku tetap pilihan kedua dia.."

Iris Lutfiya sedaya upaya menahan air matanya dari mula mengalir membasahi pipinya.

"Aku tahu kau kuat,Ris.Aku kenal kau dari sekolah lagi.."

"Baru aku faham makna 'cinta tak semestinya memiliki'.Sakit,Liya.Terlalu sakit.."

Perlahan-lahan air mata Iris Lutfiya tumpah.Sarah Aliya menyeka air mata sahabatnya.

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya tersedar dari lena pada petang itu.Terkejut dia apabila melihat Qisya Elza berada di sisi kanannya.

"Qis,dah lama ke kau sampai?" soalnya sambil bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.

"Baru lah jugak.Aku baru habis check up tadi.." balas Qisya Elza bersama perasaan gugup yang kian bertandang.

"Ohh,macam mana?Okay?" soal Iris Lutfiya sambil memandang perut sahabatnya yang bulat itu.

Dia cemburu melihat perut Qisya Elza.Dia tidak dapat merasa semua itu kerana anak yang dikandungnya telah tiada.

"Alhamdulillah,semua okay.."

Iris Lutfiya mengangguk faham.Dia mula melarikan pandangannya ke tempat lain buat seketika.

Dia sebenarnya tidak selesa dengan keadaan sekarang.Sungguh dia terasa janggal.

"Err..Han ada kat luar.Ris,aku nak minta maaf kat kau.Aku.."

Kata-kata Qisya Elza dihentikan Iris Lutfiya.

"Aku tak nak cakap hal tu.Kalau nak cakap pasal salah siapa,sampai bila pun takkan habis.Dalam hal ni,aku yang salah.Aku jatuh cinta kat suami kau,Qis.Aku kahwin dengan suami kau tapi sikit pun kau tak marah.Kau memang terlalu baik.."

"Ris,Han ada bagitahu yang kau dengan dia akan berpisah.Aku mohon pada kau,jangan berpisah dengan Han.Aku sanggup bermadu.." pinta Qisya Elza sambil mengenggam tangan sahabatnya.

"Qis,aku tak nak jadi orang ketiga dalam rumahtangga kau dengan Han.Mungkin bahagia yang sebenar untuk aku ada kat luar sana.Qis,kita sahabat.Tak mungkin jadi madu.Kau memang boleh cakap kau sanggup bermadu tapi aku tahu jauh di sudut hati kau,kau tak mampu.Okay,kalau kau sanggup pun,aku tak sanggup.Aku tak nak.Aku doakan kau dengan Han sentiasa bahagia.Jangan berkorban demi aku lagi.."

Qisya Elza mula berdiri.Dia merapati Iris Lutfiya yang berada di atas katil.Tubuh sahabatnya itu dipeluk agak erat.

Iris Lutfiya membalas pelukan Qisya Elza.

"Terima kasih,Ris.Kau memang baik.."

"Jangan cakap macam tu.Kau sahabat aku.Tak mungkin aku nak pentingkan diri aku sendiri.."

Bahu Qisya Elza diusap perlahan.Dia menahan dirinya dari menangis.Sungguh dia tidak kuat.



26 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now